Monday, March 23, 2009

iPhone 3G apple.......

Alkisahnya..........
Kemunculan iPhone memang dinanti ramai pengguna tega Apple termasuklah hubby saya. Dan sejujurnya saya pernah berjanji untuk menghadiahkan telefon ini pada harijadinya dua tahun yang lalu. Tetapi disebabkan iPhone tak ada dalam pasaran Malaysia/Spore ketika itu maka janji itu tertunggak tahun demi tahun. Baru-baru ini maxis mempelawa pelanggan yang berminat untuk memiliki iPhone untuk booking thru intenet dan membelinya pada launching day di KLCC.(MAXIS MENDAPAT HAK EXCLUSIVE UNTUK MEMASARKAN iPHONE DI MALAYSIA).
Dapat sms tu wajah hubby biasa-biasa saja. Saya tahu, sebab saya pun dpt. sms yg. sama jugak. Dalam hati saya tahu dia memang nak beli sesangat. Tapi tak cakap apa pun! (Hah!Saya tahu dia frust sebab tak boleh beli!) So saya ajak dia pergi masa launching nanti. Selamba dia tanya, nak beli ke? Buat reservation saja saya jawab. Kita gi tengok dulu kalau berkenan kita bincang2lah. Usik saya. Hubby cakap takut nak pi tengok. Takut terperangkap!(ORANG FANATIK APPLE MMG TAK BOLEH TENGOK TOY BARU APPLE, SURE MENGGIGIL TANGAN NAK BELI!!!!) Saya jawab saya nak pergi launching tu sebab teringin nak tengok iPhone. Wah! laju dia buat reservation!
Sehari kemudian kami dapat invitation email untuk ke launching tu. So petang semalam kami sekeluarga pun pergilah launching tu di KLCC. Kami terus naik ke tingkat 3 centre Hall. Keluar pintu lif staff berkemeja hitam dengan tulisan iPhone di t'shirt sedia menyambut. Disebabkan kami dah buat reservation maka kami diiringi berjumpa seorang staff yg. yang akan membantu urusan 'menjamu mata' iPhone. Melihat sekeliling saya dan hubby berpandangan. Dah dapat baca aura exclusivenya sedangkan kami anak beranak simple gila. Semua berjeans dan santai bert'shirt siap sarung flip flop lagi. Pada saya nak beli iPhone ni sama saja macam nak pergi beli telefon bimbit yang lain! Tak taulah pulak punya grand macam ni sekali! (AMPUN.. BERTAHUN PAKAI APPLE SAYA TAK PERNAH RASA EXCLUSIVE! )Tengok keliling, setiap pelanggan ada seorang staff maxis yg.mengiringi dan membantu. Layanan one to one! Kerusi meja, demo tutorial dan layanannya memang first class!
Kami di iringi seorang gadis manis dari mula sessi menjamu mata hingga saat memegang contoh iPhone di tangan. Wajah hubby pejam celik teruja!!! Bersinar dan bercahaya macam bulan mengambang! Anak2 usik, jangan terperangkap! Hubby tergelak tapi tak cakap nak beli pun!!!
Saya tahu dia TIDAK AKAN beli iPhone tu SEBAB DIA BARU BELI TOUCH PHONE BARU!!!!! Takkan nak pakai dua phone pulak.
Dipendekkan cerita.... Saya buat keputusan membeli iPhone tu.
Hubby saya terkejut.Dia tak sangka saya nak beli. Dia tengok saya dan tanya. Sure? Saya mengangguk. Agaknya dalam hati dia cakap, bini aku ni biar betul nak pakai iPhone kerana dia tahu sgt, saya ni jenis tak kuasa nak pakai telefon yg. banyak gig. Hahahaha yang hubby tak tahu mmg dari rumah lagi saya dah nak beli iPhone tu.Cuma saya tak cakap dengan dia. Rahsia saya dan anak-anak!hehehehhe
Akhirnya.....
Saya beli iPhone tu tapi bukan saya yang akan gunakan.
Saya hadiahkan pada hubby! Untuk tunaikan janji...
Wah! hubby saya happy tak ingat dunia. Sampai tak lalu dah makan minum! Untuk pertama kali dia makan sejemput nasi masa makan malam di restoran kegemarannya!!!! Alahai...dalam hati dah tau sangat. Malam ni adalah orang tu tak tidur asyik nak mengodek phone baru!!!!!!
So....inilah iPhone baru tu.

iPhone 16GB White colour dengan warna panel sentuh hitam dan belakang berwarna putih dengan logo apple. (White colour terhad untuk 16GB sahaja)




Untuk DIA : Enjoy your toy!!!! hehehehehe

Wednesday, March 18, 2009

TERSENYUM DAN TERHARU......

