Thursday, December 11, 2008

ANAK SAUDARA BARU.....

Saya dan hubby jadi Tok Su lagi...
SOFIA lahir tanggal 3 DEC 2008- awal sehari daripada tarikh lahir Tokwannya.(Abang ipar saya) dengan berat 2.5kg.
Comel,gebu dan putih melepak baby Sofia ni. Memang rasa nak picit-picit.Geram!!
Tahniah untuk pasangan Zamir dan Ainul....Selamat datang ke dunia ibubapa.

MAKAN KENDURI VS JAMU MATA...

Tanggal 6hb.December, saya dan suami menghadiri majlis perkahwinan di rumah novelis dan penulis Lily Haslina Nasir. (Adiknya yang kahwin bukan Syafik ya!)Majlisnya meriah dan happening bila terserempak dengan wajah-wajah yang dikenali. Kak Norzailina, kak Saadi(orang kuat alaf21),geng kicap,rose harissa dan Lya(alaf21)
Hidangan untuk para tetamu superb dan istimewa, Lain dari yang lain! Sambal ikan bilis tempoyak, rendang ayam,ikan keli,ikan kering, asam pedas daging tetel sup cendawan,sambal belacan, ulam-ulaman dan berbagai jenis kuih muih!
Selepas menjamu selera saya dan hubby sedang melihat pasangan pengantin sedang bergambar apabila Cik Lan(hubby Lily) menjemput kami menjamu mata di halaman belakang rumah. Wah! bagai org. mengantuk di sorongkan bantal, kami dengan tak malunya pun meronda sakan. Habis kami jelajah belakang rumah tu! heheheheh Dan dibawah adalah gambar2 favorite saya.

Serkap ayam kesayangan lily... jenuh saya cari posisi yang sesuai.Kenapa ya??hahahhaha


Dibelakang saya adalah kolam ikan peliharaan cik Lan. Semua ikannya telah dijadikan hidangan utk. majlis hari tu! Juga arnab di dalam kurungan.


Bergambar bersama novelis Nozailina dan anak-anaknya dan editor alaf21 Puan Saadiah.


Di rumah cendawan cik Lan. Cendawannya sudah dipetik untuk hidangan para tetamu!


Reban ayam lily haslina. Mulanya saya nak masuk dalam tu tapi bimbang pulak kot ada angsa! Takut kena sudu!!!!! heheheh

UNTUK LILY HASLINA DAN CIK LAN.
Terima kasih kerana sudi menjemput kami...sayangnya saya tak sempat nak snap gambar lily yang betul-betul nampak macam mak pengantin! Serius! Memang nampak macam mak pengantin hhahahaha

Monday, December 1, 2008

APPLE HIJAU IN THE HOUSE !



Tahniah untuk adik saya, Nora Ismail dengan kelahiran novel 'Serasi di hati'.
Semoga terus gigih menulis...
Dimana ada usaha di situ ada kejayaan.....

Wednesday, November 26, 2008

Mak Long vs Tok Su vs Mak cik.....alahai

Benarlah kata orang....bertambah tahun bermakna bertambah usia. (hubby saya selalu cakap...bukan bertambah usia tetapi bertambah matang!!!!)
Tahun ini keluarga saya bertambah TIGA orang ahli keluarga baru.
SELAMAT DATANG SI COMEL.....
HAWA QAISARA, WAN MOHAMAD ARFAN dan WAN UMAR.....

HAWA QAISARA
Cicit sulung mak ayah mertua saya.
Kelahiran Hawa sekaligus mengurniakan pangkat Datuk pada saya dan hubby. hehehehehe
Saya dan hubby dah dapat pangkat TOKSU..hahahaha



WAN MOHAMAD ARFAN - baru berusia 3 hari!
Cucu emak saya yang ke10....
Dia dilahirkan pada minggu ke 36 dengan berat 4.3kg!!!!!!
Saya membayangkan kalau tunggu sampai minggu ke 40...agaknya berapa beratnya yer?
Dukung Arfan macam dukung budak dah lepas pantang. Masa hubby cuba sendawakannya lepas menyusu, kepalanya keras mendongak! Budak sekarang bijak segala...cepat belajar semua benda!Alahai anak menakan maklong ni.....


PASANGAN YANG BARU BERGELAR IBU DAN AYAH.

Saya dan hubby juga baru menerima anak saudara baru -WAN UMAR BIN WAN MOHD RIZAL. .
Adik saya, Umi Azrini yang berada jauh di Bahrain telah selamat melahirkan seorang anak lelaki seberat 3.24kg pada 23
Nov 2008. Airmata saya mengalir laju sebaik sahaja membaca sms yang dikirimkan. Kalau dia dekat di tanahair memang saya terbang melawatnya. Seribu satu macam perasaan mengusik hati saya waktu itu. Rasa gembira, sayu dan pilu bercampur aduk mengocak perasaan saya. Ya!!! Mungkin kerana saya dan umi banyak berkongsi rasa dan resah........
UNTUK UMI - JAGA DIRI.....I ALWAYS LOVE YOU-KIRIMLAH GAMBAR BABY.
UNTUK WAN RIZAL - tahniah menjadi seorang bapa. Jaga umi dan Umar baik-baik ya....
UNTUK UMAR - muah!muah!muah! Bilalah mak cik ada peluang nak peluk cium Umar...


PS : Bilalah agaknya saya akan menerima khabar gembira dari Sheffield pulak....ahak! hehehe

Tuesday, November 18, 2008

PERTEMUAN YANG MANIS....

Sudah lama hajat ini bermukim dihati. Apalagi bila hajat itu mendapat sokongan seorang sahabat yang juga mempunyai hajat yang sama. Kami ingin bertemu muka dengan seseorang. Malangnya kesempatan untuk melaksanakannya sering tertunda kerana hambatan masa. Akhirnya kami hanya saling bersapa dan bergurau dialam maya.
Baru-baru ini saya pulang ke Penang dan punya sedikit masa terluang. Maka saya layangkan email dan kami berjanji untuk bertemu. Teman saya melonjak riang dan bersetuju sahaja dengan rancangan yang diatur.

