Wednesday, December 30, 2009

TAHUN BARU - AZAM BARU

Selamat tahun baru.....
Ada makna ke tajuk N3 saya ini? hahahahahahahh
Kalau untuk orang lain mungkin ya. TAPI kalau untuk saya, kena fikir berkali-kali sebelum menganggguk kepala!!!!!
Setiap kali tiba tahun baru pasti ramai yang sudah merangka azam dan perancangan baru. Kalau apa yang dirancang tahun lepas melepasi koata, alhamdulillah. Tapi andainya ia tersasar dari perancangan, tak salah rasanya kalau tekad itu dijadikan kesinambungan untuk tahun ini. Bukankah kita hanya merancang dan berusaha tapi DIA yang menentukan takdir dan suratan?
Bagi saya tahun baru bermakna KEMUNGKINAN sekali lagi ada frasa perubahan dalam hidup. Saya mengatakan MUNGKIN kerana kita tidak tahu apa yang menanti kita di tahun hadapan!!! Mungkin hari ini kita di Malaysia....mana tahu enam bulan lagi kita di kutub utara! heheheheheh
Bagi saya..... berubah angka tahun dalam kalendar bermakna menginjak setahun lagi usia! Tahun baru sinonim dengan saya! Semoga pertambahan angka umur selari dengan kematangan pemikiran dan tahap kesabaran di dada!
Seketika dulu saya selalu menanam azam di hati. Berbagai perancangan dan tepu dada membilang bilangan azam. Kalau ada yang bertanya tercapaikah hajat di hati? Saya rasa nak guling-guling mentertawakan diri sendiri. Sayalah orangnya yang paling suka membuat azam tapi???????? hahahahahaha
Sejak dah berusia ni, tabiat itu dah lama saya tinggalkan. Saya hanya menjalani kehidupan dengan seadanya. Saya menangani keadaan mengikut peredaran pada saat dan ketika itu. Saya lebih suka mendahulukan apa yang patut didahulukan. Kalau nak bercakap soal disiplin saya mungkin boleh di kategorikan tahap sederhana. Ianya bergantung pada keadaan dan situasi. Saya tahu apa yang saya mahukan. Saya tahu apa yang patut dilakukan. Perkara wajib dan tanggungjawab akan jadi keutamaan, yang lain hanyalah sampingan! Ada yang berkata, saya bodoh kerana tak pandai merebut peluang. Saya akur dan tahu, Saya mengangkat bahu dan tersenyum. Wajarkah saya menjawab? Ah! Kalau kata-kata saya hanya akan memanjangkan cerita dan membuka sesi bersoal jawab, biarlah saya mendiamkan diri.
Saya percaya. Setiap perkara yang kita buat harus dimulakan dengan niat yang baik. Dan selebihnya biar DIA yang menentukan. .....
Selamat Tahun baru semua.....
Selamat datang 2010.....

Thursday, December 24, 2009

BLOG DAN INTERNET

Salam semua.....
Wah! Dah lama saya tak balik ke 'rumah' ini. Rasanya dah berbulan lamanya. Sampaikan masa nak masuk tadi dah terbatuk-batuk sebab berhabuk sangat! Sawang jangan cakaplah, sampaikan sang labah-labah mengistihar dirinya sebagai tuan rumah! Mujurlah saya masih ingat 'alamat' jalan pulang. Kalau lupa? heheheheh runtuhlah rumah ni dek dimakan anai-anai!
Tentu ada yang tertanya-tanya, mana hilangnya Eka Fahara? Apasal blognya tak berupdate? Saya dah jadi biskut chips more lah pulak! sekejap ada dan sekejap hilang! Sebenarnya saya masih disini cuma cuma internet saja yang merajuk dengan saya hingga saya hilang cara untuk meng'update' teratak ini. Pergi Cybercafe? hehehehehehe Malaslah!
Saya sebenarnya berpindah ke rumah baru. Dan adat berpindah mestilah sibuk gila dengan 'packing', mengeluarkan dan menyusun semula. Dan tahap keletihan pun sah di tahap kronik! Dan bila semuanya di gaul rata memang saya terlupa yang saya sebenarnya ada blog yang perlu dikemaskini!!.
Telefon rumah tiada. Maka wireless internet pun zerolah. Maka saya pun terpisahlah dengan dunia IT! Meroyan juga tak boleh nak access internet. Dan broadband yang ada ini pula, lembab tahap maksima!
Sehari dua ni saya dah mula 'bernafas'. Kotak2 dah habis dibuka. Cuma kerja menyusun atur saja yang belum selesai sepenuhnya. insyaallah dalam masa terdekat harap semuanya kembali normal.
Banyak perkara yang berlaku sepanjang penyepian saya. Ada cerita ceria dan ada juga terselit kisah duka.

