Sunday, January 13, 2008

Sabar..............

Sejak akhir2 ni saya asyik nak marah-marah aje......
Suhu kesabaran saya asyik dicabar dan diuji.......
Mulut pun mulalah membebel macam bertih jagung.....
Resminya saya ni bukanlah panas baran orangnya.....
Walaupun sering disalah anggap sombong,
Tapi kini tarik muka empat belas dah jadi macam makan nasi!!!!

Terfikir jugak apa yang buat saya berubah....
Mungkinkah kerana persekitaran dan cara hidup yang belum serasi....?
Mungkinkah kerana dalam hati saya masih merindui persekitaran dulu!?
Mungkinkah juga saya semakin lemas dan kesiankan anak2 yang asyik komplen itu dan ini bila balik kesini!?

Satu-satunya manusia yang tak banyak akal adalah suami saya.....
sentiasa cool,relax dan happy
DAN ITULAH PENAWAR YANG MEMBUAT JIWA SAYA SEDIKIT TENANG.

Tambah parah bila...........
Terpaksa memandu dibelakang kereta yang bergerak macam semut sebab asyik berbual di telefon!
Terpaksa berhadapan dengan kesesakan bila kereta di pakir di tepi jalan macam parking di pekan koboi!
Bosan dengan kerja rumah yang tidak pernah habis sebab maid yang tak sampai-sampai!!!!

Alah bisa, tegal biasa.
Mungkin pepatah itu paling tepat untuk saya jadikan sandaran!!!!!!!
Hai, sabar-sabar......

Monday, January 7, 2008

Orang Baru.........

Dua minggu lepas saya berkesempatan menghaziri majlis perkahwinan novelis Nia Azalea di Alor Setar,Kedah. Kini adik manis itu telah sah menjadi milik Faiz, jejaka kacak yang cukup peramah. Mulanya saya fikir saya akan keseorangan ke sana kerana hari itu jatuh pada hari bekerja ( sebenarnya rancangan perjalanan itu telah dirancang dua bulan sebelumnya, masa tu saya masih di Spore) membuat saya sedikit gusar dan segan kerana tidak mengenali sesiapa di situ.Bila Laila Karmila sms dan memberitahu yang dia juga ada disana, saya bersorak gembira. Dan langsung tidak disangka saya bertemu dengan kak Norzalina yang datang dari Perlis.!! Majlis itu juga menemukan saya dengan novelis Dhiya Zafira buat pertama kali.
Nia cantik dan manis bila didandan. Faiz kacak dan tampan duduk disisi.

Buat Nia dan Faiz......SELAMAT PENGANTIN BARU.
.
Malam tadi saya menerima kunjungan pengantin baru ini yang sudi menjejakkan kaki ke teratak saya. Saya sekeluarga amat berbesar hati menerima kedatangan mereka. Kami leka berbual hingga tidak sedar jarum jam pantas bergerak. Rasa belum puas berborak bila Nia dan suami terpaksa meminta diri. Ah! Entah bila kami akan bersua lagi.Nia membalas,insyaallah 3 tahun lagi bila dia pulang ke tanahair atau datanglah melawatnya ke UK. Saya dan hubby berbalas pandangan....mana tahu mungkin ada rezeki kami ke sana!!!!!!!

Buat Nia dan Faiz......saya dan suami mendoakan kehidupan mereka bahagia ke anak cucu. Tabahkan diri hidup di bumi asing dan semoga Nia akan lebih bersemangat menamatkan pelajaran dengan sokongan suami disisi.

Thursday, January 3, 2008

Chestnut,shadow,Pika dan Boo

Sejak dulu anak2 dan hubby memang suka bela binatang peliharaan. Dan bila kami berpindah ke Spore, hobi itu terhenti seketika kerana keadaan persekitaran dan peraturan yang perlu dipatuhi. Bila balik ke sini,mulalah mereka merengek minta mulakan hobi tu kembali. Mulanya saya diamkan aje. Malas nak melayan.Bukannya saya tak suka tapi bila memikirkan kelecehan nak menjaganya,minat tu mati tiba-tiba. Namun minggu lepas saya tak sampai hati nak menolak pemintaan mereka bila sekali lagi terserempak dengan pets shop di sebuah pusat membeli-belah. Selepas sesi pujuk memujuk dan janji berjanji dan dengan syarat mereka akan menjaga dan membersihkan segalanya, saya mengalah.