Pagi itu saya memandu ke IG untuk menjemput DIA sebelum ke BB untuk bertemu teman saya. Kami bercadang untuk breakfast bertiga.
Dari jauh saya melihat seorang gadis berpakaian sepasang hitam sedang berdiri ditempat yang dijanjikan. Sekali pandang saya sudah cam wajah itu (Tambah manis bila jumpa in person!)Saya bunyi hon dan dia menoleh....ITULAH EBRIZA AMINUDDIN.
Inilah kali pertama kami bertemu TAPI kemesraannya macam dah kenal setahun!!!!!
Saya memandu ke BB untuk menjemput Nor. Sampai depan umah Nor saya call dia minta dia keluar(Segan nak masuk sebab nampak kereta hubbynya ada dlm. pagar). Sesaat kemudia dia muncul - ITULAH DAIRI-ALYA (bakal penulis Creative).
Bila si pemalu(Ebriza) bertemu si lemah lembut(dairi-alya) bertemu saya.. kereta saya tetap jugak bergegar!!!!!!!Tidak ada maknanya nak jaga protokol!hahahahaah
Lama jugaklah kami bersembang di restoran Kassim Mustafa Nasi kandar tu.(10am-1pm) lama tak? heheeheeh Sempat jugak menjeling tengok Datuk mukhriz yg jugak bersarapan disitu!
Kami bersembang sakan. Macam Restoran Kassim Mustafa tu kami yang punya.!!!!! hahahahahaha
Pertemuan manis itu akan sentiasa terpahat dihati. Cukup istimewa....
Banyak pengalaman yang saya kutip.
Berbukit semangat yang saya kumpul.
Semoga tahun baru yang bakal tiba membawa sinar baru buat kami..
Benarlah kata pepatah...Tidak kenal maka tak cinta!
Dimana ada usaha disitu ada kejayaan!
Biarlah menjadi padi, makin berisi makin menunduk...
Ilmu yang dikongsi akan membawa berkat! Ilmu yang diperam,lama-lama akan berkarat!
Dan..Jadilah diri sendiri kerana itu yang akan kekal abadi....


Untuk Ebriza - Saya kagum dengan kegigihannya berkarya. Prinsipnya yang selalu berfikiran positif membuat dirinya punya pesona tersendiri. Doa seorang kakak akan sentiasa mengiringi atur langkahnya...

Untuk Dairi-alya - Selamat datang ke dunia penulisan. All the best. Semoga persahabatan kita kekal selamanya.

Saya, dairi-alya(bakal penulis Creative-insyaallah Disember ni) dan Ebriza

P/S : Berbual dengan Ebriza mengingatkan saya pada seseorang....Siapa yang akan saya kembarkan dengan Ebriza?ehem.....

REUNION DAN FAREWELL

Minggu lepas saya balik ke Penang kerana menghadiri majlis farewell untuk teman saya, Puan Zauyah yang akan bertukar ke HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Indah sungguh pertemuan malam itu. Hingga tidak sedar waktu bergerak terlalu pantas. Jam telah berdetik 12.00 tengahmalam sewaktu kami meninggalkan EQ Bukit Jambul.! Dan ketika melangkah ke tempat letak kereta, telefon Pn. Mas berbunyi. Saya dan yg. lain-lain sudah tersenyum lebar. Kami tahu panggilan itu daripada hubbynya. Dan kami tahu apa jawapan yg.akan kedengaran sebentar lagi.' Nak baliklah ni..On the way..on the way'.Keras perut kami menahan gelak. Dah agak dah jawapan tu! Bergegar gelak ketawa dalam kereta bila pn. Mas mematikan telefonnya. Itulah jawapan standard bila balik lambat!!!!hehehehehehe
Sayangnya ada geng yang tidak dapat bersama kami kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. Untuk Pn. Sofina, Pn. Aishah, Pn. Lynn, Datin Julieza, Datin Hanim dan Pn. Linda. Semoga kita dapat berkumpul di pertemuan akan datang.( Angin menbawa khabar,ada satu lagi farewell? Soon?)
Untuk Puan Zauyah...Walaupun jauh dimata diharap persahabatan kita akan sentiasa dekat dihati. Lepas ni tiadalah lagi orang nak sponsor keropok cap piala untuk kami! Tau apa Pn. Zauyah pesan pada kami semua...'Sesiapa yg. jejak bumi Kelantan dan tidak datang ke rumahnya memang nak putus sahabat!! hahahaha(Sampai hati ke?)


Berdiri - Pn. Siti Esah, saya,Pn. Jasmin, Cikgu Nor,Pn.Rozima,Mrs.Akhbar dan Pn.Jenna(Sesiapa yg. hendak melawat Penang War Museum - ini Pengurusnya)
Duduk - Pn.Medlina@manja, Pn. Mas, PUAN ZAUYAH(yg. diraikan)
Dr. Naemah dan Pn. Tie.

Saturday, October 25, 2008

HGH SCHOOL MUSICAL 3

DEMAM KURA ala DEMAM CAMPAK filem High School Musical kembali ke Malaysia!!!!!!
Demam itulah yang berjangkit pada anak-anak saya semalam. Dah tu, saya dan hubby pun terkena tempiasnya jugak!!!!!
Diyana kata kalau dia tak tengok movie tu mlm ini..memang Diyana nangis!!!
Sara kata midnight pun tak pa lah mama, bukan selalu.Mama pujuklah babah...pleaseeeee.
Haziq cool...apa pun tak pa lah asal ada popcorn!
Seperti yang dijangka semua tiket sold out kecuali 11.55mlm.....
3 org. tu dah buat muka sedih kat depan kaunter tiket. Saya pandang muka hubby, dia angkat bahu.(Not good!).Budak kat kaunter tu kelip pop mata dok tengok kami.
Aduh! sessi nak pujuk hubby ni yang payah.Bolehkah?