UNTUK KISAH DUKA - Semoga kita sama-sama di beri kekuatan untuk terus melangkah gagah ke hadapan. Meniti kehidupan ibarat berjalan diatas helai benang. Walaupun sehandal mana kita mengapung dan mengimbang diri saat meniti, jangan lupa hanya yang SATU menentukan sukar atau mudahnya perjalanan itu. Dugaan yang Allah Taala beri pasti bersebab. Dan setiap apa yang berlaku pasti ada Rahmat yang tersembunyi. Siapa kita untuk mendabik dada kita punya segala sedangkan hakikinya semua hanyalah pinjaman semata. Banyak yang berlaku di sekeliing boleh dijadikan ikhtibar. Hari ini hari orang. Esok-esok entah kita pula yang diduga! Sabar. Itu mungkin sebaiknya. Berdendam dan memarahi diri sendiri biarlah bersempadan. Saya akur. Dugaan yang datangmengejut memang sukar di terima akal. Pasti dalam hati asyik bertanya. Kenapa?Kenapa? Dan kenapa? Jika jawapannya pasti di depan mata mungkin sedikit sebanyak terubat luka di hati. Bagaimana kalau dugaan yang mendatang penuh dengan makna tersurat dan tersirat?
Ada yang bertanya pada saya. Kenapa dia yang terpilih untuk menerima dugaan ini? Saya hilang kata-kata. Siapa saya untuk menasihati kalau saya sendiri banyak yang kurang. Saya sedih. Saya terharu dan saya menangis. Terkesima dan tak sangka dugaan seberat ini yang tertimpa padanya. Menilik diri sendiri, kuatkah saya kalau perkara yang sama berlaku pada diri? Sejujurnya kita hanya manusia biasa. Punya hati dan perasaan yang kadangkala di luar kawalan. Airmata amat murah tika ini. Melihat orang yang dekat dengan saya di timpa musibah..........Saya insaf dan makin menghargai kehidupan!


UNTUK KISAH CERIA - Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Kita ketawa hari ini bukan jaminan yang tiada airmata di masa depan. Beringatlah, yang ceria datangnya dariNya dan yang buruk juga datang dariNya. Ibarat kata mak saya. 'Jangan dok seronok sangat, kot-kot sat lagi menangis tak berlagu!' hahahahaha Dan kata-kata itu pulak yang saya ambil jadi hak milik saya bila menegur anak-anak! Hati mahu baik! Itu ayat hubby saya! Ya.... saya akur, segalanya bermula di hati. Kalau niat kita ikhlas pasti Allah mudahkan jalannya.

Buat yang singgah di sini dan lihat umah yang berhabuk. maafkan saya. Insyaallah lepas ini jika keadaan mengizinkan saya akan cuba update blog ini semampunya.

Buat yang tinggalkan pesanan. Terima kasih masih mengingati saya. Semoga hubungan kita berkekalan selama.
Till kita berjumpa lagi..... Jaga diri.

Tuesday, October 27, 2009

BLOG VS FACEBOOK

Sejak kebelakangan ini saya rasa ramai yang mula menyedari sesuatu. Fenomena baru sedang melanda kita. Facebook! Itulah hantu baru yang sedang mengekori ramai orang! hahahha
Kalau dulu semua ingin memiliki blog sendiri tetapi kini keghairahan itu telah di curi dengan Facebook. Dan mungkin juga twitter? Saya sendiri punya akaun twitter tapi sampai hari ini belum aktif lagi.
Semenjak dua menjak ini saya mengabaikan blog ini kerana sedang asyik dengan Facebook! Hahahhahaha sebenarnya dah lama saya ada akaun FB tapi tak pernah aktif pun. Sekadar suka-suka sebab Sara yang create that account. Tetapi sejak memulakan jejak di FB dah naik bestlah pulak! hehehehheh
Apa yang best sangat FB? Kalau bagi saya sebab senang nak tinggalkan jejak or pesanan kot. Or maybe sebagai dairi kerana kita tak perlu menulis panjang lebar. Sekadar kiasan juga sudah memandai.
Apa-apa pun blog ini tetap istimewa di hati kerana di sinilah Eka Fahara memeriahkan hidupnya....
Di FB saya adalah saya!

Sunday, October 11, 2009

HARI INI-SEMALAM-121089

Hari ini dan semalam beredar tanpa sedar. Bumi berputar. Mentari terbit dan mentari terbenam tanpa syarat dan had. Usia bertambah dan perubahan demi perubahan mengiringi sepanjang kehidupan. Saya bersyukur dengan kehidupan semalam dan mendoakan agar kehidupan masa depan sentiasa di bawah lindunganNya. Amin......
12 Oktober 1989
Pada tarikh ini saya melangkah ke dunia baru. Menerima seseorang dalam kehidupan dan sekaligus memikul tanggungjawab untuk melengkapkan kehidupan seorang wanita. Waktu itu usia saya setahun jagung. Muda sangat. Ibarat kata pepatah orang dulu2. Kalau masak nasi pun mentah lagi. ( Mujurlah masa tu dah ada periuk nasi!)Tetapi saya menerima segalanya dengan lapang dada tanpa sangsi. Menerima seadanya kerana CINTA dan KASIH. Mungkin ada yang ternganga dengan keputusan saya. Tetapi bukankah hati saya hanya saya yang mengerti! Hanya saya yang memahami apa yang saya rasa....Dengan penuh kerelaan, saya tunduk pada getar dijiwa kerana saat itu saya akur pada suratan takdir kerana saya yakin Allah yang membuka ruang untuk kami bertemu......
Detik menjadi milik orang.... saya menyerahkan kehidupan saya ke tangan Ilahi. Dengan doa agar kehidupan saya selepas itu sentiasa di bawah lindunganNYA....
12 OKTOBER 2009
Hari ini ulangtahun perkahwinan saya ke 20....
Syukur alhamdulillah ......
Sebak dan sendu sedang mengisi dada saat saya menaip ini. 20 tahun? Oh! macam tak percaya sudah 20 tahun saya hidup disamping seorang lelaki bergelar suami. Bersama-sama menempuh kehidupan berumahtangga yang semestinya ada masam manisnya. Dia bukan sekadar suami dalam hidup saya. Dia adalah bestfriend saya!. Dialah teman ketawa dan teman menangis. Tempat saya melepaskan marah mahupun meluahkan rasa. Tempat saya mengamuk mahupun sengaja bersikap mengada-ngada!! Kami saling menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing. Saling melengkapi antara satu sama lain dan menjalani kehidupan seadanya....
Ya Allah.... aku bersyukur dengan segala limpah kurniaMU.

