Wednesday, June 24, 2009

VERTIGO - PLEASE GO AWAY!

WHAT IS VERTIGO?
Vertigo is a specific type of dizziness, a major symptom of a balance disorder. It is the sensation of spinning or swaying while the body is actually stationary with respect to the surroundings.The effects of vertigo may be slight. It can cause nausea and vomiting and, in severe cases, it may give rise to difficulties with standing and walking.Vertigo is usually associated with a problem in the inner ear balance.
Vertigo is the feeling that you or your environment is moving or spinning. It differs from dizziness in that vertigo describes an illusion of movement.


Minggu ni memang saya sibuk sangat. Ada beberapa benda yang perlu diuruskan. Tambah pula Sara akan kembali ke kampus Sabtu ni. Menguruskan hal dia saja sudah buat saya macam lipas kudung. Dan benarlah kata orang2 tua, masa kita sibuklah segala benda nak datang menimpa.
Selepas 5 tahun terselamat dari serangan VERTIGO, masa tengah kalut ni lah sakit ni nak datang berjumpa saya! Malam tu saya tidur agak lewat. Kononnya nak menilik kembali Mss yang dah berhabuk. Seronok membaca tak sedar dah lewat pagi. Sejam kemudian saya terjaga dan kepala rasa berdenyut2. Badan pula mula berpeluh sejuk. Dalam hati saya dah tahu apa yang akan terjadi bila mata mula berpinar dan dunia mula menari2 di depan mata! Saya kena Vertigo!!!! Dan saat itu bermulah episod saya jadi 'org buta' bila terpaksa dipimpin bila berjalan. SEBAB tak boleh buka mata!
Adoi! macamana nak buka mata kalau bila buka aje mata dunia berputar ligat. Tunggang langgang! Kepada sesiapa yang pernah terkena Vertigo attack sahaja yang faham bagaimana peritnya! Seorang teman yang menelefon sempat mengusik, nampak dunia tengah bertawaf ke? Hah! sempat lagi dia refresh saya pasal ESQ!
2 hari saya jadi budak baik. Duduk rumah saja!!!!
Hari ni baru saya berani memandu. Itu pun masih separuh mabuk! Dan apa terjadi bila orang separuh pening memandu? Sah! angin tak betul dan asyik nak marah!
Hah! hari ini saya buat record! Saya marah orang! Dan kalau orang macam saya boleh marahkan orang maknanya.... samada saya overdose makan ubat atau pihak yang buat saya marah tu buat keje tak guna ??????
Tolonglah! kalau hang pa mai kgeja dok melangut ramai2 sambil gebang sakan. Orang nak lain hangpa buat lain, baik hangpa balik Kedah tanam padi!! Yang saya hot sangat tu, esok nak kena melangut kat situ lagi sedangkan urusan tu patutnya dah selesai hari ni!!!!!! Arg! betul-betul buang masa!!!!
Sabar! Sabar!......saya cuba sabarkan hati. Semoga besok, saya dapat memaniskan muka dan lebih bertolerasi. AMIN. Esok saya akan melangklah masuk ke MC tu dengan 'ZERO MIND'. Bolehkah?
Tetapi bagaimana kalau esok service yang diberikan sama macam hari ini?
Ah! jangan berprasangka......kita tunggu esok!

No comments:

ALAF21

ALAF21