Wednesday, December 30, 2009

TAHUN BARU - AZAM BARU

Selamat tahun baru.....
Ada makna ke tajuk N3 saya ini? hahahahahahahh
Kalau untuk orang lain mungkin ya. TAPI kalau untuk saya, kena fikir berkali-kali sebelum menganggguk kepala!!!!!
Setiap kali tiba tahun baru pasti ramai yang sudah merangka azam dan perancangan baru. Kalau apa yang dirancang tahun lepas melepasi koata, alhamdulillah. Tapi andainya ia tersasar dari perancangan, tak salah rasanya kalau tekad itu dijadikan kesinambungan untuk tahun ini. Bukankah kita hanya merancang dan berusaha tapi DIA yang menentukan takdir dan suratan?
Bagi saya tahun baru bermakna KEMUNGKINAN sekali lagi ada frasa perubahan dalam hidup. Saya mengatakan MUNGKIN kerana kita tidak tahu apa yang menanti kita di tahun hadapan!!! Mungkin hari ini kita di Malaysia....mana tahu enam bulan lagi kita di kutub utara! heheheheheh
Bagi saya..... berubah angka tahun dalam kalendar bermakna menginjak setahun lagi usia! Tahun baru sinonim dengan saya! Semoga pertambahan angka umur selari dengan kematangan pemikiran dan tahap kesabaran di dada!
Seketika dulu saya selalu menanam azam di hati. Berbagai perancangan dan tepu dada membilang bilangan azam. Kalau ada yang bertanya tercapaikah hajat di hati? Saya rasa nak guling-guling mentertawakan diri sendiri. Sayalah orangnya yang paling suka membuat azam tapi???????? hahahahahaha
Sejak dah berusia ni, tabiat itu dah lama saya tinggalkan. Saya hanya menjalani kehidupan dengan seadanya. Saya menangani keadaan mengikut peredaran pada saat dan ketika itu. Saya lebih suka mendahulukan apa yang patut didahulukan. Kalau nak bercakap soal disiplin saya mungkin boleh di kategorikan tahap sederhana. Ianya bergantung pada keadaan dan situasi. Saya tahu apa yang saya mahukan. Saya tahu apa yang patut dilakukan. Perkara wajib dan tanggungjawab akan jadi keutamaan, yang lain hanyalah sampingan! Ada yang berkata, saya bodoh kerana tak pandai merebut peluang. Saya akur dan tahu, Saya mengangkat bahu dan tersenyum. Wajarkah saya menjawab? Ah! Kalau kata-kata saya hanya akan memanjangkan cerita dan membuka sesi bersoal jawab, biarlah saya mendiamkan diri.
Saya percaya. Setiap perkara yang kita buat harus dimulakan dengan niat yang baik. Dan selebihnya biar DIA yang menentukan. .....
Selamat Tahun baru semua.....
Selamat datang 2010.....

Thursday, December 24, 2009

BLOG DAN INTERNET

Salam semua.....
Wah! Dah lama saya tak balik ke 'rumah' ini. Rasanya dah berbulan lamanya. Sampaikan masa nak masuk tadi dah terbatuk-batuk sebab berhabuk sangat! Sawang jangan cakaplah, sampaikan sang labah-labah mengistihar dirinya sebagai tuan rumah! Mujurlah saya masih ingat 'alamat' jalan pulang. Kalau lupa? heheheheh runtuhlah rumah ni dek dimakan anai-anai!
Tentu ada yang tertanya-tanya, mana hilangnya Eka Fahara? Apasal blognya tak berupdate? Saya dah jadi biskut chips more lah pulak! sekejap ada dan sekejap hilang! Sebenarnya saya masih disini cuma cuma internet saja yang merajuk dengan saya hingga saya hilang cara untuk meng'update' teratak ini. Pergi Cybercafe? hehehehehehe Malaslah!
Saya sebenarnya berpindah ke rumah baru. Dan adat berpindah mestilah sibuk gila dengan 'packing', mengeluarkan dan menyusun semula. Dan tahap keletihan pun sah di tahap kronik! Dan bila semuanya di gaul rata memang saya terlupa yang saya sebenarnya ada blog yang perlu dikemaskini!!.
Telefon rumah tiada. Maka wireless internet pun zerolah. Maka saya pun terpisahlah dengan dunia IT! Meroyan juga tak boleh nak access internet. Dan broadband yang ada ini pula, lembab tahap maksima!
Sehari dua ni saya dah mula 'bernafas'. Kotak2 dah habis dibuka. Cuma kerja menyusun atur saja yang belum selesai sepenuhnya. insyaallah dalam masa terdekat harap semuanya kembali normal.
Banyak perkara yang berlaku sepanjang penyepian saya. Ada cerita ceria dan ada juga terselit kisah duka.