Jeng!jeng!jeng!
Semalam kami sampai rumah 2.40 pagi.......
Budak tiga orang tu happy tak ingat dunia......
Hubby dah tak boleh celik mata tapi saya tahu dia happy tengok 3 orang tu happy....
Saya....sesekali apa salahnya balik pagi!!!!!!

CORET-CORET - Ingatkan kami aje yang 'didera' anak2 tengahmalam tu. Rupanya ramai lagi yang rambut beruban jadi penonton dengan kami!!!!!hehhehehe
Diyana kata movie tu BEST. Zack handsome gila!
Sara kata okeylah but the first one better...
Haziq - okey aje.
Hubby - Zack tu handsome????? Babah lagi handsome!!!!!!
Saya - hehehehehe NO COMMENT!
Apa-apa pun kami memang enjoy semalam.


Friday, October 24, 2008

Jawab tag Hezzy Azra

Menjawab taglah pulak.
Seronok juga sesekali melayan benda ni...
So...redah ajelah.

3 TABIAT BURUK MASA SEKOLAH
1. Malas nak pergi sekolah sebab kena bangun awal pagi!!
2. Selalu cari alasan ponteng kelas subjek Sains sebab saya tidak suka pelajaran itu,
3. Berangan dan menulis cerita pendek didalam kelas Math.!!!! Saya tidak pernah peduli apa cikgu ajar didepan kelas.!! Bila ada
homework saya copy member sebelah meja. heheheheh

3 FAVORITE SUBJEK - KENAPA

1. BM - sebab karangan saya selalu dijadikan contoh dan dibaca didepan kelas.
2. Sastera - saya hantu baca novel. Saya gila menulis waktu tu dan subjek ini mengajar saya apa yang amat saya minati.
3. Bahasa Inggeris - Saya belajar bersungguh-sungguh subjeks ni sebab kononnya masa tu berangan nak jadi pramugari. Dan
nak jadi pramugari kenalah pandai berbahasa inggeris hehehhheh lucu bila fikirkan balik.


3 SUBJEK X BEST - KENAPA?
1. Maths - peninglah nak membilang nombor dan menghafal formula. Saya betul-betul benak subjek ini. Blur semedang.
Makanya markah subjek ni selalu kantoi!
2. Geografi - satu2nya subjek yg. paling boring pada saya. Waktu tu saya selalu fikir, buat apalah aku nak tahu kelapa, getah
ditanam dimana, bukan aku nak jadi pekebun pun! hahahahahhha
3. Lukisan sebab saya memang tangan kayu.Melukis kotak mancis pun pun mesti senget sebelah!

MENARIK PADA KAMU
Saya hanya manusia biasa dimuka bumi ini.....

KAMU PALING SUKA
Saya gila handbang! Saya hantu kumpul kasut! dan saya suka pergi holiday! hehheheheheeh


ANDA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA
udara untuk bernafas....hahahahahhahah

SEBELUM TIDUR MALAM SIAPA YANG DIHUBUNGI?
hubby disebelah! heheheheheh

MANGSA SETERUSNYA
lynn dayana, lily suriani, umi azrini.....

Thursday, October 23, 2008

HAPPY BIRTHDAY HAZIQ - 23-10-08


Hari ini harijadi anak bujang saya, Haziq.
Ah! cepat sungguh masa berlalu....hari ini usianya sudah pun 12 tahun.Dah boleh buat kad pengenalan!!!!
Sara dan Diyana kata next year Haziq dah boleh join the club.Saya tanya club apa?Teen club!jawab Haziq cepat. Wei!!! awak tu tetap baby mama walaupun dah tua bangka!Saya usik dia. Ok! tapi janganlah panggil baby depan orang, malulah Haziq!jawab Haziq sambil sengih-sengih.(disebabkan dia anak lelaki sorang dan agak manja, saya biasa memanggilnya baby masa dirumah.)
Tak macholah mama panggil baby, nanti awek lari! jawab Haziq tergelak-gelak. Saya menjeling tajam. Hubby separuh sengih. Sara dan Diyana dah mengekek ketawa.
Sejak Haziq jadi peminat setia Nabil raja lawak tu....dia dah pandai loyar buruk!

Untuk Haziq,
Happy Birthday....Happy birthday to you.
Bagi mama,babah, kakak Sara dan kakak Diyana....Haziq tetap baby kami sampai bila-bila!!!!!!!
Be a good boy.
We love you very much.....

Tuesday, October 21, 2008

Ikan oh Ikan....versi malaysia

Lucu sungguh bila membaca blog Laila tentang tajuk di atas. Mengekek saya dan hubby membaca tulisan itu.
Ceritanya begini : Satu malam saya dan laila berYM.Topik utamanya pasal ikan dan cara memasaknya. Saya memang kurang arif sangat nama pelik2 ikan dinegara orang putih tu. Maka sambil berYm saya pun bertanyalah kat hubby disebelah nama2 ikan yang dia selalu makan masa kat sana.Dia pun cite satu-satu Dan saya pun tulis dengan confidentnya. Nak jadi cite dia cakap sole fish .....sekali saya tulis soul fish! hahahahahhaah

Ampunlah Laila....tutorial yang kak eka bagi tersesat jalan... heheheheh
Maka disini saya perturunkanlah ilmu ikan yang saya belajar dari googles....


MACKEREL
SALMON FISH
Warna oren kemerah-merahan...hehehhehehe. Boleh gitu ?
Resepinya : Bakar/goreng garing dan perah asam limau diatasnya. Ikan favorite sekeluarga saya.

MULLET FISH Kak lina..ikan ni nak masak apa? Di Malaysian ni ada ke?

SOLE FISH

Ampun sesangat Puan Laila pasal information ikan ni. Ikan Pari dan ikan sebelah banyak bezanya !!!!!!!! hehehheheh
Saya suka makan ikan sebelah ni...Kalau goreng sedap nih....

TUNA FISH
Ikan Tuna ni sah sedap kalau masak berlada campur halia tumbuk...yummy yummy
Macam rupa ikan tongkol kan? Macam rupa ikan kayu pun ada....

