Tuesday, April 19, 2011
Thursday, March 31, 2011
TENGGELAM - TIMBUL - MUNCUL-MENGHILANG....
Salam,
Lama sangatkah saya menghilang? Eh! Tak adalah lama sangat... Opssssss! Ok..ok... Memang lamalah jugak(Dengan malunya) Wow! Rasa macam sekejap rupanya dah hampir setahun saya tak balik ke ke' sini'. Cepatnya masa berlalu hingga saya macam kehilangan deria mengira hitungan detik jam untuk balik ke sini! Sibuk sangatkah sampai tak sempat mencoret sepatah dua kata! Hish! Taklah sesibuk mana pun! Jadiiiiii kenapa saya tidak mengupdate blog ini? Tensionlah soalan cepu mas tu..... Entahlah! Saya tak ada jawapan untuk itu! Mungkin 'lengai' kot. Asyik 'bertagak' sehari demi sehari hingga akhirnya blog ini makin terabai.....
MUNCUL
Harap-harap angin 'lengai' saya tak akan menyerang kembali. Harap-harap saya akan selalu 'muncul' di sini barang menyampaikan n3 demi n3. Harap-harap banyak 'rasa' dan 'bunyi' akan terpapar di sini......
TIMBUL
Timbul saya tanpa sebab dan alasan. (Bukan sebab ada novel baru ya!) Manuskrip masih entah apa-apa ok! Tension bila fikir bilalah nak taip ayat TAMAT nih! Sebulan? Setahun? Aduh! Saya berdoa agar 'tugasan' itu akan selesai secepat mungkin. Dateline? Huhuhuhu tak payahlah buat dateline kot.... takut menangis tak berlagu!!!! Sebabnya dateline akan membuat saya stress dan tenggelam punca! Saya tak suka menulis dibawah tekanan! I just want to be myself......
TENGGELAM
Putaran hidup pasti ada tenggelam timbul dan atas bawahnya. Melihat kehidupan yang berlalu dan yang akan datang dengan redha dan tenang mungkin pilihan yang paling baik. Stress? Jangan! Nanti cepat tua dan jiwa kacau! Cepat atau lambat. Mahu atau tidak kita tidak akan terlepas dari cabaran kehidupan. Berdepan dengan tabah dan menyelesaikan sebijak mampu, pasti akan menambahan kredit kematangan! Hidup perlu diteruskan dan tabah selalu!
Sampai berjumpa lagi.... Take care!
Wednesday, July 7, 2010
NOVEL BONUS JULAI
Salam semua,
Lama kita tak bersapa di sini. Saya 'sibuk' sana sini hingga rumah ini sungguh terabai! Tetapi bila ada berita terkini saya tetap akan update di sini... Maka inilah buah tangan terbaru dari saya.......
SAYANG SEPENUH HATI
SINOPSISI :
KALAULAH Aira tahu lidah Fauzien tidak ber - tulang, dia tidak rela bertukar cincin dan bergelar tunang saat berangkat ke New Zealand. Kesetiaannya tidak dihargai bila Fauzien beralih kasih pada Izzi, teman baiknya sendiri. Memutuskan tali pertunangan adalah keputusan muktamad yang diambil agar dirinya tidak dibelenggu sakit hati dan benci. Dalam merawat luka di hati, Aira berkenalan dengan Adin. Perkenalan singkat itu tidak bermakna buatnya. Namun tidak bagi Adin. Dia gila bayang pada gadis berkulit mulus itu. Puas dia cuba memikat tetapi Aira ibarat me r pati makan di tangan. Jinak, tetapi lari bila ingin dipegang.
Laksa Kedah ala New Zealand membuatkan kasih Aira pada Adin mula berputik. Dia mula belajar bercinta lagi. Akhirnya, termeterailah hubungan suci yang didambakan. Namun kemunculan tiba-tiba Suri yang mengaku dia isteri Adin membuatkan jiwa Aira separuh mati. Andai itu kenyataan yang tersurat, Aira tega membawa diri. Dia akur walaupun hidup ini sesekali berlaku kebetulan. Hanya suratan takdir melengkapi sebuah kehidupan.

Thursday, May 6, 2010
BERTEMU KEMBALI.....
Salam....
Alahai lamanya saya tak balik ke rumah ini sampai sawangnya penuh atas bawah....
Dah ramai yang menyapa bertanya ke mana saya menghilang?
Sungguh saya masih di sini. Tidak kemana-mana pun!
Dua tiga kali juga saya kononnya hendak update N3 tapi tulisan saya asyik tersangkut apabila saya hilang idea untuk bercerita...Nak bercerita apa bila tak banyak cerita menarik untuk di kongsi bersama.....
