Friday, May 29, 2009

JAWAPAN YANG PASTI.....

Insyaallah akan berada di pasaran pada bulan Jun ini....

Sinopsis:
ORANG kata, bercinta dengan dengan golongan artis amat membahayakan kerana hubungan pastinya tidak akan kekal lama. Namun bagi Kyra, dia percaya kepada Ariff kerana amat mengenali lelaki itu, jiran sebelah rumahnya. Tidak mungkin Ariff sanggup mempersendakan cinta dan kasih sayang mereka.
Namun, langit tidak selalunya cerah. Hubungan mereka yang sudah mendapat restu daripada keluarga tidak bermakna lagi buat Kyra. Kenyataan Ariff yang terpampang di dada akhbar benar-benar merobek hatinya. Sanggup lelaki itu menafikan hubungan mereka ketika disoal media dan menyatakan bahawa Kyra hanyalah jirannya.Gadis itu lantas membawa diri yang lara. Dia nekad tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu.
Namun, dunianya yang sudah tenang dikocak pula dengan berita Ariff ditangkap khalwat. Bencinya terhadap lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi.Ariff baru tersedar akibat daripada peristiwa hitam itu. Dunianya pula semakin gelap tanpa Kyra di sisi. Dia harus memperisterikan Kyra kerana masih lagi menyayangi gadis itu.
Namun, apa yang dibimbanginya... adakah gadis itu masih mahu bertamu di hatinya sedangkan mendengar suaranya pun sudah tidak sudi lagi?

P/S : Mood Swing saya dah okey.......bersemangat dan happy!hehehhehehe

23 comments:

zara aluwi said...

Tahniah atas kelahiran buku baru 'jawapan yang pasti' dan pastinya akak akan mendapatkan buku ini. Harap2 di Read Malaysia dah ada buku ni.

puteri_kebayan said...

tahniah kak eka
tak sabar nak beli..
sukaaaaa
da lama tggu novel baru eka fahara

Mummy Hanan said...

Salam Eka,

Tahniah2... dalam diam2 awak buat novel baru.... dari sinopsisnya sya suka...tp ntah lah bila novel tu boleh sampai kat sini...

Emm, awak datanglah kat Brunei... gerenti saya akan masak kan untuk awak n family or kawan ke..ckap je bila nak datang....

NIk Fauziah Nik Hussin said...

waaaa..sinopsis nya je dah menggoda!

Durrah Fatiha said...

Salam Eka,
Wah! setelah lama menunggu, inilah jawapan yang pasti 'pasti' ya...
Apapun, tahniah.

Marzalina said...

kak eka..tekaan intan sipi jer..antara jawapan ngan janji hehe..ingatkan janji yg pasti...rupanya jawapan yg pasti...tahniah kak!

Hezzy Azra... said...

Salam Kak Eka,
Finally!!!

Tahniah dengan 'Jawapan Yang Pasti'!

Saya akan pastikan... novel ni masuk dlm senarai bahan bacaan saya!

Noor Suraya said...

salam eka,

tahniah. tahniah. tahniah.
:D tumpang gumbira untuk dinda

sayang,
- kaksu -
p/s: kat Mines belum ada lagi kelmarin

Mersik said...

Salamz Kak Eka ,

Wahh sudah keluar gitu novelnya. Caya la.. tahniah, tahniah dan tahniah.. semoga sambutannya hebat dan menggebu2 gitu..

Yihaa...

Eka Fahara said...

Kak Zara,
TQ. Harap Kak Zara sudi membaca novel kerdil eka nanti...sayang akak.Muahhhhh!

Mummy Hanan,
TQ Leeya...hrp. awak sudi membaca novel saya.
Saya memang teringin hendak ke Brunei.Moga satu hari nanti saya sampai ke sana dan kita dapat bersua muka....dan awak masakkan utk saya ya..hehehehehe

Eka Fahara said...

Nik Fauziah,
Sejujurnya rasa excited dan gementar bercampur satu menanti kemunculan novel ini! Awak tentu arif hati seorang penulis bila menanti karyanya menjadi tatapan pembaca kan?Sudilah menatap novel saya nanti....

Durrah Fatiha,
TQ kak.Saya masih menanti 'Jawapan Yang Pasti!' heheheheheh

Eka Fahara said...

i-sHaH eCah,
TQ dik.....
Sudi-sudilah baca novel kak eka nanti ya...Take Care dear.

Eka Fahara said...

Marzalina,
Hehehehe saja aja nak buat suspen ngan Intan!
TQ Intan....take care

Hezzy Azra,
TQ Hezzy....muah!muah!muah!

Eka Fahara said...

biruNila,
TERIMA KASIH SEJUTA KALI atas dorongan dan nasihat akak selama ini. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Kata semangat kak Su akan sentiasa tersemat di hati Eka. Terima kasih banyak-banyak....Sayang Kak Su, Muah!muah!

Eka Fahara said...

Mersik,
TQ Mersik,
Semoga kita sama-sama maju dalam dunia penulisan...

dhiya zafira said...

SALAM KAK

TAHNIAH UNTUK " JAWAPAN YANG PASTI"

Sarnia Yahya said...

Salam kak Eka...
Nampaknya sy org yang terakhir mengucapkan Tahniah..utk JAWAPAN YANG PASTI...TAHNIAH sekali lagi.

Jamilah Zainuddin said...

Salam Ida,
I cari your novel kat Popular, Gurney Plaza..tapi sayang tak jumpa!! I minat nak baca your novel...It would be my first ever malay novel !!..Jalan cerita sounds menarik.I akan cuba cari kat Queensbay pulak.
Your penang friend,
Mimie :)

Cik Miza said...

kak eka,
syoknye.. saya akan dapatkan novel akak nanti..
last week saya turun bandar sri putra..
akak dok sana kan?kalau tak dptla jumpa akak..

Eka Fahara said...

Dhiya,
Tq Dear.....

Eka Fahara said...

Sarnia,
TQ.Nanti kita jumpa ya.....

Eka Fahara said...

Miza,
Harap Miza sudi membaca JAWAPAN YANG PASTI.
Insyaallah..lain kali tentu masih ada peluang untuk kita berjumpa. Jaga diri ya....

Eka Fahara said...

Mimie,
Nanti I uar2kan di blog bila novel I keluar nanti.
Hope you and yr Family baik2 selalu....

ALAF21

ALAF21