Wednesday, July 7, 2010

NOVEL BONUS JULAI

Salam semua,
Lama kita tak bersapa di sini. Saya 'sibuk' sana sini hingga rumah ini sungguh terabai! Tetapi bila ada berita terkini saya tetap akan update di sini... Maka inilah buah tangan terbaru dari saya.......




SAYANG SEPENUH HATI

SINOPSISI :
KALAULAH Aira tahu lidah Fauzien tidak ber - tulang, dia tidak rela bertukar cincin dan bergelar tunang saat berangkat ke New Zealand. Kesetiaannya tidak dihargai bila Fauzien beralih kasih pada Izzi, teman baiknya sendiri. Memutuskan tali pertunangan adalah keputusan muktamad yang diambil agar dirinya tidak dibelenggu sakit hati dan benci. Dalam merawat luka di hati, Aira berkenalan dengan Adin. Perkenalan singkat itu tidak bermakna buatnya. Namun tidak bagi Adin. Dia gila bayang pada gadis berkulit mulus itu. Puas dia cuba memikat tetapi Aira ibarat me r pati makan di tangan. Jinak, tetapi lari bila ingin dipegang.

Laksa Kedah ala New Zealand membuatkan kasih Aira pada Adin mula berputik. Dia mula belajar bercinta lagi. Akhirnya, termeterailah hubungan suci yang didambakan. Namun kemunculan tiba-tiba Suri yang mengaku dia isteri Adin membuatkan jiwa Aira separuh mati. Andai itu kenyataan yang tersurat, Aira tega membawa diri. Dia akur walaupun hidup ini sesekali berlaku kebetulan. Hanya suratan takdir melengkapi sebuah kehidupan.

Thursday, May 6, 2010

BERTEMU KEMBALI.....


Salam....
Alahai lamanya saya tak balik ke rumah ini sampai sawangnya penuh atas bawah....
Dah ramai yang menyapa bertanya ke mana saya menghilang?
Sungguh saya masih di sini. Tidak kemana-mana pun!
Dua tiga kali juga saya kononnya hendak update N3 tapi tulisan saya asyik tersangkut apabila saya hilang idea untuk bercerita...Nak bercerita apa bila tak banyak cerita menarik untuk di kongsi bersama.....
Perjalanan hidup tiada yang berubah.. biasa seadanya. Anak-anak sibuk dengan pelajaran dan peperiksaan. Mr. hubby sibuk dengan tugas pejabat seperti selalu dan saya masih juga belum insaf asyik window shopping! hahahahha
Talian telefon rumah dan sambungan internet masih pending! Menyampah betul!!! Sudah hampir 6 bulan saya berpindah di kawasan perumahan ini keadaannya sama juga. Dah cemuih menunggu!!!!!!!!! Macamlah saya duduk tengah hulu banat mana! Alahai TELEKOM>>>>>>>>>>>
Kononnya plan nak rajinkan diri mengecat rumah ni tapi asyik tertangguh saja...
Tengoklah kalau rajin nanti saya fikir-fikirkan cadangan itu, mana tahu ada yang sudi membantu! heheheheheh
Till then.. Jaga diri semuanya. Sampai kita jumpa lagi... Bila tu? Biarlah masa yang menentukanya, insyaallah.

ALAF21

ALAF21