Dua ekor arnab comel....Chestnut(kekuningan) dan Shadow ( putih)


Pika dan Boo - Dua ekor burung hijau/kuning yang memang dah lama ingin dipelihara hubby.........


Saya suka melihat kelincahan arnab2 tu bermain di laman rumah. Jinak dan cerdik. Saya suka melihat bulunya yang lembut dan halus. Tapi sampai hari ini saya belum menyentuhnya.....saya geli!!!

Tuesday, January 1, 2008

2007......dalam kenangan.


Pantas masa berlalu.Pejam celik 2007 berlalu pergi. Setiap kali tiba tahun baru, usia saya menginjak setahun lagi(baru sedar saya dah semakin tua!!)Melihat anak-anak yang semakin dewasa dan pandai itu ini saya hanya mampu menggeleng(Ah! tak lama lagi mesti rambut saya mula beruban)
Banyak peristiwa manis dan kelat dilalui tanpa sedar.Manis pasti disambut dengan senyuman dan kala kelat,sesekali sebak menyerbu dada.Saya tidak pernah menghitung hari malah saya bukannya jenis orang yang suka merancang itu dan ini. Saya lalui kehidupan ini seadanya.
Alhamdullilah.....saya,suami dan anak-anak diberi kesihatan yang baik ditahun 2007.Semoga kasihsayang antara kami semakin kuat seiring peredaran tahun dan kekal sepanjang hayat.
Alhamdullillah.... kami sekeluarga selamat pulang ke tanahair.
Alhamdulillah atas segala kurniaan ILAHI pada saya sekeluarga.

Setahun yang lalu saya menyambut tahun baru di Singapura sekadar melihat rakyat Malaysia menghitung minit dikaca TV dan menjerit 'Selamat Tahun Baru'.Kala itu jiwa saya melayang pulang ketanahair. Seminit kemudian sms demi sms masuk ke talian dua telefon bimbit saya(Malaysia dan Spore). Malam ini saya mungkin melalui detik yang sama tapi mungkin tiada lagi sms teman2 di Spore.Dan kala saya menulis ini,ingatan saya melayang mengingati mereka. Sesungguhnya,saya tidak mampu menipu diri.....I MISS THEM

Dedication ini tanda ingatan saya yang tidak pernah surut buat mereka,

Woodgrove Condominium - persinggahan sementara yang membuat saya & keluarga terasa seperti berada di
rumah sendiri.
Shirley & Lawrence - tuan rumah yang baik hati.It's a pleasure knowing both of you.(Istilah Kiasu tidak
relevan disini)
Dr. Faridah dan keluarga - Insyaallah kita akan bersua lagi.Mana tahu....mungkin di hospital Malaysia! Take
care Faridah.
Kak Fauziah dan Abg. Jasman - Terima kasih atas persaudaraan ini.(terimakasih memberi saya dan suami
peluang menghadiri majlis perkahwinan di Kolong)
Shila, Azmir, Allysa & Mirul - Tabah hidup dirantauan.Peluk cium utk Allysa dan Mirul(aunty miss you two)
Salmah - Sahabat bercerita dan bertanya itu ini.Gelak tawa dan gurauan mu akan sentiasa
terpahat dihati.Semoga persahabatan ini kekal selamanya.
Kasih - Kau ada dalam tiada.....mungkinkah kau muncul lagi?
Jah - Kerana kau..airmata ini gugur disaat berangkat pulang.I'm going to miss your
cooking!!!
Kartina - Semoga kau tabah menghadapi dugaan ILAHI.
Aisah & Suhaimi - Keep in touch
Nama yang tidak tersebut disini - Kalian adalah lukisan kenangan saya.

Sayonara Singapura ........ pengalaman disana membuat saya semakin dewasa.

Kini.....sudah sebulan lebih saya pulang. Persinggahan baru dan entah untuk berapa tahun lagi. Saya tidak tahu meramal apa yang ada dihadapan. Apa yang saya harapkan agar saya akan terus kuat menghadapi kehidupan ini.
Doa saya.......semoga saya dan keluarga sentiasa dibawah lindunganNYA.
Dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.

Buat semua rakyat Malaysia
Selamat menyambut tahun baru 2008
Semoga Malaysia semakin makmur dan Aman sejahtera.

ALAF21

ALAF21