Tuesday, July 22, 2008

Jus Amra+Asam Ko.....


Buah Amra(Kedondong) yg. baru dipetik kat belakang gerai!

Kali terakhir saya minum jus ini 3-4 tahun lalu dirumah kawan saya, Jenna. Masa tu ingatkan dia jamu kami air tebu. Bila dah minum, pelik pulak rasanya TAPI sedap!. Rasa pahit+manis+masam asam ko tu, buat saya n t'geng tak malu2 habiskan dua tiga jug. Sempat lagi pergi petik buah amra(belakang rumah kawan saya ni penuh tanaman herba) dan belajar buat jus sendiri!
Saya tidak tahu samada jus ini dikenali ramai atau tidak. Tak pasti jugak samada senang untuk mendapatkannya. Yang saya tahu pertama kali saya mencubanya, I loved it!!!!!! Rasa kelat buah amra yang dimatikan dengan rasa masam perit asam ko memang kena dengan tekak saya yang agak pemilih!
Baru-baru ini dalam perjalanan pulang ke Bangi dari Pg, saya singgah di R&R Bukit Merah(hala Selatan). Disebabkan hari Isnin maka R&R lengang sangat. Dan salah satu gerai minuman disitu menjual jus Amra dan Jus Pegaga.
Saya memang teringin nak minum jus ni( sejak Ebriza uar2kan dlm. blognya) tapi tidak pernah jumpa kedai yang menjualnya. Jadi bila dah nampak depan mata, rasa nak tepuk tangan ajelah.....
Pada yang belum pernah mencuba.....cubalah!

Thursday, July 17, 2008

Happy Birthday....

BUAT PUTERI SAYA , SARA ADILA YANG KE-18 .

Ini cuppies yang saya buat sendiri! hehehehehe comotkan icing tu..OMG! anak-anak saya dah besar! ( Sara-bertudung biru)

Hadiah harijadi. Purple laptop....Sara memang fanatik dengan colour ni. Kalau boleh serba serbi dalam biliknya nak colour ni!

For Sara,
Selamat menempuh dunia kampus. Jaga diri dan jaga tingkah laku.
Study smart...... No more honeymoon year. CGPA???? ouch!
Ada laptop, jangan asyik melayan frienster, my space blah..blah..blah...
Dunia kampus berbeza dengan dunia MRSM...so bijak2 membuat penilaian dalam segala tindakan.....
Mama tahu Sara dah besar...... but for me and babah,you are still our baby debab!......
HAPPY BIRTHDAY.......We LOVE YOU

Friday, July 11, 2008

Bila cinta buta dan pekak.......


Kuasa cinta mampu membuat orang bunuh diri! Jangan ketawa, ini fakta. Walaupun itu perbuatan bodoh tapi dah beratus orang yang melakukannya. Dan cinta juga pekak bila ramai yang menutup telinga setiap kali ada orang cuba menasihati. Bagi mereka semua orang salah, yang betul mereka sahaja. Kalau dah matang usia dan fikiran tak apalah jugak. Ini budak hingusan yang baru nak kenal dunia nak tunjuk terror.Ah! Pleaselah.... Ego yang setinggi Himalaya tu patut dibaling ke tepi!.
Benarlah kata orang, bila cinta buta dan pekak menguasai hati kewarasan fikiran dibaling ke longkang. Kalau bahagia berbaloilah jugak.Bagaimana kalau kecundang separuh jalan?
Wajarkah mengadaikan masa depan hanya kerana putus kasih?
Bijak sangatkah hendak memencilkan diri dari ayah ibu kononnya untuk menenangkan diri. Mereka lupa bagaimana resahnya ibubapa bila mengetahui anak tengah bercempera. Retak hati ibu pernah anak peduli?
Tolonglah... Tak payah nak beremuk rendam dan berbengkak mata hanya kerana cinta monyet!
Jangan bodohkan diri hanya kerana cinta yang belum tentu hujung pangkalnya. Tak payah nak cakap pasal cinta masyuk kalau makna kasih sayang pun tidak mereka fahami!
Jangan biar orang mentertawakan anda.
Kalau putus cinta monyet pun dah lemah longlai, lembut lutut... bagaimana nanti hendak hadapi masa depan yang masih panjang dan berliku?
Cinta boleh dicari. Cinta datang dan pergi.
Percayalah.... .satu pergi selori yang menanti!!!!!!!

Kuiz and Promo - Rindu Belum Berhenti

KUIZ N PROMO
1. Apakah nama tempat peranginan yang diusahakan oleh Adni Zuhayra?
2. Kenapakah Izz merahsiakan kepulangannya daripada pengetahuan keluarga dan Adni?
3. Berapa lamakah hukuman sebenar yang dijatuhkan ke atas Izz?
4. Apakah hubungan sebenar antara Pot dan Murni?
5. Berapa lamakah tempoh pertunangan Adni dan Khairy?
6. Sebab apakah yang membuatkan Izz merasakan Pot mempunyai komplot bersama Murni?
7. Apakah yang menyebabkan identiti sebenar Zack terbongkar?
8. " Saya menyukai RINDU BELUM BERHENTI kerana.............( lengkapkan ayat ini)

Tarikh tutup adalah pada 31 Julai 2008.
Sila hantar jawapan anda ke email saya dhiya_zafira@yahoo.com
Hadiah yang menarik dari SPAIN akan menanti jika anda memenanginya

Thursday, July 10, 2008

Rindu....luahan hati

Semalam saya terima panggilan dari seorang teman jauh di seberang Tambak.Kami bercerita panjang. Bertanya khabar dan bertukar cerita. Tawanya tetap macam dulu walaupun kesihatan dirinya tidak pernah stabil. Sebenarnya saya kagum dengan ketabahan ibu anak satu itu. Penyakit SLE (Lupus) menyebabkan dia terdedah dengan berbagai kemungkinan.Tapi sepanjang dua tahun saya rapat dengannya, tidak sekali dia pernah merungut atau mengeluh. Dia pernah lumpuh 6 bulan dan hanya duduk diatas kerusi roda. Dia pernah terbaring berbulan-bulan dan ditahan dihospital dalam jangka masa yang lama tapi dia tidak pernah merungut atau mengeluh. Sedang saya yang mendengar cerita dah teresak menangis.
Kes terbaru, dia ada satu komplikasi di kepala. Selalu pening-pening dan hampit pitam. Saya dah terdiam.Tapi anak Trengganu itu ketawa riang dan selamba bercerita. Macam tak ada apa-apa!Dia manusia yang terlalu ambil berat tentang hal orang yang rapat dengannya. Pantang orang minta tolong,dia tak pernah menolak. Pantang ada yang masuk hospital,dia yang sampai dulu.
Saya rindu untuk bersamanya ke Singapore Expo untuk karnival jualan murah. Saya rindu untuk berbual dengannya dalam Mrt untuk ke Orchard road. Saya rindu untuk merayap dengannya di Metro,Causeway Point. Saya rindu untuk lepak2 makan di Banquet dan yang paling saya rindu, lontong goreng masakannya!
Saya doakan dia terus tabah. Semoga bahagia sentiasa melingkari kehidupannya disamping Zul(suaminya) dan Zaihan(anak tunggalnya).Saya doakan hubungan kami kekal selamanya kerana dia amat istimewa dihati saya.
Saya selalu bertanya pada diri. Kuatkah saya kalau saya berada di tempat Tina?

ALAF21

ALAF21