IKAN MASIN aka SALTED FISH

Laila......Cuba cari ikan ni kat Jerman. Sedap ni goreng panas-panas dan cicah sambal belacan! hehehehheheheh

NOVEL BARU - LAILA KAMILIA DAN LILY HASLINA




SAAT KAU HADIR

Harga: RM19.90
Penulis: Laila Kamilia
Halaman: 496
ISBN: 978-983-124-402-9

Sinopsis:

BIBIT-BIBIT cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.

Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilangkan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.

Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.

Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun... Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!
Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan yang esok belum pasti?



DILANGIT CINTA
semHarga: RM19.90
Penulis: Lily Haslina Nasir
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-388-6

Sinopsis:

Cinta tidak bererti memiliki. Tetapi cinta juga bukan bermaksud melukai. Bagi Hani, cintanya bersama Raiz rupanya hanya sebuah mimpi. Dia benar-benar kecewa bila ditinggalkan terkapai-kapai mencari haluan sendiri.

“Cinta pertama dengan kau tapi malam pertama dengan Meriam!” Sindiran itu bagai memetir di telinga Hani. Jiwanya hangus terbakar. Maruahnya terasa dipijak-pijak!

Benarkah cuma dia yang setia sedangkan Raiz hanya bijak bermain kata-kata? Dia berusaha memujuk diri melupakan semuanya tentang Raiz. Tapi, batinnya terseksa menanggung rindu mengejar bayang lelaki itu.

Di langit sana... Raiz pula menangisi setiap malamnya di sisi Meriam. Dia menikahi sepupunya itu untuk melunaskan hutang emaknya. Hanya sekali dia menyentuh Meriam. Itulah yang pertama dan terakhir setelah beratus kali
Meriam menyindirnya suami dayus dan serba-serbi tidak mampu.

Kasih mereka kasih terhalang, tapi rindu mereka tidak pernah terlarang. Hani dan Raiz dipertemukan semula dalam episod kedua. Janji mereka untuk hidup sebagai suami isteri akhirnya dimaterai dengan ijab kabul tanpa restu keluarga.

Bagaimana dengan Meriam?

Monday, October 13, 2008

Good Luck - PMR

Untuk puteri kedua saya..... Fara Diyana
Untuk anak bujang Lily Haslina....Syafiq
Untuk anak bujang kak Sri Diah...Anas Iqbal
Dan untuk semua pelajar yang menduduki peperiksaan PMR hari ini...
Good Luck dan Selamat berjaya.


Untuk diri saya..
Untuk Lily Haslina...
Untuk kak Sri Diah....
Untuk semua ibubapa....
Sama-samalah kita berdoa untuk kecemerlangan putera puteri kita. Amin.

Thursday, October 9, 2008

Farewell Laila Kamilia......Bon voyage!

Majlis meraikan novelis Laila Kamilia telah selamat berlangsung diteratak saya baru-baru ini.Terima kasih pada teman-teman novelis yang sudi hazir dan membantu menjayakan majlis yang serba sederhana.Maafkan saya andai ada yang terkurang dalam majlis itu...Seperti yang ramai tahu, Laila Kamilia adalah jiran terdekat saya. Dan sejak saya berpindah ke sini dialah menjadi driver dan co-pilot saya. Penghijrahan sementara Laila kerana mengikut suaminya yang sambung belajar ke Jerman adalah satu kehilangan pada saya khasnya dan teman-teman yang lain amnya.
Saya mewakili teman-teman novelis yang lain mengucapkan selamat jalan dan kami mendoakan Laila sekeluarga sentiasa dibawah lindungNYA. Semoga akan ada kesempatan lain untuk kita berkumpul ramai-ramai sekali lagi.


Dibawah adalah gambar kandid yang sempat dirakamkan.........
FAREWELL DINNER
Posing ayu Lynn Dayana dan Hezzy Azra
Anak-anak sapalah ni.....

Dhiya Zafira berkongsi dessert yg. dimasak chef Lina bersama Laila.....

Sempat Aleeya Anessa dan Bikash membelek handbag lily Suriani

Ini sessi berkongsi pulut kuning cicah telur dadar.Kak Lina sedang memberi markah!

Dua orang novelis yang gagal mematuhi etika berpakaian..hahahahahaha

Bergambar ramai sebelum berpisah.Rasanya ramai yang kenal wajah-wajah yang sedang tersenyum manis belaka...


BON VOYAGE
Laila bersama Hakimi di KLIA malam tadi

Laila bersama suami dan anak-anaknya berlepas ke Jerman....


Selamat jalan untuk Laila sekeluarga.....
Jumpa lagi tahun 2010.......

Sunday, September 28, 2008

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI...

Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hariraya AidilFitri buat semua pengunjung blog ini.
Semoga kita semua gembira menyambut syawal disamping keluarga dan orang tersayang......
SELAMAT HARIRAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Daripada,
Eka Fahara dan keluarga.

Friday, September 12, 2008

NOVEL BARU - PENULIS LILY SURIANI




KESUNGGUHAN Naim mempamer cinta membuatkan Adila mula melakar mimpi. Malamnya disinari kerlipan bintang. Siangnya pula sentiasa dihiasi pelangi. Kalaulah begini indah perasaan dilambung cinta, dari dulu lagi dilagukan rasa rindu. Biar bergema di seluruh alam.

Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri. Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru. Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun, demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan perigi mencari timba. Cuma, tegakah hati untuk menerima? Ahh... Susahnya membina mahligai bahagia!

TIKA RINDU BERLAGU

Harga: RM19.90
Penulis: Lily Suriani
Halaman: 480
ISBN: 978-983-124-383-1

Tuesday, September 9, 2008

UPSR-GOOD LUCK

Hari ini bermula UPSR! Saya mula demam dan tak akan kebah sampai Khamis ini!
Anak bujang saya antara calon UPSR tahun ini iaitu kumpulan pertama calon UPSR yang mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sejak tahun satu.
Semoga semua calon tahun ini dapat menjawab dengan baik.

Tahun ini memang tahun peperiksaan untuk saya. Lepas ni PMR pulak!