UNTUK KISAH DUKA - Semoga kita sama-sama di beri kekuatan untuk terus melangkah gagah ke hadapan. Meniti kehidupan ibarat berjalan diatas helai benang. Walaupun sehandal mana kita mengapung dan mengimbang diri saat meniti, jangan lupa hanya yang SATU menentukan sukar atau mudahnya perjalanan itu. Dugaan yang Allah Taala beri pasti bersebab. Dan setiap apa yang berlaku pasti ada Rahmat yang tersembunyi. Siapa kita untuk mendabik dada kita punya segala sedangkan hakikinya semua hanyalah pinjaman semata. Banyak yang berlaku di sekeliing boleh dijadikan ikhtibar. Hari ini hari orang. Esok-esok entah kita pula yang diduga! Sabar. Itu mungkin sebaiknya. Berdendam dan memarahi diri sendiri biarlah bersempadan. Saya akur. Dugaan yang datangmengejut memang sukar di terima akal. Pasti dalam hati asyik bertanya. Kenapa?Kenapa? Dan kenapa? Jika jawapannya pasti di depan mata mungkin sedikit sebanyak terubat luka di hati. Bagaimana kalau dugaan yang mendatang penuh dengan makna tersurat dan tersirat?
Ada yang bertanya pada saya. Kenapa dia yang terpilih untuk menerima dugaan ini? Saya hilang kata-kata. Siapa saya untuk menasihati kalau saya sendiri banyak yang kurang. Saya sedih. Saya terharu dan saya menangis. Terkesima dan tak sangka dugaan seberat ini yang tertimpa padanya. Menilik diri sendiri, kuatkah saya kalau perkara yang sama berlaku pada diri? Sejujurnya kita hanya manusia biasa. Punya hati dan perasaan yang kadangkala di luar kawalan. Airmata amat murah tika ini. Melihat orang yang dekat dengan saya di timpa musibah..........Saya insaf dan makin menghargai kehidupan!


UNTUK KISAH CERIA - Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Kita ketawa hari ini bukan jaminan yang tiada airmata di masa depan. Beringatlah, yang ceria datangnya dariNya dan yang buruk juga datang dariNya. Ibarat kata mak saya. 'Jangan dok seronok sangat, kot-kot sat lagi menangis tak berlagu!' hahahahaha Dan kata-kata itu pulak yang saya ambil jadi hak milik saya bila menegur anak-anak! Hati mahu baik! Itu ayat hubby saya! Ya.... saya akur, segalanya bermula di hati. Kalau niat kita ikhlas pasti Allah mudahkan jalannya.

Buat yang singgah di sini dan lihat umah yang berhabuk. maafkan saya. Insyaallah lepas ini jika keadaan mengizinkan saya akan cuba update blog ini semampunya.

Buat yang tinggalkan pesanan. Terima kasih masih mengingati saya. Semoga hubungan kita berkekalan selama.
Till kita berjumpa lagi..... Jaga diri.

ALAF21

ALAF21