Tuesday, July 7, 2009
Sekadar cerita.....
Sejak kena Vertigo dua minggu sudah, kesihatan saya terus terganggu. Badan rasa letih dan lesu. Dah bergelen air kosong saya minum. Berbotol 100plus saya habiskan dengan harapan saya akan kembali cergas. Tapi hampa. Saya tetap rasa tak sihat dan kepala pun tetap pening2 lalat. Nak kata demam tidak pulak. Sementelah lah selsema. Dah bertahun-tahun saya tak terkena selsema. Kadangkala terfikir jugak, agaknya sinus saya yang dah lama terpendam tu nak menampakkan diri ke? Adoi! risau saya kiranya itu berlaku.
Seminggu dua ni saya langsung tak mengadap laptop kerana mata rasa berpinau semacam kalau saya banyak merenung dan menaip. Memang saya tak berani nak mengadap Pc. Fobia Vertigo masih terasa-rasa. Ada dua tiga email yang masih belum sempat saya balas. Buat yang mengirim email tu(anda tahu siapa anda) insyaallah saya balas selepas saya sihat sikit ya.
Blog ini pun dah mula bersawang bila tuannya masuk 'dock'......Dua tiga benda juga tergendela dek kerana kesihatan yang dong dong ni! Dua tiga jemputan juga tak dapat saya hadirkan diri di saat akhir.Maaf ya..insyaallah kita berkumpul di lain kali.
Award pemberian Azrin pun belum sempat saya ambil.Untuk adik Azrin..nanti kak eka ambil ya....sori lambat sikit.
Untuk yang menghantar sms dan tak berbalas tu...sori ya.Hp saya pun masuk ward macam tuan dia jugak!Tak ada coverage!
Dan untuk yang minta nombor telefon hp merah garang saya tu....hehehheheehhe nanti2lah saya bagi ya!
Tina - Jutaan terima kasih kerana bersusah payah membuat panggilan jauh untuk bertanya khabar.....Semoga kita sama-sama semakin sihat.
Saya harap by minggu depan saya akan semakin sihat. Dalam kepala banyak benda yang nak dibuat tapi asyik tertangguh bila mata saya ni pantang nampak bantal...asyik nak zzzzzzzzzzzzzzz saja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Semoga Eka dianugerahkan kesihatan yang sihat wal'afiat. Amin.
Get well soon kak eka..semoga sembuh seperti sediakala, amin.
Dea dah agak dah... dlm hati mcm dpt agak yg Kak Eka tak sihat. Moga cepat sembuh ye...Amin
Kak Zara,
TQ kak.....semoga akak pun sihat2 selalu.muahhhhhh!
Marzalina,
Harap sangat sembuh macam biasa....Amin.
Dea Sara,
Tq Dea,,,,,insyaallah kak eka dah makin sembuh.muahhhhhhh!
Post a Comment