Untuk Lily, Aida dan kak Sri...sama-samalah kita berdoa untuk hero dan heroin kita.

Tuesday, September 2, 2008

Sabtu 8.30am - 8.30pm

Sabtu yang tidak dijangka. Mungkin itu ayat terbaik untuk saya gambarkan apa yang berlaku minggu lepas. Seawal jam 8.30 pagi saya keluar rumah untuk menghadiri majlis seorang teman novelis. Sengaja memilih untuk menaiki komuter kerana bimbangkan kesesakan akibat jalan ditutup sempena Merdeka. Bila laila dan lily Has mengiringi memang meriah hidup saya! Malangnya, kesesakan dalam komuter dengan udara yang menyesakkkan membuat hati saya 'cair'! Pagi yang ceria terus malap!
Majlis berlangsung dengan santai dan penuh gelak ketawa. Saya gembira meraikan kejayaan teman sambil bertemu kenalan baru. Dan bila Lynn Dayana ada dalam majlis itu memang semuanya jadi dong!dong!...hahahahahah
Usai majlis saya dan dua orang 'escot' meneruskan rancangan membelibelah yang telah dirancang. Masuk SOGO, Ya Tuhan, ramainya orang.. macam sardin dalam tin! Tidak sanggup bersesak kami mencari destinasi membeli belah yang lain.
Dipendekkan cerita, memang kami ukur jalan ari tu. Puas shopping!Langsung tak sedar masa berlalu.
Sesekali mata saya melirik jam untuk memastikan saya tidak tersasar waktu kerana malamnya selepas Isyak saya perlu menghadiri majlis doa selamat di Kemensah Codo Villa dengan hubby.
Jam tepat pukul 5 sewaktu saya keluar dari shopping mall. Saya tergamam. Bukit Bintang sesak yang amat sangat dengan manusia. Pasukan beruniform berpuluh orang didepan saya! Sudah!saya menepuk dahi. Ada refomasi ke? Rupanya ada pertunjukan kereta lumba di sebelah lot 10!
Sekali lagi saya terpaksa bersesak dalam monorail/Lrt untuk ke KL sentral. Singgah sekejap di Kl Sentral sebab ada orang nak minum Coffee Bean. Saya dah agak mesti lambat sampai rumah. Call hubby cakap saya lambat sikit Dia cakap kalau macam tu dia keluar beli dinner dulu. Saya lega mendengar suara hubby okey saja mendengar alasan kelewatan saya. Bimbang juga sebenarnya sebab majlis malam tu rumah cousin dia!
Perjalanan KL sentral-Bangi membuka era baru dalam hidup saya. Biasalah kan kalau komuter lewat....dan orang semakin ramai menunggu. Bila komuter sampai orang kerumun pintu komuter macam semut! Bertolak dan berhimpit! Kesesakan, kepanasan dalam komuter itu melewati batas.Aura didalamnya cukup 'mendamaikan' dengan 'Internasional perfume'! Saya membayangkan kalau terpaksa hari2 sebegini untuk ke tempat kerja. Saya tabik spring pada anda yang mengharunginya setiap hari!
Saya sampai rumah jam 8.30 malam! Lutut ni dah longgar rasanya. Terpaksalah membatalkan niat untuk ke majlis malam tu. Tidak kuasa nak merempit malam Merdeka. Mujurlah hubby pun okey.
Tambah manis dia siap belikan nasi kandaq sorang sebungkus untuk makan malam!hehehehehhe

Friday, August 29, 2008

Nukilan Merdeka.....


Sudah 51 tahun kita mengibarkan bendera kemerdekaaan. Ranjau sepanjang perjalanan itu banyak menuntut airmata dan pengorbanan. Nenek moyang kita telah menunaikan tanggungjawab menyediakan keselesaan, keamanan serta kemakmuran. Generasi sekarang hanya menuai segala pengorbanan generasi dahulu yang berkorban jiwa raga untuk kita.
Ibarat putaran roda. Kini masa untuk kita pula mengulangi putaran tanggungjawab itu. Memastikan generasi selepas kita masih terus mengecap nikmat sebenar rakyat merdeka. Ramai rakyat Malaysia bangga menjadi rakyat yang menjunjung tinggi kedaulatan Raja Melayu dan hidup bersatu padu didalam masyarakat majmuk dan berbilang kaum.
Sadisnya, sejak kebelakangan ini senario keamanan mula tergugat. Anak-anak kita dihidangkan dengan berbagai rencah ceritera untuk dilihat dan dirasa. Segala benda yang dulunya tidak pernah terfikir dibenak fikiran semakin menunjukkan belang. Perpaduan sesama kita mula berpecah. Dan ramai diluar pagar bertepuk tangan!

Dimana bumi dipijak.
Disitu lidah bermadah.
Hitam Putih langkah berinjak.
Generasi depan menerima padah.

Kita sesama kita bertelingkah bukan lagi satu dalam seribu. Hak kita diganggu gugat bukan lagi satu kehairanan.
Hari ini kita masih mampu bertegas dan bertahan. Bagaimana 51 tahun akan datang? Ya! tika dan saat itu mungkin kita sudah pejam mata tapi alangkah sedihnya kalau cucu cicit kita terkena tempiasnya!
Gema suara rakyat makin kuat gemanya setiap hari. Bukankah itu yang kita mahukan selama ini.? Kita bangga anak-anak kita petah berbicara masa kecil dan sayangnya mereka semakin 'petah' setelah remaja dan dewasa. Hingga kadangkala 'kepetahan' mereka melampaui adat dan tatasusila. Maka salahkah ibu yang mengandung?
Hala tuju kecemerlangan masa depan bermula hari ini. Intergriti politik antara penyumbang kearah itu. Demokrasi memberi kita hak untuk memilih. Pilihlah sesiapa sahaja. Tapi jangan sesekali diperjudikan perpaduan sesama umah. Hak orang melayu dan kedaulatan Raja Melayu jangan diusik dan dibawa bergurau. Jangan dipercik api perkauman kelak membakar banyak jiwa.
Malaysia tanah tumpah darah saya. Saya sayangkan Malaysia lebih dari segala. Disini saya mengenal erti dunia dan rencah diri. Disini saya bertemu kasih dan membina kehidupan. Saya pernah merantau dunia luar. Pernah melihat dan merasa manisnya negara orang. Dan orang boleh berkata apa sahaja tentang negara saya. Namun itu tidak sedikit mengugat kesetiaan dan jati diri anak Malaysia berdarah Melayu!
Demi Tuhan...hanya MALAYSIA dihati saya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-51 TAHUN.
SEMOGA MALAYSIA TERUS AMAN, MAKMUR DAN TERBILANG.