Terharu dan teruja! Alhamdulillah

Kilauan permata sekilau hati saya!!!!
Suka sangat!!! Cantik....
Dua hati satu jiwa. CINTA ANTARA SAYANG.....

Saturday, March 7, 2009

BUNGA HATI, JODOH DAN KEMBAR

BUNGA MERAH
Pagi ini mawar di laman saya mekar lagi.Cantik! Dan banyak lagi putik kuntum yang akan mengembang sehari dua lagi......
Bunga Cempaka merah juga mula mekar bunganya.....
Setiap pagi saya membelek bunga2 dilaman saya yang basah dengan titisan embun...
Sayangnya bunga2 dihati saya tak sekembang itu!!"


JODOH
Minggu lepas saya melayari blog Nia Azalea. Dia bercerita tentang maidnya MEK. Saya tersenyum malah hampir terkekeh membaca celoteh itu.Saya tahu. Memang mudah kalau ada MEK! Saya katakan pada Nia bila balik Mesia nanti bawa balik MEK sebab saya nak jodohkan dengan MOK saya! Hahahaha Nia ketawa. Sebenarnya saya pun ada satu set ROMBA!
Hah! kan dah sesuai saya kawankan mereka berdua....lagipun mereka dari suku sakat yang sama. Cuma warna baju saja yang tak serupa!!
MEK dan MOK memang pekerja terpuji. Cuci calat lantai dibersihkan dari habuk dan debu.Tak payah suruh seluruh umah disapunya.Tahap kebersihannya dijamin sempurna......
Berbaju MERAH adalah MOK saya dan berbaju PUTIH adalah MEK Nia Azalea - macam pinang di belah dua kan?? Tak sangka saya dan Nia dah berbesan! hehehehehe
Sayangnya habuk ralat dan debu luka dihati manusia tak dapat disapu oleh sejuta robot pun!


KEMBAR
Adik saya nun jauh di Berlin baru dapat toy baru! hahahaha Dah mula guna komputer Mac Apple!
WELCOME TO THE APPLE CLUB...YOU MADE THE 'SWITCH'! hehehehe Wah! Aedy dah jadi Mac Man!!
Mudahkah menggunakan Mac? Bagi saya ada perbezaannya terutama 'KATAKAN TIDAK PADA BARANGAN TIRUAN!
Mac ni mengada sikit, tak nak guna program tiruan.....
Disebabkan saya dah terbiasa menggunakan Mac maka selalulah saya kena 'kutuk' bila menggunakan laptop geng lain sebab kekok sesangat!
Di rumah... saya ada kembar 3 Apple - MAC MINI, MAC BOOK DAN MAC IBOOK.....
dan hubby dah berangan nak tambah satu lagi family Apple iaitu IPHONE bila Maxis mulakan promotionnya minggu depan!
Hujung minggu lepas sempat kami menjenguk APPLE AIR. hehehehe kalau saya dapat beli satu, raya sakan!!!
<

MAC MINI...MAC BOOK... MAC IBOOK




Wednesday, March 4, 2009

NOVEL BARU - PENULIS LYNN DAYANA


TARIKH LUPUT CINTA
DI PASARAN SEKARANG!


Airel, seorang eksekutif muda telah dituduh pecah amanah kerana menggunakan wang syarikat. Disebabkan tuduhan itu, dia diberhentikan kerja serta-merta.

Dalam kesempitan hidup, tiba-tiba dia ditawarkan dengan harta bernilai RM22.5 juta daripada seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun, untuk meraih harta itu, dia dikehendaki ke Langkawi. Di sana, dia bertemu dengan Rezzal dan Imanina. Mereka juga mendapat tawaran yang serupa.

Tuan Haji Kamarul, seorang lelaki tua yang sangat berpengaruh. Namun, sayang... dia tiada anak untuk mewarisi segala perniagaannya. Lantaran itu, Airel, Imanina dan Rezzal telah dipilih untuk menjadi pewarisnya. Namun, dia bukan ingin memberi dengan cara yang mudah. Tarikh luput diberikan kepada mereka untuk merebut harta ini.

Pada saat impian hampir tercapai, tiba-tiba wujud insan keempat sebagai pesaing. Pesaing yang inginkan mereka semua musnah! Musnah, supaya harta yang diidam-idamkan itu menjadi hak mutlaknya seorang. Namun, siapakah insan keempat ini dan apakah muslihat Tuan Haji Kamarul memilih mereka untuk merebut hartanya?

Sempatkah salah seorang daripada mereka memenangi pertandingan ini sebelum tarikh luput yang diberikan? Tarikh Luput Cinta... Debarannya menyesakkan dada!



Tajuk: TARIKH LUPUT CINTA
Penulis: Lynn Dayana
Halaman: 512
Harga: RM19.90

ALAF21

ALAF21