Thursday, June 7, 2007

Kunjungan ke pejabat Alaf21

Tidak banyak aktiviti yang berlaku musim cuti kali ini. Saya dan keluarga juga tidak holiday kemana-mana sebab Sara akan menghadapi SPM hujung tahun nanti. Cuma minggu pertama sempat turun ke Shah Alam sebab menghadiri majlis pertunangan anak saudara dengan seorang gadis manis dari Subang. Majlis berjalan lancar dan sempurna. Insyaallah setahun lagi majlis perkahwinan akan dilangsungkan.
Singgah pejabat alaf21 dan sempat jumpa editor dan staff. Yang bestnya, buka aja pintu pejabat, big boss yang tegur!! Terkejut saya tengok Encik Norden, langsung tidak perasan dia tengah duduk kat sofa di lobby. " Baik Encik Norden...alhamdulilah. Encik Norden sihat?" Sketma betul jawapan saya. Nampak sangat tergamam. Laju aje jawapan tu terpancul keluar dari bibir. Nasib baik tak tersasul sebut Eyman Haikal, kalau tidak.....adus
Macam selalu staff alaf21 memang havoc. Agak terkilan tidak sempat jumpa Liza. Kak Saadi dan Mazuen. Lega dapat duduk semeja dengan Ruby. Lebih mudah berbincang empat mata daripada berinterasi melalui telefon. Perbincangan ringkas tapi cukup efektif. Macam selalu keras perut kalau jumpa Ziana. Lawak selambanya memang selalu buat saya lemah.
For Ziana.....kaulah buat akak terlupa bagaimana peningnya sesat cari pejabat alaf.
Sebut pasal sesat saya tersenyum sendiri. Shah Alam memang terlalu asing pada saya. Yang saya tahu macamana nak pi PKNS dan rumah abang di seksyen 8. Bila hubby tanya tahukah nak pi pejabat alaf? Selamba saya jawab, dekat-dekat dengan roundabout yang ada papantanda UMW. Hubby mengangguk. Tengok muka dia saya tahu dia percaya cakap saya.
Manalah saya tahu Shah Alam banyak roundabout.....
Manalah saya tahu semua roundabout ada papantanda UMW.........
Akibatnya.....sejam lebih saya 'makan angin' melihat pemandangan Shah Alam.

ALAF21

ALAF21