PS : Untuk DIA yang saya panggil SAYANG - HAPPY ANNIVERSARY.

OKTOBER 1989 (20 tahun dahulu)

OKTOBER 2009 (Sekarang)

PERMATA HATI YANG MENYINARI KEHIDUPAN KAMI...

Sunday, October 4, 2009

MAKAN-MAKAN....


Hari ni ada tetamu. Bukan open house pun. Sekadar makan-makan dengan kenalan rapat yang dah dianggap seperti saudara serta anak saudara sekeluarga. Lately ni memang makin baloq masuk dapur. Mujurlah bibik dah makin terror buat mee jawa. Makanya Puan dia pun makin liatlah!. Dalam kalut-kalut masih sempat lari ke nilai 3..hehehheehhehe
Menu : Mee Jawa
Ketupat Palas dan rendang....


PS : AlFatihah untuk Selamah binti Muhd. Yusuff yang telah kembali ke ramatullah pagi tadi. Semoga Rohnya di cucuri rahmat. Amin.

TINTA 1..


Saat fikiran tak tentu arah...
Jangan ada yang nak naikkan darah....

Saat hati kelam kelibut..
Jangan ada yang nak buat kalut!!!!

Friday, October 2, 2009

PENING LALAT.....

KELMARIN PETANG.
Meeting dengan EA- Crystal Clear!

SEMALAM.
Final meeting dengan H sampai midnight - Happy and good job!!!!

PAGI INI.
Saya rasa nak luku kepala orang! Seriussss......memang rasa nak luku orang!

TENGAHARI TADI.
Lega. Tapi masih was-was.

PETANG.
Marah orang bagai nak rak - Adoi! tension!!!!!!!! Darah tinggi saya mencanak tinggi gamaknya!

MALAM NI.
Ada invitation dinner - I'm not in the mood nak beramai!!!

Mengadu dengan hubby dan dia pesan Sabarrrrrrrrr..........
I really need a break.......
Holiday? Not until Dec....
Harap projek ni cepat selesai. Saya dah penat nak berfikir!

PS : Untuk yang bertanya tentang open house, nampak gayanya tahun ni saya tak buat open house.( Tak menang tangan) Pada
yang sudi nak datang, singgahlah sebab rumah saya sentiasa terbuka untuk anda.......
Untuk mereka yang bertanya (anda tahu siapa anda) Insyaallah kita buat makan-makan Dec nanti....
hemmmmm kambing panggang? I think about it!!!

Wednesday, September 30, 2009

BENGKEL PENULISAN THRILLER DAN AKSI

ALAF 21 akan mengadakan bengkel penulisan yang akan dipimpin oleh dua orang novelis terkenal iaitu Ramlee Awang Mursyid dan Eyman Hykal. Tujuan bengkel ini untuk memberi panduan bagaimana menulis novel berbentuk thriller dan aksi.

Mereka yang berminat jangan lepaskan peluang mengikuti bengkel ini yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Sabtu 10 Oktober 2009

Tempat: Akademi Karangkraf

Alamat: Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Lot 2 Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15
Shah Alam, Selangor.

Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang

Peserta: 27 orang / Yuran: RM35
Sarapan, makan tengah hari dan cenderahati disediakan.

Bayaran hendaklah dibuat kepada Alaf 21 menerusi akaun Maybank 014271416077. Fakskan slip bayaran, butir-butir diri anda serta nama kursus ke 03-55113817 atau e-mel : ke alaf@alaf21.com.my. Sebarang pertanyaan sila hubungi Sa’adiah/Roziana di talian 03-55118820/21.

CORETAN RAYA....

Jambatan Pulau Pinang
18 Sept 09 - Drive back to Penang. Memang boleh drive lenggang kangkong sebab jalanraya langsung tak jam. Muka hubby manis sepanjang jalan! Berbuka puasa rumah mak mertua. Hidangan istimewa nasi Bukhari!(Alhamdulillah ada juga rezeki saya dan family... mujur pakcik Syed berniaga hingga akhir puasa.)

19 Sept09 - 10.30am, saya dan hubby ada appointment meeting. On the way tu hantar anak-anak ke Queensbay Mall dulu sebab depa nak meronda....
- Singgah Komplek Bukit Jambul untuk memborong ???????(Benda yang paling famous kat BJ)
_ Ambil budak2 di Q'bay dan drive ke BP....
- Adik2 saya dah pun sampai di rumah mak dan dah pun siap memasak untuk juadah raya. Saya cuma ditugaskan masak kurma daging dan rebus ketupat. Juadah berbuka - ikan pari bakar cicah air asam keresek dan gulai ikan talang masin dengan nenas....yummy!!!

