Bertempat : Hotel Singgahsana,PJ
Tarikh : 20 Ogos 2008
Jam : 3.00 petang
Disempurnakan oleh Puan Ziela Jalil.
Bersama keluarga Ramlee Awang Murshid...
Bersama teman-teman novelis....
Kenangan bersama Puan Ziela
Sunday, August 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Kak Eka,
ditampal puisi/nukilan sempena merdeka spt yg dikatakan. so, tgh tggu Kak Eka punya nukilan lak.
:P
Mencari MERDEKA
seperti hulubalang yang kehilangan panglima
di medan perang
aku pencinta yang kehilangan cinta
sesat di gurun yang kepupusan air
ketika mulutku menggumam namamu
bumi ghaib dari sisiku
seluruhnya terbakar dan menjadi kelabu
seperti raja yang kehilangan negara
aku perindu yang kehilangan kekasih
sesat antara langit dan bumi
seperti roh para pendosa
yang tidak menjejak syurga mahupun neraka
mencari wajahmu di sela-sela butiran kaca
yang berselarakkan pecah
seperti majnun yang kehilangan laila
aku pemabuk yang kehilangan jiwa
sesat antara roh dan jasad
mencari jarak dari dua hujung busur panah
yang jatuh dari mikraj yang agung
seluruh cintaku gugur bagai debu
untuk keberapa puluh kalinya
aku menjadi Sisipus
yang menolak batu
untuk ditendang jatuh
dan terus menolak lagi
aku terus nanar di negara sendiri
kemana harus mencari maknawi?
Zaifulnizam 'AttOkz' Wagiran
Ogos 08 - Menara Dayabumi
AttOkz,
Titipan bahasa nukilan ini menjulang kelangit ketujuh. Bravo..bravo. You have talent!!!! Tahniah. Teruskan berkarya.....
Kak eka tak lepas kalau nak tulis sajak!. Tapi cabaran AttOkz dah akak sahut...Terimalah nukilan merdeka itu seadanya...
Post a Comment