Sunday, August 24, 2008

Majlis pelancaran Trilogi Bagaikan Puteri.....

Bertempat : Hotel Singgahsana,PJ
Tarikh : 20 Ogos 2008
Jam : 3.00 petang
Disempurnakan oleh Puan Ziela Jalil.

Bersama keluarga Ramlee Awang Murshid...


Bersama teman-teman novelis....

Kenangan bersama Puan Ziela

PutraFm.....

Kak Wan terjah saya masa majlis pelancaran novel RAM untuk ke PutraFm. Arahannya simple..eka, besok pergi PutraFm jumpa ED!.Saya terkedu. kak Wan biar betul!Bukan niat hendak ingkar perintah tapi mulut ni cepat saja menolak.Alasan saya mudah....nak cakap apa? Senang kak Wan mengajar. Cakap pasal ketiga-tiga novel tu. Jawab saja apa dia tanya! Ya Rabbi, memang saya terkelu masa tu.Akhirnya saya mengangguk dengan debaran.
Esoknya saya ke UPM dengan dua orang bodyguard. Kami disambut oleh Rizal yang amat ramah dan baik hati. Dj Ed yang bertugas melambai dari dalam konti tanda sapaan.
Sejam bersama Ed berjalan lancar. Anak manis itu memang ramah dan petah berkata-kata membuat saya hilang rasa gemuruh!
Terima kasih pada Ed dengan layanan mesranya....
Terima kasih pada Rizal kerana burnkan cd rakaman interview tu....kenangan bersama anda berdua cukup manis.

Bersama Dj Ed dalam Konti...
Bersama Rizal dan Ed selepas 'on air'.

Sunday, August 17, 2008

Geram vs menyampah

Geram... sudah
Menyampah... lagi-lagilah
Benci... meluap-luap
Marah... berapi-api

Mata meluat melihat...
Telinga merah mendengar....
Mulut beribu kali sebut BODOH!
Tangan mengeletar nak bagi PENAMPAQ!

Jangan dijolok sarang tebuan..
Takut tidak tertanggung bisa sengatan!
Jangan berbaju merah depan lembu
Tidak pasal kena tanduk!


Jangan berkata sebelum berfikir
Jangan bertindak membuta tuli...
Jangan ikut hati...
Jangan gadaikan harga diri...

Jangan LUPA
Jangan LEKA
Jangan lepaskan apa yang ADA
Jangan lupa siapa KITA!

Saturday, August 16, 2008

Happy Birthday....16-08-08

Today is Diyana's birthday.
Wah! Sorang lagi ' baby ' saya meningkat remaja.(pening..pening)

Last night during dinner

Tanya Diyana apa birthday present yang dia mahu? Jawabnya tak tauuuu
Babahnya menyampuk..senanglah babah!Jimat duit!
Payahnya Diyana ni, alegik kalau ajak shopping! Kecualilah kalau ajak ke kedai buku.
Tempat favoritenya Coffee Bean..kalau lepak kat situ tiap-tiap minggu pun okey aje...
Tanya dia, nak dinner kat mana? Cepat saja jawapannya....HEQ. Kakak dan adiknya dah bertepuk tangan. Rupanya depa pun harap Diyana pilih tempat tu!

To Diyana,
For mama and babah..you are still our baby udang 'kiyau' hehehehehe
For kakak..FARA DIYANA adalah tempat dia ' bergaduh dan bercerita' (Sampai tua kot dia akan panggil nama penuh tu!)
For Haziq..you are his idol!

Happy Birthday
WE ALWAYS LOVE YOU.....

Friday, August 8, 2008

Happy Birthday....08-08-08

Today is my hubby's birthday!
08-08-08 Nice date kan?
Yang keberapa? hahahahaha.
Selamba DIA menjawab... Biar bertambah usia asal sentiasa muda dihati! Sabar ajelah....



Istimewa buat DIA,
Buah hati saya dan anak-anak.
Semoga panjang umur
Dimurahkan rezeki
Diberi kesihatan yang baik
Dan sentiasa dibawah lindunganNya. AMIN

Apa hadiah birthday tahun ini?
hehehehehe as usual saya akan pening memikirkannya.
Bukan tak tanya...dah tanya pun. Tahu apa jawapannya?
Jaguar sebijik.Hah!!!
Itu hadiah yang DIA mahu setiap tahun.
Kalaulah saya mampu, sepuluh bijik pun saya hadiahkan!

UNTUK DIA,
YOU ARE ALWAYS SPECIAL.....

Tuesday, July 22, 2008

Jus Amra+Asam Ko.....


Buah Amra(Kedondong) yg. baru dipetik kat belakang gerai!