20 Sept 09(RAYA) - Tahun ni saya dan adik2 beraya di rumah mak saya dulu memandangkan keadaan mak yang tak sihat. Dan buat pertama kalinya adik saya, Sariner pecah rekod 11 tahun. hehhehehhehe Raya pertama di BP!!!!! Pagi raya yang cukup meriah dan riuh.... Sedihnya buat pertama kali kami beraya tanpa Tok yang meninggal January lalu.(Semoga Rohnya dicucuri rahmat.Amin)



21 Sept 09 - Raya Kedua
Pagi hingga ke tengahari kami 3 beradik bersama family berkonvoi ke rumah saudara mara. Singgah rumah Tokchik, Tokdak dan Toksu, syukur mereka masih diberi kesihatan yang baik.
Lepas Lunch kami ke Seberang Jaya kerana melawat Makngah yang sedang sakit.
Selepas melawat makngah kami berpecah kerana saya bercadang singgah di rumah saudara mara sebelah hubby pula. Sempat singgah rumah makchik timah, paksu Deris, maklang Hendon dan Chik Pai.(emak/bapa saudara hubby). Kebetulan pula hampir separuh sepupu2 hubby berada di rumah makchik Timah maka sembang pun jadi bertambah panjanglah! Cadangan awal kami hendak terus pulang ke kampung hubby di Parit Buntar dan Batu Kawan tetapi memandangkan dah berlama di rumah makchik dan lewat malam rancangan itu terpaksa di batalkan. Sedikit terkilan kerana rasanya sudah hampir 6 tahun kami tak pulang ke Parit Buntar. Insyaallah dalam masa terdekat ni kena singgah juga.....
22 Sept 09 - Raya Ketiga
Kononnya nak bersantai di rumah tapi hasrat itu gagal lagi bila tetamu bertandang bersilih ganti. As usual saya kalut di dapur.(Mujurlah ada maid!!) Saya masak laksa Penang!Malam....mata dah tak boleh nak angkat. Kalau mata ditongkat dengan lidi pun patah!
23 Sept 09 - Bawa mak ke Hospital Pantai Mutiara for check-up bila tangan mak yang bengkak macam belon tu langsung tak surut2. Jumpa Dr. Lee, otopedik surgeon. Bagai yang kami jangkakan jari kelingking mak patah! Lepas confirm dengan x-ray, tangan mak di simen. Selamba badak aje Dr. itu menarik dan membetulkan jari yang patah tu. Mak mengaduh sakit depan Dr., saya pulak menjerit kat belakang! iskh! saya memang alegiklah dengan doktor!!!!!!!!
24 Sept 09 - Balik ke rumah mak mertua sekejap sebab nak jumpa anak saudara hubby dan familynya yang baru sampai ke Penang kerana beraya di kampung sebelah isterinya di Melaka tahun ini. Lepak di G sampai malam......
Di Padang Kota Lama...
25 Sept 09 - Sekali lagi bawa mak ke hospital Pantai Mutiara sebab tangannya yang tiba-tiba nampak bengkak yang luar biasa. Bila di periksa doktor kata. It's normal! Sekali lagi dengan selamba badak dan sesuka hatinya dia membetulkan jari mak yang bengkak bom tu.Hah! tak pasal2 serah diri nak bagi sakit. Dan sekali mak mengaduh, sekali saya menjerit! hahahahahah jelingan hubby saya buat2 tak nampak!
Malamnya keluar ronda2 Padang Kota Lama...Rojak Penang dan Sotong kangkungnya yummy!
Singgah makan celup2 Majid di Padang Brown(Brom)...
26 Sept 09 - Balik ke Bangi. Traffic clear. Again...wajah hubby berseri-seri! Singgah makan di Tanjung Malim.
Legaaaaaaaaaaaa bila sampai rumah.
GAMBAR-GAMBAR RAYA......
3 dara pingitan ni memang suka bergaya....

Jom main pondok-pondok!

Hubby yang rajin melayan anak2 saudara
Alahai....anak saya dah tinggi dari saya!

Halaman rumah berasap dek bunga api
Haziq dah sama tinggi dengan Saraa Allana bermain bunga api
Menanti mercun menembak!
Lelaki dalam hidup saya...
Siapa paling handsome?


Thursday, September 17, 2009

RENDANG, BISKUT DAN KEK RAYA.....

BISKUT RAYA
Inilah biskut yang saya buat. Biskut yang menguji kesabaran!! Sekejap jadi sekejap tidak!!!! Entah apa-apa.......



KEK RAYA
Kek ni saya bakar pagi tadi. Yang bestnya semua menjadi....hooorey!
Butter Kek - Saja-saja aje saya colourkan warna merah sebab nak usik anak saudara saya yang fanatik warna pink. Jangan tak tau... pelita raya kat kampung pun colour pink tau tahun ni sebab anak dara kecil tu!!!! Boleh gitu? heheheheh
Cheese kek - kek ini wajib ada setiap kali raya dirumah mak saya. Disebabkan tahun ni adalah tahun 'malas' saya maka saya bakar sebiji saja cheese cake tahun ni sedangkan kebiasaannya saya bakar sampai 4-5 biji. Pakat-pakat makanlah ya...
Chocolate cake - Resepi chocolate moist cake saya hilang! So kek yang ni hanyalah resepi ingat-ingat lupa! Hehehehheeheh nasib baik jadi!

RENDANG DAGING.

Rendang daging yang saya masak pagi tadi. Buah tangan untuk di bawa balik kampung. Suspen gak kot2 tak jadi maklumlah dah bertahun tak masak! hehehehheeh Alhamdulillah bila 'food tester' kata OK!

