Hari ini dan semalam beredar tanpa sedar. Bumi berputar. Mentari terbit dan mentari terbenam tanpa syarat dan had. Usia bertambah dan perubahan demi perubahan mengiringi sepanjang kehidupan. Saya bersyukur dengan kehidupan semalam dan mendoakan agar kehidupan masa depan sentiasa di bawah lindunganNya. Amin......
12 Oktober 1989
Pada tarikh ini saya melangkah ke dunia baru. Menerima seseorang dalam kehidupan dan sekaligus memikul tanggungjawab untuk melengkapkan kehidupan seorang wanita. Waktu itu usia saya setahun jagung. Muda sangat. Ibarat kata pepatah orang dulu2. Kalau masak nasi pun mentah lagi. ( Mujurlah masa tu dah ada periuk nasi!)Tetapi saya menerima segalanya dengan lapang dada tanpa sangsi. Menerima seadanya kerana CINTA dan KASIH. Mungkin ada yang ternganga dengan keputusan saya. Tetapi bukankah hati saya hanya saya yang mengerti! Hanya saya yang memahami apa yang saya rasa....Dengan penuh kerelaan, saya tunduk pada getar dijiwa kerana saat itu saya akur pada suratan takdir kerana saya yakin Allah yang membuka ruang untuk kami bertemu......
Detik menjadi milik orang.... saya menyerahkan kehidupan saya ke tangan Ilahi. Dengan doa agar kehidupan saya selepas itu sentiasa di bawah lindunganNYA....
12 OKTOBER 2009
Hari ini ulangtahun perkahwinan saya ke 20....
Syukur alhamdulillah ......
Sebak dan sendu sedang mengisi dada saat saya menaip ini. 20 tahun? Oh! macam tak percaya sudah 20 tahun saya hidup disamping seorang lelaki bergelar suami. Bersama-sama menempuh kehidupan berumahtangga yang semestinya ada masam manisnya. Dia bukan sekadar suami dalam hidup saya. Dia adalah bestfriend saya!. Dialah teman ketawa dan teman menangis. Tempat saya melepaskan marah mahupun meluahkan rasa. Tempat saya mengamuk mahupun sengaja bersikap mengada-ngada!! Kami saling menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing. Saling melengkapi antara satu sama lain dan menjalani kehidupan seadanya....
Ya Allah.... aku bersyukur dengan segala limpah kurniaMU.
PS : Untuk DIA yang saya panggil SAYANG - HAPPY ANNIVERSARY.
OKTOBER 1989 (20 tahun dahulu)
OKTOBER 2009 (Sekarang)
PERMATA HATI YANG MENYINARI KEHIDUPAN KAMI...
Sunday, October 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
salam kak eka,
sweetnya... saya juga hampir menitis baca entry tu, tapi belum sempat nak kena meja, entry dah habis... huhu.. nasib baik. kalau panjang lagi, sah berlagu sendu lah saya di sini.. :)
comelnya gambar kak eka kahwin.. comel2 sangat. hehe...
tahniah untuk 20 tahun mengutip pahala untuk perjalanan ke syurga bersama.
semoga kasih dan cinta terus hingga ke hujung nyawa.
(hehe.. dua tiga hari ni, anniversary saya pulak kak, :) akak dan 20 tahun, saya baru masuk 2 tahun.)
salam jauh di mata, dekat di hati,
-yang sesuka hati mengaku adik kak eka- umi azrini. :)
Happy 20th Anniversary Kak Eka..Moga terus berbahagia hingga ke syurga..amin
Adik ku Umi,
Rindu umi! Rindu sesangat......
Bila anniversary umi? Memanglah kena bermula dengan angka 2 dulu, nanti lama2 jadilah 20.
Happy Anniversary untuk Umi dan Wan.....
Umi jaga diri baik2 dirantauan....
Peluk cium untuk Umar...
Kirim salam pada Wan.
Bila nak balik cuti ke tanahair?
Hamidah...
Terima kasih......Moga Hamidah juga sentiasa dilingkari kebahagiaan walau dimana berada.....
Salam Kak Eka...
Wah... abang Id maintain... kak Eka lak, makin tua makin lawa... haha... jangan marah no saya bilang tua...
yang penting dua-dua, makin tua makin nampak bahagia...ditemani anak-anaknya yang dah makin membesar...
tak lama bleh dapat menantu nih... hehe
Semoga Kak Eka dan abang Ida... bahagia hingga ke akhir hayat... dilimpahkan rahmatNYA
kak eka... hepi anniversary utk kak eka dan si dia kesayangan kak eka. betul kata umi, mmg comel gambar kawin kak eka... buat kte senyum panjang... harap kasih sayang kak eka dan abang idrus kekal sampai syurga ye...
Salam Kak Eka,
Tahniah!
20 tahun ya?? Wow... I'm amazed sbb daripada gambar 20 thn lepas hinggalah sekarang... segala2nya nampak sama... maintain!
Salamz Kak Eka,
Selamat menyambut Ulangtahun perkahwinan yg ke doplo tahun. ( Ooooo.. lama tuu.. )
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Rose,
Terima kasih. Cepat sungguh masa berlalu. Tak terasa dah 20 tahun kami bersama.Macam tak percaya pun ada jugak...rupanya tak lama lagi kami dah boleh terima menantu. Kalaulah Sara turun perangai mamanya kawin muda....tahun depan kami terima menantu lol...hahahahhaa
Rose,
Terima kasih. Cepat sungguh masa berlalu. Tak terasa dah 20 tahun kami bersama.Macam tak percaya pun ada jugak...rupanya tak lama lagi kami dah boleh terima menantu. Kalaulah Sara turun perangai mamanya kawin muda....tahun depan kami terima menantu lol...hahahahhaa
Aleya,
Tq for the wish ....
Tengok balik gambar kahwin...rasa nak tergelak jugak. Bayangkan betapa slimnya kak eka waktu tu!heheheeh Bandingkan dengan la ni ...alahai, makin 'comel' lah pulak!!!!! heeee
Hezzy,
Thanks.....
Yap! dah 20 tahun!!!! Syukur, alhamdulillah......
Mersik,
Terima kasih pokcik.....
tahniah kak
laila,
Thanks! Muahhhhhh!
salam...Happy 20th Anniversary umi fahara...semoga kebahagiaan menjadi milik umi sekeluarga.
Post a Comment