Kali terakhir saya minum jus ini 3-4 tahun lalu dirumah kawan saya, Jenna. Masa tu ingatkan dia jamu kami air tebu. Bila dah minum, pelik pulak rasanya TAPI sedap!. Rasa pahit+manis+masam asam ko tu, buat saya n t'geng tak malu2 habiskan dua tiga jug. Sempat lagi pergi petik buah amra(belakang rumah kawan saya ni penuh tanaman herba) dan belajar buat jus sendiri!
Saya tidak tahu samada jus ini dikenali ramai atau tidak. Tak pasti jugak samada senang untuk mendapatkannya. Yang saya tahu pertama kali saya mencubanya, I loved it!!!!!! Rasa kelat buah amra yang dimatikan dengan rasa masam perit asam ko memang kena dengan tekak saya yang agak pemilih!
Baru-baru ini dalam perjalanan pulang ke Bangi dari Pg, saya singgah di R&R Bukit Merah(hala Selatan). Disebabkan hari Isnin maka R&R lengang sangat. Dan salah satu gerai minuman disitu menjual jus Amra dan Jus Pegaga.
Saya memang teringin nak minum jus ni( sejak Ebriza uar2kan dlm. blognya) tapi tidak pernah jumpa kedai yang menjualnya. Jadi bila dah nampak depan mata, rasa nak tepuk tangan ajelah.....
Pada yang belum pernah mencuba.....cubalah!

Thursday, July 17, 2008

Happy Birthday....

BUAT PUTERI SAYA , SARA ADILA YANG KE-18 .

Ini cuppies yang saya buat sendiri! hehehehehe comotkan icing tu..OMG! anak-anak saya dah besar! ( Sara-bertudung biru)

Hadiah harijadi. Purple laptop....Sara memang fanatik dengan colour ni. Kalau boleh serba serbi dalam biliknya nak colour ni!

For Sara,
Selamat menempuh dunia kampus. Jaga diri dan jaga tingkah laku.
Study smart...... No more honeymoon year. CGPA???? ouch!
Ada laptop, jangan asyik melayan frienster, my space blah..blah..blah...
Dunia kampus berbeza dengan dunia MRSM...so bijak2 membuat penilaian dalam segala tindakan.....
Mama tahu Sara dah besar...... but for me and babah,you are still our baby debab!......
HAPPY BIRTHDAY.......We LOVE YOU

Friday, July 11, 2008

Bila cinta buta dan pekak.......


Kuasa cinta mampu membuat orang bunuh diri! Jangan ketawa, ini fakta. Walaupun itu perbuatan bodoh tapi dah beratus orang yang melakukannya. Dan cinta juga pekak bila ramai yang menutup telinga setiap kali ada orang cuba menasihati. Bagi mereka semua orang salah, yang betul mereka sahaja. Kalau dah matang usia dan fikiran tak apalah jugak. Ini budak hingusan yang baru nak kenal dunia nak tunjuk terror.Ah! Pleaselah.... Ego yang setinggi Himalaya tu patut dibaling ke tepi!.
Benarlah kata orang, bila cinta buta dan pekak menguasai hati kewarasan fikiran dibaling ke longkang. Kalau bahagia berbaloilah jugak.Bagaimana kalau kecundang separuh jalan?
Wajarkah mengadaikan masa depan hanya kerana putus kasih?
Bijak sangatkah hendak memencilkan diri dari ayah ibu kononnya untuk menenangkan diri. Mereka lupa bagaimana resahnya ibubapa bila mengetahui anak tengah bercempera. Retak hati ibu pernah anak peduli?
Tolonglah... Tak payah nak beremuk rendam dan berbengkak mata hanya kerana cinta monyet!
Jangan bodohkan diri hanya kerana cinta yang belum tentu hujung pangkalnya. Tak payah nak cakap pasal cinta masyuk kalau makna kasih sayang pun tidak mereka fahami!
Jangan biar orang mentertawakan anda.
Kalau putus cinta monyet pun dah lemah longlai, lembut lutut... bagaimana nanti hendak hadapi masa depan yang masih panjang dan berliku?
Cinta boleh dicari. Cinta datang dan pergi.
Percayalah.... .satu pergi selori yang menanti!!!!!!!

Kuiz and Promo - Rindu Belum Berhenti

KUIZ N PROMO
1. Apakah nama tempat peranginan yang diusahakan oleh Adni Zuhayra?
2. Kenapakah Izz merahsiakan kepulangannya daripada pengetahuan keluarga dan Adni?
3. Berapa lamakah hukuman sebenar yang dijatuhkan ke atas Izz?
4. Apakah hubungan sebenar antara Pot dan Murni?
5. Berapa lamakah tempoh pertunangan Adni dan Khairy?
6. Sebab apakah yang membuatkan Izz merasakan Pot mempunyai komplot bersama Murni?
7. Apakah yang menyebabkan identiti sebenar Zack terbongkar?
8. " Saya menyukai RINDU BELUM BERHENTI kerana.............( lengkapkan ayat ini)

Tarikh tutup adalah pada 31 Julai 2008.
Sila hantar jawapan anda ke email saya dhiya_zafira@yahoo.com
Hadiah yang menarik dari SPAIN akan menanti jika anda memenanginya

Thursday, July 10, 2008

Rindu....luahan hati

Semalam saya terima panggilan dari seorang teman jauh di seberang Tambak.Kami bercerita panjang. Bertanya khabar dan bertukar cerita. Tawanya tetap macam dulu walaupun kesihatan dirinya tidak pernah stabil. Sebenarnya saya kagum dengan ketabahan ibu anak satu itu. Penyakit SLE (Lupus) menyebabkan dia terdedah dengan berbagai kemungkinan.Tapi sepanjang dua tahun saya rapat dengannya, tidak sekali dia pernah merungut atau mengeluh. Dia pernah lumpuh 6 bulan dan hanya duduk diatas kerusi roda. Dia pernah terbaring berbulan-bulan dan ditahan dihospital dalam jangka masa yang lama tapi dia tidak pernah merungut atau mengeluh. Sedang saya yang mendengar cerita dah teresak menangis.
Kes terbaru, dia ada satu komplikasi di kepala. Selalu pening-pening dan hampit pitam. Saya dah terdiam.Tapi anak Trengganu itu ketawa riang dan selamba bercerita. Macam tak ada apa-apa!Dia manusia yang terlalu ambil berat tentang hal orang yang rapat dengannya. Pantang orang minta tolong,dia tak pernah menolak. Pantang ada yang masuk hospital,dia yang sampai dulu.
Saya rindu untuk bersamanya ke Singapore Expo untuk karnival jualan murah. Saya rindu untuk berbual dengannya dalam Mrt untuk ke Orchard road. Saya rindu untuk merayap dengannya di Metro,Causeway Point. Saya rindu untuk lepak2 makan di Banquet dan yang paling saya rindu, lontong goreng masakannya!
Saya doakan dia terus tabah. Semoga bahagia sentiasa melingkari kehidupannya disamping Zul(suaminya) dan Zaihan(anak tunggalnya).Saya doakan hubungan kami kekal selamanya kerana dia amat istimewa dihati saya.
Saya selalu bertanya pada diri. Kuatkah saya kalau saya berada di tempat Tina?