Thursday, September 10, 2009

JUADAH BERBUKA - KUIH RAYA - BALIK KAMPUNG

JUADAH BERBUKA
Minggu pertama puasa saya terikat dengan kesibukan yang tak disengajakan maka agenda masuk dapur langsung tiada. Maid pula memang tak pernah memasak untuk family sebab dah jadi kebiasaan saya yang akan memasak. Jadinya kalau saya tak masak maknanya dapur tak berasap! Makanya pasar ramadhan dan berbuka di luar dah jadi rutin bagi saya sekeluarga minggu tu. Setiap petang lepas office saya dan hubby akan coupling-coupling (ini ayat yang Haziq suka guna kalau saya keluar berdua saja dengan hubby!) ke pasar Ramadhan. Beli 2-3 jenis lauk tapi harganya alahai....mahal amat! Kalau memang sedap pejam mata ajelah tapi bila terkena yang tawar masin pun tak tau nak beza, memang masuk tong sampahlah lauk tu! Masuk minggu kedua, hubby dan anak-anak dah buat muka lemau. Tak adalah mereka complain tapi tetap bercerita yang lauk beli tak sedaplah, makan buffet pun tak best! Saya rasa nak gelak besar! Nak suruh saya masaklah tu! Macamlah saya masak tu sedap sangat! Sejak itu saya pun berperanglah di dapur! Masak apa yang patut sebelum keluar dan petangnya hanya goreng ikan dan sayur. Pernah sekali saya terlambat balik. Sampai umah dah pukul 7 mlm dan baru nak buat ikan sambal belah belakang cencaru. Mujurlah bibik dah tumbuk cili dan bawang, saya cuma nak adunkan saja. Memang berasap satu dapur sebab apinya dah marak tahap maksima! hahahahaa

KUIH RAYA

Minggu ni saya mula buat kuih raya. Dah siap 5 jenis! Hah! itu bab yang best!
Tapi yang nak cerita ni bab tak best!
Entah apa yang tak kena dengan kepala saya tahun ni...biskut raya saya hanya 2 jenis yang menjadi! Bengong betui! Sedangkan ini bukannya 1st time saya buat biskut2 tu......uwak!!!! Rasa nak jerit-jerit saja ni.
BISKUT BUAH PINGGANG - Sedap! yummy.........INI SATU2NYA BISKUT YANG MENJADI.
BISKUT SUNFLOWER COKELAT- Pahit! sebab terlebih coklat kot! Udahlah gitu..warna pun hitam legam! Tak cantik langsung.....
TART NENAS - Badannya superz TAPI inti nenasnya tak rasa apapun! Rasa nenas langsung OUT! Tawar pulak tu! (Intinya saya beli di salah satu kedai yang menjual barangan kuih di Bangi)
BISKUT CORNFLAKE - Keras gila!!!! baling ke dinding pun tak pecah!!!!! Adoi lah.......
BISKUT KRIM - biskutnya berat. Langsung tak rangup! tapi bolehlah nak makan
Kesimpulannya - Saya bukan pakar buat biskut raya! So lupakan niat nak makan biskut sedap2 kalau beraya di rumah saya..

BALIK KAMPUNG
Satu benda yang pasti.... saya dan hubby tak akan berebut balik kampung siapa dulu sebab kampung kami jauhnya hanya berselang 20 minit! Mujurlah>>> hehheheheh
Satu benda yang pasti.... raya tahun ni memang saya jadi tukang masak di rumah mak saya sebab mak dan ayah saya tak sihat. Tapi rendang dan ketupat tetap kena ada! Lauk-pauk tradisi raya wajib disediakan jugak! Sedangkan chef besar (mak saya) tangan kanannya berbalut! Jawapnya chef kecik 3 orang(saya+adik2) akan bergendang di dapur!

NOTE :
JUADAH BERBUKA - Sedap dan berbaloi kalau masak sendiri.
KUIH RAYA - Sedap tak sedap dah buat makan ajelah! hahahahhaa
BALIK KAMPUNG - Kalau ikutkan hati nak baik awal sebab bolehlah berpuasa di kampung dengan mak ayah. Tapi
nampaknya tak dapatlah tahun ni sebab Jumaat hubby kerja dan anak2 masih sekolah. Ehem! Kalau ponteng keje dan
ponteng sekolah boleh tak???????? Haha...
Oh Ya! satu lagi...
Saya sebenarnya terbayangkan kesedapan Nasi Bukhari Pak Ali kat pasar Ramadhan Pejabat Pos Glugur. The Best Nasi Bukhari in Penang!!!!! Ahah! Sapa-sapa yang ada kat Penang tu....cubalah rasa Nasi Bukhari ni.

Thursday, September 3, 2009

ANAK SAUDARA BARU.......

Tahniah untuk novelis Laila Kamilia dengan kelahiran - Baby HANNA
Kelahiran seorang puteri memang dinantikan oleh Laila. Alhamdulillah keinginannya untuk memilik seorang puteri telah tercapai. Comelnya Hanna! Rasa nak cubit2 pipinya! Tak sabar hendak tunggu princess Hanna balik ke Malaysia....Alahai! lambat lagilah 2010!


PS: Gambar ini saya cilok dari blog Laila.....

