Monday, March 31, 2008

Selamat Pengantin Baru.......

Selamat pengantin baru untuk anak saudara saya Zamir dan Nur Ainunnazli yang sah bergelar suami isteri tanggal 20 Mac 2008. Doa kami seisi keluarga semoga keduanya bahagia ke anak cucu..........

Zamir bergambar bersama ibubapa dan adik beradiknya.

Bersama kaum keluarga dari Utara.

Zamir bersama isteri dan ibubapa mertuanya.

Wednesday, March 19, 2008

Bertemu kembali......

Lama benar kami tidak berjumpa. Dah hampir 4 - 5 tahun rasanya. Cuma sesekali kami berbual di telefon semasa dia di Penang dan saya di Spore.Bila dia berpindah ke luar negara,saya tidak lagi mendengar suara manjanya. Kami bebas bercerita. Dan sesekali saya menjadi kaunselor tak bertauliah. Dan dia menadah telinga mendengar leteran panjang jela saya bila saya rasa ingin menegurnya tentang sesuatu perkara. Orangnya lemah lembut tapi bila ada sesuatu yang menyentuh hatinya dia juga mendapat penyakit saya,mulut bising melepas perasaan. Saya pernah risaukannya bila 'merasakan' sesuatu bila membaca tulisannya. Saya buat panggilan jauh hanya untuk bertanya. Dia ketawa besar dan mengatakan saya hanya berprasangka. Tetapi selepas lama bercerita ternyata firasat saya tepat!!!!
Hujung minggu lepas saya mendapat satu panggilan. Suara yg. agak familiar tapi nombor hpnya tidak saya kenali. Talian tidak begitu clear lalu panggilan tu terputus begitu saja. Sesaat kemudian satu sms masuk.Bunyinya 'K eka dlm. gua ke? Awat line x clear. Umi Azrini' Saya terpana. Biar betul. Takkanlah Umi buat panggilan dari Pakistan.?
Dalam hati saya yakin, pasti Umi dah jejakkan kaki ke tanah melayu. Saya call Lynn yg. dlm perjalanan pulang dari Melaka. Confirm. Umi dah kembali. Kami set plan. Apa cara pun kami kena jugak 'tangkap' Umi. Kebetulan Isnin tu saya sibuk amat. Maka saya lantik Lynn jadi setiausaha terjun. Jemput siapa yang patut dan saya akan sediakan minum petang.
Tiba harinya saya mula kalut. Sampai rumah dah pukul 3.45. Janjinya kami akan berkumpul jam 4. Kelam kabut masuk dapur, mujurlah bibik dah sediakan semuanya TAPI tak sempat pun hidangan masak, loceng depan dah berbunyi!!!
Rasa macam tak percaya.!!!!!! UMI AZRINI di depan pagar saya..
Wajahnya tetap ceria malah makin berseri-seri sejak bergelar isteri.



Lynn,Rose dan Lily Haslina tiba tak lama kemudian. Ruang tamu saya makin 'gempak' dengan 'keselambaan' dan 'kesantunan' Lynn. Sah! Siapa pun akan 'cair' kalau bertemu Lynn Dayana!! Harap-harap Wan tak terkejut ye.....
Laila tiba agak lewat, ada mesyuarat kat sekolah.
Lynn dan lain2 pulang diambang senja. Saya jemput Umi dan Wan dinner kat umah tapi mereka menolak kerana hendak melawat saudara mara yang lain sebelum 'terbang' kembali.
Selepas maghrib pasangan bahgia itu minta diri.
Saya memeluk Umi erat, sempat berpesan,jaga diri di rantauan dan jadi isteri yang baik.
Insyaallah kami akan bertemu lagi masa Pesta Buku sebelum Umi kembali merantau.

Untuk Umi Dan Wan : Kak Eka dan Abang doakan kalian bahagia ke anak cucu.
Lepas ni kak eka pun nak makan share-share lah......hehehehehhe

Sunday, March 9, 2008

Gelombang......

Suatu ketika dulu negeri disebelah utara dilanda ombak besar. Tsunami, satu nama yang cukup asing dan mungkin langsung tidak pernah disebut oleh kita. Dan tiada siapa pernah menyangka, ombak itu akan singgah di persisiran pantai utara.

PULAU PINANG antara negeri yang paling teruk terkena tempias bencana alam ini. Pada waktu itu saya turut merasa kesannya kerana mengenali beberapa orang mangsa yang terkorban jiwa. Malah saya juga sipi-sipi terkena tempias ombak ganas itu!!!! ( Saya berada di tmp. kejadian tapi pada masa tu saya ingatkan air pasang besar yang melimpah ke jalanraya...) Saat itu harta benda, punca percarian dan tempat berteduh banyak yang musnah dan ranap. Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan bersimpati atas apa yang terjadi. Dan kita mula berhati-hati dan mengambil berbagai langkah untuk menghalang tragedi itu berulang lagi.

Semalam... siapa sangka, sekali lagi PULAU PINANG dilambung ombak. Kali ini bukan tsunami bencana alam. Tapi ombak besar suara rakyat. Gelombangnya cukup kuat. Gegarannya mampu membuat saya berjaga hingga 4 pagi!! Sekali lagi saya terasa tempiasnya.

Pilihanraya ke 12 telah mencipta sejarah tersendiri.
YA, saya akur.......
Tsunami ini tidak sampai meragut nyawa.
TAPI, saya pasti......
Tsunami ini sedang melemaskan banyak Jiwa!!!

ALAF21

ALAF21