Tuesday, June 10, 2008

Keinginan VS kemampuan.....

Harga minyak naik! Harga beras naik! Harga makanan naik! Segala mak nenek naik sekarang ni.
Masalahnya...keinginan kita untuk memiliki sesuatu juga makin melonjak-lonjak naik. Sedangkan bila dihitung dan dikira kemampuan pula mula menjunam!
Sekarang ni dah ramai yang mengeluh...
Menyukat dan mengira sebelum berbelanja.
Berfikir sepuluh kali bila ingin menukar barang lama kepada yang baru.
Lepas ni letrik pula dijangka naik. Entah angka menaik berapakah yang akan kita dengar nantikan?

Malaysia oh malaysia.....
Itulah keluhan saya sejak seminggu ini!

Friday, June 6, 2008

Sekadar Bicara.....

Sometimes we need to....
Stop analyzing the past...
Stop planning the future....
Stop trying to figure out precisely how we feel...
Stop deciding with our mind what we want our heart to feel...
Because......
Sometimes we just have to go with.....
" WHATEVER HAPPENS-HAPPENS"

Saya tersenyum bila mula-mula terbaca catatan diatas. Kalaulah begitu mudah kita mengawal naluri hati tentu hidup bahagia sentiasakan?

"Whatever happens-happens" - bolehkah gitu?

Tuesday, May 20, 2008

Dr. M dan Pak Lah......

Dr. M keluar Umno!!!!! Betulkah?
Percayalah....cerita tu sahih!
Lepas ni apa pulak?
Entahlah.....
Tunggu dan Lihat!

Dr. M tegas dengan keputusannya....
Tanda protes. He say goodbye to Umno.
Syaratnya, dia akan kembali jika Pak Lah pergi!!

Pak Lah terkejut!
Nadanya lembut, tetapi tegas.
Saya akan tetap disini!

Rakyat terpana!
Rakyat keliru!
Semua bercelaru!
Dr. M amat disayangi...
Pak Lah pemimpin yang disanjungi...
Keduanya sentiasa dekat dan istimewa dihati..

Mengapa semua ini harus terjadi?
???????

Thursday, April 24, 2008

Balik kampung...Cari makan


Plaque penghargaan daripada program JALAN-JALAN CARI MAKAN.
Sejak akhir-akhir ni saya kerap balik kampung tapi sayangnya selalu tidak kesempatan mencari makanan favorite saya kerana kesuntukan masa. Penang sudah cukup terkenal kerana hawker food dan nasi kandarnya. Dan untuk penggemar laksa Penang(macam saya) disinilah juga shurganya.( Nama pun laksa PG kan!)
BALIK PULAU- mungkin tempat asing bagi ramai orang. TAPI TIDAK UNTUK HANTU DURIAN DAN HANTU LAKSA!!.( Saya akan bercerita pasal durian bila musimnya - just round the corner) Balik Pulau sebenarnya pekan kecil yang menjadi laluan wajib jika anda berhajat untuk round island. Seketika dulu pernah popular kerana Tsunami dan hingga kini masih kekal dengan kehijauan alam semulajadinya dan terkenal dengan dusun buah terutama DURIAN!!
Dan DISINI ADA LAKSA Penang YANG SEDAPPPPPP!!!!
LAKSA JANGGUS- nama terkenal seantero negeri. Bermula dengan dua tiga meja yang diletakkan dibawah pokok janggus( atau gajus).Kini berkembang menjadi berpuluh meja dan pokok gajus tempat berteduh tu sudah pun ditebang! Bermula jam tiga dan gerai ditutup menjelang mahgrib. Pengunjungnya pernah mencecah ratusan orang dan terpaksa berebut meja adalah pandangan biasa disini.
Bagi orang utara tentu tahu bagaimana sedapnya laksa bila dimakan dengan pucuk gajus. Dan istimewanya disini anda boleh memetik sendiri pucuk gajus(kerana pokoknya rendah dan rendang - jika berpucuk ) dan meminta pembantu gerai merincih dan campurkan dengan laksa anda! Rasa kelat pucuk gajus yang dimakan bersama laksa janggus ni memang menjilat jari.....
Kesedapan laksa ini menjadikannya pilihan program JALAN-JALAN CARI MAKAN. Bermula dengan 2 orang pekerja. Kini Kak Timah( pemilik laksa janggus) terpaksa menggaji lebih daripada 10 orang untuk membantu. Menunya juga sudah bertambah. Ada bihun sup,rojak, goreng pisang dan kuih muih seperti tepung talam, seri muka dan tepung pelita.
Saya sempat mencuba goreng pisangnya. Memang ranggup dan pisangnya manis!. Saya tanyakan kak Timah, apa rahsia kerangupannya? Dengan nada bergurau kak Timah menjawab pisang mesti dibelah empat agar nipis. Bater tepung adalah resepi tersendiri kak Timah dan dicampur dengan biji bijan. Disebabkan Balik Pulau memang terkenal dengan kebun buah-buahan maka mudahlah kak Timah mendapat pisang yang tinggi mutunya.

LAKSA DAN GORENG PISANG PANAS

HINGGA TITISAN KUAH YANG TERAKHIR !!!!!!
SO.......kepada sesiapa yang bercadang bercuti ke Pulau Pinang pada cuti sekolah ini, bolehlah singgah di LAKSA JANGGUS, KAMPUNG PERLIS, BALIK PULAU, PULAU PINANG.
SELAMAT MENCUBA!

ALAF21

ALAF21