Perjalanan hidup tiada yang berubah.. biasa seadanya. Anak-anak sibuk dengan pelajaran dan peperiksaan. Mr. hubby sibuk dengan tugas pejabat seperti selalu dan saya masih juga belum insaf asyik window shopping! hahahahha
Talian telefon rumah dan sambungan internet masih pending! Menyampah betul!!! Sudah hampir 6 bulan saya berpindah di kawasan perumahan ini keadaannya sama juga. Dah cemuih menunggu!!!!!!!!! Macamlah saya duduk tengah hulu banat mana! Alahai TELEKOM>>>>>>>>>>>
Kononnya plan nak rajinkan diri mengecat rumah ni tapi asyik tertangguh saja...
Tengoklah kalau rajin nanti saya fikir-fikirkan cadangan itu, mana tahu ada yang sudi membantu! heheheheheh
Till then.. Jaga diri semuanya. Sampai kita jumpa lagi... Bila tu? Biarlah masa yang menentukanya, insyaallah.
Wednesday, December 30, 2009
TAHUN BARU - AZAM BARU
Selamat tahun baru.....
Ada makna ke tajuk N3 saya ini? hahahahahahahh
Kalau untuk orang lain mungkin ya. TAPI kalau untuk saya, kena fikir berkali-kali sebelum menganggguk kepala!!!!!
Setiap kali tiba tahun baru pasti ramai yang sudah merangka azam dan perancangan baru. Kalau apa yang dirancang tahun lepas melepasi koata, alhamdulillah. Tapi andainya ia tersasar dari perancangan, tak salah rasanya kalau tekad itu dijadikan kesinambungan untuk tahun ini. Bukankah kita hanya merancang dan berusaha tapi DIA yang menentukan takdir dan suratan?
Bagi saya tahun baru bermakna KEMUNGKINAN sekali lagi ada frasa perubahan dalam hidup. Saya mengatakan MUNGKIN kerana kita tidak tahu apa yang menanti kita di tahun hadapan!!! Mungkin hari ini kita di Malaysia....mana tahu enam bulan lagi kita di kutub utara! heheheheheh
Bagi saya..... berubah angka tahun dalam kalendar bermakna menginjak setahun lagi usia! Tahun baru sinonim dengan saya! Semoga pertambahan angka umur selari dengan kematangan pemikiran dan tahap kesabaran di dada!
Seketika dulu saya selalu menanam azam di hati. Berbagai perancangan dan tepu dada membilang bilangan azam. Kalau ada yang bertanya tercapaikah hajat di hati? Saya rasa nak guling-guling mentertawakan diri sendiri. Sayalah orangnya yang paling suka membuat azam tapi???????? hahahahahaha
Sejak dah berusia ni, tabiat itu dah lama saya tinggalkan. Saya hanya menjalani kehidupan dengan seadanya. Saya menangani keadaan mengikut peredaran pada saat dan ketika itu. Saya lebih suka mendahulukan apa yang patut didahulukan. Kalau nak bercakap soal disiplin saya mungkin boleh di kategorikan tahap sederhana. Ianya bergantung pada keadaan dan situasi. Saya tahu apa yang saya mahukan. Saya tahu apa yang patut dilakukan. Perkara wajib dan tanggungjawab akan jadi keutamaan, yang lain hanyalah sampingan! Ada yang berkata, saya bodoh kerana tak pandai merebut peluang. Saya akur dan tahu, Saya mengangkat bahu dan tersenyum. Wajarkah saya menjawab? Ah! Kalau kata-kata saya hanya akan memanjangkan cerita dan membuka sesi bersoal jawab, biarlah saya mendiamkan diri.
Saya percaya. Setiap perkara yang kita buat harus dimulakan dengan niat yang baik. Dan selebihnya biar DIA yang menentukan. .....
Selamat Tahun baru semua.....
Selamat datang 2010.....

Thursday, December 24, 2009
BLOG DAN INTERNET
Salam semua.....
Wah! Dah lama saya tak balik ke 'rumah' ini. Rasanya dah berbulan lamanya. Sampaikan masa nak masuk tadi dah terbatuk-batuk sebab berhabuk sangat! Sawang jangan cakaplah, sampaikan sang labah-labah mengistihar dirinya sebagai tuan rumah! Mujurlah saya masih ingat 'alamat' jalan pulang. Kalau lupa? heheheheh runtuhlah rumah ni dek dimakan anai-anai!
Tentu ada yang tertanya-tanya, mana hilangnya Eka Fahara? Apasal blognya tak berupdate? Saya dah jadi biskut chips more lah pulak! sekejap ada dan sekejap hilang! Sebenarnya saya masih disini cuma cuma internet saja yang merajuk dengan saya hingga saya hilang cara untuk meng'update' teratak ini. Pergi Cybercafe? hehehehehehe Malaslah!
Saya sebenarnya berpindah ke rumah baru. Dan adat berpindah mestilah sibuk gila dengan 'packing', mengeluarkan dan menyusun semula. Dan tahap keletihan pun sah di tahap kronik! Dan bila semuanya di gaul rata memang saya terlupa yang saya sebenarnya ada blog yang perlu dikemaskini!!.
