Sunday, September 28, 2008

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI...

Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hariraya AidilFitri buat semua pengunjung blog ini.
Semoga kita semua gembira menyambut syawal disamping keluarga dan orang tersayang......
SELAMAT HARIRAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Daripada,
Eka Fahara dan keluarga.

Friday, September 12, 2008

NOVEL BARU - PENULIS LILY SURIANI




KESUNGGUHAN Naim mempamer cinta membuatkan Adila mula melakar mimpi. Malamnya disinari kerlipan bintang. Siangnya pula sentiasa dihiasi pelangi. Kalaulah begini indah perasaan dilambung cinta, dari dulu lagi dilagukan rasa rindu. Biar bergema di seluruh alam.

Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri. Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru. Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun, demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan perigi mencari timba. Cuma, tegakah hati untuk menerima? Ahh... Susahnya membina mahligai bahagia!

TIKA RINDU BERLAGU

Harga: RM19.90
Penulis: Lily Suriani
Halaman: 480
ISBN: 978-983-124-383-1

Tuesday, September 9, 2008

UPSR-GOOD LUCK

Hari ini bermula UPSR! Saya mula demam dan tak akan kebah sampai Khamis ini!
Anak bujang saya antara calon UPSR tahun ini iaitu kumpulan pertama calon UPSR yang mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sejak tahun satu.
Semoga semua calon tahun ini dapat menjawab dengan baik.

Tahun ini memang tahun peperiksaan untuk saya. Lepas ni PMR pulak!

Untuk Lily, Aida dan kak Sri...sama-samalah kita berdoa untuk hero dan heroin kita.

Tuesday, September 2, 2008

Sabtu 8.30am - 8.30pm

Sabtu yang tidak dijangka. Mungkin itu ayat terbaik untuk saya gambarkan apa yang berlaku minggu lepas. Seawal jam 8.30 pagi saya keluar rumah untuk menghadiri majlis seorang teman novelis. Sengaja memilih untuk menaiki komuter kerana bimbangkan kesesakan akibat jalan ditutup sempena Merdeka. Bila laila dan lily Has mengiringi memang meriah hidup saya! Malangnya, kesesakan dalam komuter dengan udara yang menyesakkkan membuat hati saya 'cair'! Pagi yang ceria terus malap!
Majlis berlangsung dengan santai dan penuh gelak ketawa. Saya gembira meraikan kejayaan teman sambil bertemu kenalan baru. Dan bila Lynn Dayana ada dalam majlis itu memang semuanya jadi dong!dong!...hahahahahah
Usai majlis saya dan dua orang 'escot' meneruskan rancangan membelibelah yang telah dirancang. Masuk SOGO, Ya Tuhan, ramainya orang.. macam sardin dalam tin! Tidak sanggup bersesak kami mencari destinasi membeli belah yang lain.
Dipendekkan cerita, memang kami ukur jalan ari tu. Puas shopping!Langsung tak sedar masa berlalu.
Sesekali mata saya melirik jam untuk memastikan saya tidak tersasar waktu kerana malamnya selepas Isyak saya perlu menghadiri majlis doa selamat di Kemensah Codo Villa dengan hubby.
Jam tepat pukul 5 sewaktu saya keluar dari shopping mall. Saya tergamam. Bukit Bintang sesak yang amat sangat dengan manusia. Pasukan beruniform berpuluh orang didepan saya! Sudah!saya menepuk dahi. Ada refomasi ke? Rupanya ada pertunjukan kereta lumba di sebelah lot 10!
Sekali lagi saya terpaksa bersesak dalam monorail/Lrt untuk ke KL sentral. Singgah sekejap di Kl Sentral sebab ada orang nak minum Coffee Bean. Saya dah agak mesti lambat sampai rumah. Call hubby cakap saya lambat sikit Dia cakap kalau macam tu dia keluar beli dinner dulu. Saya lega mendengar suara hubby okey saja mendengar alasan kelewatan saya. Bimbang juga sebenarnya sebab majlis malam tu rumah cousin dia!
Perjalanan KL sentral-Bangi membuka era baru dalam hidup saya. Biasalah kan kalau komuter lewat....dan orang semakin ramai menunggu. Bila komuter sampai orang kerumun pintu komuter macam semut! Bertolak dan berhimpit! Kesesakan, kepanasan dalam komuter itu melewati batas.Aura didalamnya cukup 'mendamaikan' dengan 'Internasional perfume'! Saya membayangkan kalau terpaksa hari2 sebegini untuk ke tempat kerja. Saya tabik spring pada anda yang mengharunginya setiap hari!
Saya sampai rumah jam 8.30 malam! Lutut ni dah longgar rasanya. Terpaksalah membatalkan niat untuk ke majlis malam tu. Tidak kuasa nak merempit malam Merdeka. Mujurlah hubby pun okey.
Tambah manis dia siap belikan nasi kandaq sorang sebungkus untuk makan malam!hehehehehhe

ALAF21

ALAF21