RON95 vs RON97


Bengong saya sekejap bila sorang budak bangla menahan saya dari mengisi minyak kereta di salah satu stesen minyak Petronas di Bangi. Siap mengewang tangan menahan saya membuka pintu tangki kereta. Suspen saya menengok lagaknya. Saya tunggu dia menghampiri saya dengan dahi berkerut.
"Akak...ini RON97 ...sana punya pam baru RON95" Dia menunjukkan tulisan besar di atas pam minyak.
Hah! seketika saya ternganga. Konfius! RON95? RON97? Ada beza ka? Selalu saya isi minyak apa?
"Kereta ni tak boleh isi RON97 ka?" saya bertanya sambil menarik kad kredit dari slot mesin. Dalam hati dah berbeka. Kalau bangla ni kata tak boleh mau haru saya sebab bayaran telah pun dibuat.
"Boleh..boleh. Tapi kereta semua guna RON95 bagus.." Dia jawab sambil tersengeh. Selamba dia menarik pam dan terus mengisi minyak kereta saya.
Adoi! saya rasa macam nak luku kepala bangla tu! Lagaknya tadi macamlah nak menghalang saya dari tersilap isi minyak! Alih2 dia yang tolong isikan.
"Bagus ka RON95?" saya sengaja bertanya.(Sebenarnya saya pun buta ilmu pasal dua beradik RON tu!)
"Tak dak tau! Bos kata kasi tau semua orang minyak apa mau isi, jangan kasi orang silap isi"
"Kalau silap isi RON97 atau RON95 kereta tak dak jalan ka?" Saya buat-buat bertanya.(Memang saya x tau pun heheheheh)
"Jalan jugak! Semua minyak sama jugak" jawabnya sambil geleng-geleng kepala.
"Kalau macam tu lepas ni saya isi Diesel lah..." kata saya buat-buat bodoh.
"Ayo.yo. Itu tak boleh kak! Itu minyak ini kereta tak jalan punya!" cepat dia menjawap. Wajahnya nampak kalut.Dia menutup pintu tangki minyak kereta dan meletakkan kembali pam ke tempatnya.
Saya rasa nak tergelak melihat mimik mukanya. Kesian pun ada jugak.
"Dah berapa lama keje sini? "
"Baru dua hari keje sini."
Patutlah!!!!!
Saya mengucapkan terima kasih dan membuka pintu kereta.
"Akak..ini kereta jangan isi Diesel tau!"
Saya tergelak mendengar pesanannya.

Tuesday, September 1, 2009

MH 1152.........


Benarlah kata pepatah..pengalaman hidup tidak mampu dibeli dan dinilai dengan wang ringgit. Dan sebagai manusia biasa sesekali kita akan dikejutkan dengan rentetan pengalaman yang tidak dijangka. Samada pengalaman itu pahit atau manis ianya tetap akan menjadi pengajaran dan pedoman untuk kita pada masa hadapan.
Minggu lepas saya terpaksa pulang ke Penang kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Memandangkan janjitemu saya pada hari Jumaat pagi dan saya akan ke Penang sendirian maka saya menempah tiket penerbangan pergi balik. Untuk berlaku adil saya bercadang pulang pada hari Khamis agar dapat berbuka puasa dengan emak saya malam itu dan Jumaatnya selepas urusan kerja saya akan terus ke rumah mertua dan berbuka dengan mereka pula sebelum fly back to KL.
Bagai yang dirancang hubby hantar saya ke KLIA waktu lunch hour sebab fligh saya pukul 4 petang. Kalau mengikut perkiraan saya dijangka akan tiba ke Penang 50 minit kemudian. Memang banyak masa untuk sampai ke rumah mak saya di BP sebelum waktu berbuka. So, planning saya nampak macam sempurnakan? Tapi itu hanyalah perancangan saya.....
Flight saya berlepas mengikut jadual. Semuanya ok. Saya mula excited sementelah pulak sudah hampir dua bulan saya tidak balik ke sana. Penerbangan smooth. Sehinggalah separuh perjalanan bila apa yang OK mula KO!
Hah! penerbangan saya 'dibelai' angin dan 'disapa' awan tebal! Mulanya hanya sedikit golakannya. Saya masih relax. Bukan tak biasa. Rasa macam ok saja. Semakin lama semakin lain pulak lonjakannya. Hati mula bolak balik. Rasa 'pelik' mula menjengah. Melihat keluar tingkap, hanya nampak gumpalan awan. Seketika kemudian.......Uwah! kapalterbang rasa macam dilambung ombak musim tengkujuh! Dah rasa macam dialun dalam buaian!!!!!!! Aduh! sukarnya menggambarkan rasa hati saat itu. Sebagai mana flight terumbang ambing, begitulah rasa jiwa raga saya saat itu! Berbagai perkara pelik mula meracun fikiran. Dalam hati tanpa henti membaca apa saja Surah untuk menenangkan hati. Dari tingkap kapalterbang jelas kami berada dalam litupan awan tebal. Masa tu dah mula teringat mak ayah, hubby dan anak2!!!!!! Kalaulah masa tu hubby di sebelah.... sah saya menangis tak berlagu!!!!!!
Tak lama kemudian juruterbang mengumumkan yang kami akan mendarat sebentar lagi. Hati serta merta lega. Tambah lega bila melihat lautan di bawah saya dan dari kejauhan dah nampak daratan.
Kami mendarat dengan selamat. Syukur alhamdulillah.......
Pramugara mengumumkan ketibaan ke lapangan terbang Pulau Pinang dan bla..bla..bla....Hati benar2 lega. Akhirnya sampai juga ke Penang. Saya mengucap syukur. Mata saya ralit melihat pandangan sepanjang landasan menuju ke terminal utama. Hati berdetik hairan. Nampak lain sangat pemandangan di sepanjang landasan. Ah! Betapa cepatnya perubahan. Sampai di terminal utama dahi saya berkerut seribu bila membaca papan tanda besar berbunyi 'SELAMAT DATANG KE PULAU LANGKAWI, PULAU BEBAS CUKAI'. erk! bila pula papan tanda bertukar ayat????? Saya memandang sekeling. OMG!!! ini bukannya lapangan terbang Pulau Pinang!!!!!!!!!! Saya sure 100% yang saya bukan mendarat di Pulau Pinang!!!! Confirm bukan Penang airport!
Saya di Langkawi????????? Oh my.........
Sebaik sahaja kapalterbang berhenti, semua penumpang mula sibuk menurunkan bagasi dari tempat simpanan diatas dan beratur untuk turun. Saya tahu mereka pasti fikir kami di Pulau Pinang. ( Bukankah tadi pramugara mengumumkan kami di Penang!) Masa ni belum ada apa2 pengumuman dan semua penumpang mula beratur untuk keluar.
Saya terus duduk ditempat saya dan mematikan flight mode handphone saya. Hubby wajib tahu dimana saya berada sekarang! Saya sms hubby dan beritahu keadaan saya. Saya sms adik saya di Penang untuk memaklumkan apa yang terjadi.
Apa respond mereka?
Adik saya gelak2. Dia siap pesan belikan dia sebakul chocolate dan setong pinggan corelle! Dia ingat saya bergurau dan sengaja buat lawak saya di Langkawi!!!!!
Hubby pulak take it serius sebab dia tahu saya tak akan bergurau perkara macam ni! Saya pulak bila dengar suara hubby mulalah nak meleleh.uwak!uwak!
Kesimpulan apa yang terjadi... kapalterbang saya terpaksa dilencongkan ke P. Langkawi kerana cuaca yang amat buruk di Penang. Dan saya terdampar di Langkawi sementara menanti cuaca selamat untuk terbang ke Penang! Saya mula membayangkan kalau cuaca terus buruk dan kapalterbang tak dapat fly. Tersadai di airport???????? Saya gerun sendiri.....
Jadual asal saya sepatutnya mendarat di Penang 4.50 petang. Tahu pukul berapa saya sampai malam tu? 8.30 malam!!!!!!
Rancangan asal berbuka di rumah mak hanya tinggal rancangan......memang tak ada rezeki saya.
Malam tu saya makan sendirian di Kenny Roger Penang airport. Tak sedap langsung!!!!!!!
Jiwa bergolak........hati terasa tanpa dirancang. Kita merancang. Allah yang menentukan.
Saya percaya. Apa yang tersurat. Pasti ada yang tersirat.......