Telefon rumah tiada. Maka wireless internet pun zerolah. Maka saya pun terpisahlah dengan dunia IT! Meroyan juga tak boleh nak access internet. Dan broadband yang ada ini pula, lembab tahap maksima!
Sehari dua ni saya dah mula 'bernafas'. Kotak2 dah habis dibuka. Cuma kerja menyusun atur saja yang belum selesai sepenuhnya. insyaallah dalam masa terdekat harap semuanya kembali normal.
Banyak perkara yang berlaku sepanjang penyepian saya. Ada cerita ceria dan ada juga terselit kisah duka.
UNTUK KISAH DUKA - Semoga kita sama-sama di beri kekuatan untuk terus melangkah gagah ke hadapan. Meniti kehidupan ibarat berjalan diatas helai benang. Walaupun sehandal mana kita mengapung dan mengimbang diri saat meniti, jangan lupa hanya yang SATU menentukan sukar atau mudahnya perjalanan itu. Dugaan yang Allah Taala beri pasti bersebab. Dan setiap apa yang berlaku pasti ada Rahmat yang tersembunyi. Siapa kita untuk mendabik dada kita punya segala sedangkan hakikinya semua hanyalah pinjaman semata. Banyak yang berlaku di sekeliing boleh dijadikan ikhtibar. Hari ini hari orang. Esok-esok entah kita pula yang diduga! Sabar. Itu mungkin sebaiknya. Berdendam dan memarahi diri sendiri biarlah bersempadan. Saya akur. Dugaan yang datangmengejut memang sukar di terima akal. Pasti dalam hati asyik bertanya. Kenapa?Kenapa? Dan kenapa? Jika jawapannya pasti di depan mata mungkin sedikit sebanyak terubat luka di hati. Bagaimana kalau dugaan yang mendatang penuh dengan makna tersurat dan tersirat?
Ada yang bertanya pada saya. Kenapa dia yang terpilih untuk menerima dugaan ini? Saya hilang kata-kata. Siapa saya untuk menasihati kalau saya sendiri banyak yang kurang. Saya sedih. Saya terharu dan saya menangis. Terkesima dan tak sangka dugaan seberat ini yang tertimpa padanya. Menilik diri sendiri, kuatkah saya kalau perkara yang sama berlaku pada diri? Sejujurnya kita hanya manusia biasa. Punya hati dan perasaan yang kadangkala di luar kawalan. Airmata amat murah tika ini. Melihat orang yang dekat dengan saya di timpa musibah..........Saya insaf dan makin menghargai kehidupan!
UNTUK KISAH CERIA - Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Kita ketawa hari ini bukan jaminan yang tiada airmata di masa depan. Beringatlah, yang ceria datangnya dariNya dan yang buruk juga datang dariNya. Ibarat kata mak saya. 'Jangan dok seronok sangat, kot-kot sat lagi menangis tak berlagu!' hahahahaha Dan kata-kata itu pulak yang saya ambil jadi hak milik saya bila menegur anak-anak! Hati mahu baik! Itu ayat hubby saya! Ya.... saya akur, segalanya bermula di hati. Kalau niat kita ikhlas pasti Allah mudahkan jalannya.
Buat yang singgah di sini dan lihat umah yang berhabuk. maafkan saya. Insyaallah lepas ini jika keadaan mengizinkan saya akan cuba update blog ini semampunya.
Buat yang tinggalkan pesanan. Terima kasih masih mengingati saya. Semoga hubungan kita berkekalan selama.
Till kita berjumpa lagi..... Jaga diri.

Tuesday, October 27, 2009
BLOG VS FACEBOOK
Sejak kebelakangan ini saya rasa ramai yang mula menyedari sesuatu. Fenomena baru sedang melanda kita. Facebook! Itulah hantu baru yang sedang mengekori ramai orang! hahahha
Kalau dulu semua ingin memiliki blog sendiri tetapi kini keghairahan itu telah di curi dengan Facebook. Dan mungkin juga twitter? Saya sendiri punya akaun twitter tapi sampai hari ini belum aktif lagi.
Semenjak dua menjak ini saya mengabaikan blog ini kerana sedang asyik dengan Facebook! Hahahhahaha sebenarnya dah lama saya ada akaun FB tapi tak pernah aktif pun. Sekadar suka-suka sebab Sara yang create that account. Tetapi sejak memulakan jejak di FB dah naik bestlah pulak! hehehehheh
Apa yang best sangat FB? Kalau bagi saya sebab senang nak tinggalkan jejak or pesanan kot. Or maybe sebagai dairi kerana kita tak perlu menulis panjang lebar. Sekadar kiasan juga sudah memandai.
Apa-apa pun blog ini tetap istimewa di hati kerana di sinilah Eka Fahara memeriahkan hidupnya....
Di FB saya adalah saya!

Subscribe to:
Posts (Atom)