Wednesday, August 19, 2009

LAUNCH NOVEL ALEYA ANEESA

MAJLIS PELANCARAN 5 NOVEL ALEYA ANESSA
TARIKH : 19 HB OGOS 2009
TEMPAT : DEWAN SRI IMPIAN, HOTEL UiTM, SHAH ALAM
JAM : 3 PETANG
DISEMPURNAKAN OLEH : PUAN ERRA FAZIRA

Majlis petang tadi cukup meriah.......
Dan gambar-gambar di bawah cukup untuk menggambarkannya.


ALEYA SEBAK SAAT MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA KATA.

ERRA FAZIRA MENYEMPURNAKAN MAJLIS.


NOVELIS LILY SURIANI, LYNN DAYANA, HEZZY AZRA,MEEN ZULAIKHA DAN AIDA ANDRIANI

BERSAMA ALEYA ANESSA BERSAMA ERRA FAZIRA
NOVELIS BERSAMA ALEYA ANESSA

SEBAHAGIAN NOVELIS BERSAMA PENGURUS BESAR ALAF21

ALAHAI... SLIMNYA ERRA!
ALAHAI...MONTELNYA SAYA!!!!!!!(Tak boleh jadi! Kena pi SlimWorld dengan Erra nih! hehehehe)

EDITOR ALAF21

DARA PINGITAN - NOVELIS BIKASH NUR DAN SHANIKA LATISYAZ

Friday, August 14, 2009

PENING 3...


Asal Stress saja mesti makan banyak!
Asal Stress saja mesti makan banyak!
Benci betulllllllllll..........
Lepas ni saya jadi Mak Buntal rasanya!
Tak suka!!

Fakta ikan Buntal:
Buntal ni berduri bisa...
Tubuhnya mengelembung untuk mengapung diri...
Isinya cukup enak TAPI AWAS!
Ikan Buntal beracun jika silap perkiraan! Racun Tetrodotoxin mampu membunuh!

Apa hal cakap pasal ikan buntal nih?
Ah! Pening!

Thursday, August 13, 2009

PENING 2..


H1N1- SWINE FLU????
Keliru dan buntu menangani gejala penyakit ini yang makin mencanak!
Nak panik??? ooooooooo........
Nak suruh budak2 ponteng sekolah dan kuliah? Sampai bila!?
Kita jangan keluar rumah untuk membendung penularannya? Ish! Mustahil....
Wajarkah sekolah ditutup sementara? Fikir-fikirlah....
Wajarkah IPTA di tunda pengajiannya? hmmmmmmmm
Over reaction or under reaction?
Kita terlewat membendungnya?
Atau kita silap perkiraan kerana tidak menjangka ia seganas ini? Entahlah.....

MUNGKINKAH KERAJAAN AKAN MEWAJIBKAN SEMUA RAKYAT MEMAKAI FACE MASK untuk menyekat penularannya??
Mungkinkah arahan itu akan dikeluarkan? Bila? BILA KEADAAN MAKIN TIDAK TERKAWAL???

INGAT HARI SIHAT MU SEBELUM DATANG SAKIT MU!
Semoga seluruh rakyat Malaysia dibawah LindunganNYA. AMIN.

Monday, August 10, 2009

PENING 1.......


Saya paling tak suka bila disuruh membuat pilihan!
Antara AL dan AK....mana yang lebih baik?
Antara Magic dan Maxwell yang mana lebih molek?
Antara Gr???? dan Ti???? mana yang berbaloi?
Arg!!!! Manalah saya tahu!
So....apa yang saya tahu?
uwak! uwak!....tak tahu nak jawap!~

Monday, August 3, 2009

SIBUK VS BUAT-BUAT SIBUK.....

QUOTE INI MEMBUAT SAYA TERSENYUM SENDIRI......
Adoi!.....chat box saya berderet tak berjawab! Blog pun dah lama bersawang!
Demi yang bersusah payah menyapa di ruang 'chat box hello' di blog saya dan terus mengingati saya, TERIMA KASIH DAN SAYA AMAT MENGHARGAINYA.
Saya dah jawab semua chat box sebelah. Pada yang meninggalkan jejak di situ, selak-selaklah mencari jawapannya ya...hehehehe
Buat Intan, Ain, Tina dan 2-3 nama yang berkali-kali menyapa, sorry ya...saya jawab sekali sahaja ala kopi 3in1.hehhehehee
Harap Jangan serik untuk singgah di blog saya lagi.....Insyaallah saya akan cuba merajinkan diri mengupdate N3 selalu.
Lately ni saya agak sibuk (dan kadang kala buat-buat sibuk juga...heheheheheheeh)
Sebenarnya ada beberapa perkara yang saya kejarkan sebelum bulan puasa ni. Insyaallah hampir selesai walaupun saya tahu ianya akan berlanjutan sampai Oktober but mungkin tak sekalut sekarang (OR maybe makin kelam kabut!!! uwak!uwak!) Diharapkan apa yang saya rancang berjalan lancar seperti yang sepatutnya(Insyaallah). Buat teman2(Anda tahu siapa anda) yang saya dah kautim nak keluar window shopping, makan2 dan lepak2...sori, saya terpaksa tangguhkan seketika. Nanti kita plan lain kali ya......

Tuesday, July 7, 2009

HAPPY BIRTHDAY INTAN .....7 July 2009


Doa Kak Eka untuk Intan......
Semoga panjang umur.....
Di murahkan rezeki.....
Dan dipercepatkan jodoh!

Bawa kereta baik-baik - jangan rempit!
Jaga kelaku baik-baik - jangan bagi mak ayah berletiaq!
Pi keje baik-baik - biaq bos sayang!
Kalau pilih mapeley - biaqlah yang berjenis dan beriman!
Bila jadi ponu....jangan lupa jemput kak eka ya!

Salam Sayang teramat sayang untuk Intan....
Happy Birthday Sis!

Sekadar cerita.....


Sejak kena Vertigo dua minggu sudah, kesihatan saya terus terganggu. Badan rasa letih dan lesu. Dah bergelen air kosong saya minum. Berbotol 100plus saya habiskan dengan harapan saya akan kembali cergas. Tapi hampa. Saya tetap rasa tak sihat dan kepala pun tetap pening2 lalat. Nak kata demam tidak pulak. Sementelah lah selsema. Dah bertahun-tahun saya tak terkena selsema. Kadangkala terfikir jugak, agaknya sinus saya yang dah lama terpendam tu nak menampakkan diri ke? Adoi! risau saya kiranya itu berlaku.
Seminggu dua ni saya langsung tak mengadap laptop kerana mata rasa berpinau semacam kalau saya banyak merenung dan menaip. Memang saya tak berani nak mengadap Pc. Fobia Vertigo masih terasa-rasa. Ada dua tiga email yang masih belum sempat saya balas. Buat yang mengirim email tu(anda tahu siapa anda) insyaallah saya balas selepas saya sihat sikit ya.
Blog ini pun dah mula bersawang bila tuannya masuk 'dock'......Dua tiga benda juga tergendela dek kerana kesihatan yang dong dong ni! Dua tiga jemputan juga tak dapat saya hadirkan diri di saat akhir.Maaf ya..insyaallah kita berkumpul di lain kali.
Award pemberian Azrin pun belum sempat saya ambil.Untuk adik Azrin..nanti kak eka ambil ya....sori lambat sikit.
Untuk yang menghantar sms dan tak berbalas tu...sori ya.Hp saya pun masuk ward macam tuan dia jugak!Tak ada coverage!
Dan untuk yang minta nombor telefon hp merah garang saya tu....hehehheheehhe nanti2lah saya bagi ya!
Tina - Jutaan terima kasih kerana bersusah payah membuat panggilan jauh untuk bertanya khabar.....Semoga kita sama-sama semakin sihat.
Saya harap by minggu depan saya akan semakin sihat. Dalam kepala banyak benda yang nak dibuat tapi asyik tertangguh bila mata saya ni pantang nampak bantal...asyik nak zzzzzzzzzzzzzzz saja.

Thursday, June 25, 2009

PESTA BUKU ALAF21.....

Pesta buku ini akan berlangsung dari 26-28 June 2009 di premis Alaf21,Shah Alam.
Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan novel idaman hati dengan discount hebat, jangan lepaskan peluang ini.
Jom kita singgah ramai-ramai....Membelek novel sambil ngeteh-ngeteh!(memetik kata Pokcik Mersik)
Insyaallah saya juga akan singgah pada hari Ahad nanti.

AWARD DARI AZRIN

Saya dapat award dari Azrin!
Maaf ya Azrin lewat mengambilnya.....

Syarat penerimaan blog ini adalah:
Postkan gambar anugerah di blog - Tugasan beres!
Sebutkan siapa pemberi anugerah ini dan sertakan pautan pemberi anugerah ini - http://azrusti12.blogspot.com
Beri anugerah ini kepada 5 orang sahabat:
- Dhiya Zafira
- Intan Mgm
- Nur Alya
- Nazurah Aisyah
- Hani Fazuha

Kunjungi blognya dan beritahu ada anugerah untuknya - ini semua blog wajib saya lawat.
Lakukan perkara yang sama- (penerima anugerah)

TO AZRIN,
Terima Kasih hadiahkan award dibawah ini untuk kak eka.

ALAF21

ALAF21