Wednesday, September 30, 2009

BENGKEL PENULISAN THRILLER DAN AKSI

ALAF 21 akan mengadakan bengkel penulisan yang akan dipimpin oleh dua orang novelis terkenal iaitu Ramlee Awang Mursyid dan Eyman Hykal. Tujuan bengkel ini untuk memberi panduan bagaimana menulis novel berbentuk thriller dan aksi.

Mereka yang berminat jangan lepaskan peluang mengikuti bengkel ini yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Sabtu 10 Oktober 2009

Tempat: Akademi Karangkraf

Alamat: Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Lot 2 Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15
Shah Alam, Selangor.

Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang

Peserta: 27 orang / Yuran: RM35
Sarapan, makan tengah hari dan cenderahati disediakan.

Bayaran hendaklah dibuat kepada Alaf 21 menerusi akaun Maybank 014271416077. Fakskan slip bayaran, butir-butir diri anda serta nama kursus ke 03-55113817 atau e-mel : ke alaf@alaf21.com.my. Sebarang pertanyaan sila hubungi Sa’adiah/Roziana di talian 03-55118820/21.

CORETAN RAYA....

Jambatan Pulau Pinang
18 Sept 09 - Drive back to Penang. Memang boleh drive lenggang kangkong sebab jalanraya langsung tak jam. Muka hubby manis sepanjang jalan! Berbuka puasa rumah mak mertua. Hidangan istimewa nasi Bukhari!(Alhamdulillah ada juga rezeki saya dan family... mujur pakcik Syed berniaga hingga akhir puasa.)

19 Sept09 - 10.30am, saya dan hubby ada appointment meeting. On the way tu hantar anak-anak ke Queensbay Mall dulu sebab depa nak meronda....
- Singgah Komplek Bukit Jambul untuk memborong ???????(Benda yang paling famous kat BJ)
_ Ambil budak2 di Q'bay dan drive ke BP....
- Adik2 saya dah pun sampai di rumah mak dan dah pun siap memasak untuk juadah raya. Saya cuma ditugaskan masak kurma daging dan rebus ketupat. Juadah berbuka - ikan pari bakar cicah air asam keresek dan gulai ikan talang masin dengan nenas....yummy!!!

20 Sept 09(RAYA) - Tahun ni saya dan adik2 beraya di rumah mak saya dulu memandangkan keadaan mak yang tak sihat. Dan buat pertama kalinya adik saya, Sariner pecah rekod 11 tahun. hehhehehhehe Raya pertama di BP!!!!! Pagi raya yang cukup meriah dan riuh.... Sedihnya buat pertama kali kami beraya tanpa Tok yang meninggal January lalu.(Semoga Rohnya dicucuri rahmat.Amin)



21 Sept 09 - Raya Kedua
Pagi hingga ke tengahari kami 3 beradik bersama family berkonvoi ke rumah saudara mara. Singgah rumah Tokchik, Tokdak dan Toksu, syukur mereka masih diberi kesihatan yang baik.
Lepas Lunch kami ke Seberang Jaya kerana melawat Makngah yang sedang sakit.
Selepas melawat makngah kami berpecah kerana saya bercadang singgah di rumah saudara mara sebelah hubby pula. Sempat singgah rumah makchik timah, paksu Deris, maklang Hendon dan Chik Pai.(emak/bapa saudara hubby). Kebetulan pula hampir separuh sepupu2 hubby berada di rumah makchik Timah maka sembang pun jadi bertambah panjanglah! Cadangan awal kami hendak terus pulang ke kampung hubby di Parit Buntar dan Batu Kawan tetapi memandangkan dah berlama di rumah makchik dan lewat malam rancangan itu terpaksa di batalkan. Sedikit terkilan kerana rasanya sudah hampir 6 tahun kami tak pulang ke Parit Buntar. Insyaallah dalam masa terdekat ni kena singgah juga.....
22 Sept 09 - Raya Ketiga
Kononnya nak bersantai di rumah tapi hasrat itu gagal lagi bila tetamu bertandang bersilih ganti. As usual saya kalut di dapur.(Mujurlah ada maid!!) Saya masak laksa Penang!Malam....mata dah tak boleh nak angkat. Kalau mata ditongkat dengan lidi pun patah!
23 Sept 09 - Bawa mak ke Hospital Pantai Mutiara for check-up bila tangan mak yang bengkak macam belon tu langsung tak surut2. Jumpa Dr. Lee, otopedik surgeon. Bagai yang kami jangkakan jari kelingking mak patah! Lepas confirm dengan x-ray, tangan mak di simen. Selamba badak aje Dr. itu menarik dan membetulkan jari yang patah tu. Mak mengaduh sakit depan Dr., saya pulak menjerit kat belakang! iskh! saya memang alegiklah dengan doktor!!!!!!!!
24 Sept 09 - Balik ke rumah mak mertua sekejap sebab nak jumpa anak saudara hubby dan familynya yang baru sampai ke Penang kerana beraya di kampung sebelah isterinya di Melaka tahun ini. Lepak di G sampai malam......
Di Padang Kota Lama...
25 Sept 09 - Sekali lagi bawa mak ke hospital Pantai Mutiara sebab tangannya yang tiba-tiba nampak bengkak yang luar biasa. Bila di periksa doktor kata. It's normal! Sekali lagi dengan selamba badak dan sesuka hatinya dia membetulkan jari mak yang bengkak bom tu.Hah! tak pasal2 serah diri nak bagi sakit. Dan sekali mak mengaduh, sekali saya menjerit! hahahahahah jelingan hubby saya buat2 tak nampak!
Malamnya keluar ronda2 Padang Kota Lama...Rojak Penang dan Sotong kangkungnya yummy!
Singgah makan celup2 Majid di Padang Brown(Brom)...
26 Sept 09 - Balik ke Bangi. Traffic clear. Again...wajah hubby berseri-seri! Singgah makan di Tanjung Malim.
Legaaaaaaaaaaaa bila sampai rumah.
GAMBAR-GAMBAR RAYA......
3 dara pingitan ni memang suka bergaya....

Jom main pondok-pondok!

Hubby yang rajin melayan anak2 saudara
Alahai....anak saya dah tinggi dari saya!

Halaman rumah berasap dek bunga api
Haziq dah sama tinggi dengan Saraa Allana bermain bunga api
Menanti mercun menembak!
Lelaki dalam hidup saya...
Siapa paling handsome?


Thursday, September 17, 2009

RENDANG, BISKUT DAN KEK RAYA.....

BISKUT RAYA
Inilah biskut yang saya buat. Biskut yang menguji kesabaran!! Sekejap jadi sekejap tidak!!!! Entah apa-apa.......



KEK RAYA
Kek ni saya bakar pagi tadi. Yang bestnya semua menjadi....hooorey!
Butter Kek - Saja-saja aje saya colourkan warna merah sebab nak usik anak saudara saya yang fanatik warna pink. Jangan tak tau... pelita raya kat kampung pun colour pink tau tahun ni sebab anak dara kecil tu!!!! Boleh gitu? heheheheh
Cheese kek - kek ini wajib ada setiap kali raya dirumah mak saya. Disebabkan tahun ni adalah tahun 'malas' saya maka saya bakar sebiji saja cheese cake tahun ni sedangkan kebiasaannya saya bakar sampai 4-5 biji. Pakat-pakat makanlah ya...
Chocolate cake - Resepi chocolate moist cake saya hilang! So kek yang ni hanyalah resepi ingat-ingat lupa! Hehehehheeheh nasib baik jadi!

RENDANG DAGING.

Rendang daging yang saya masak pagi tadi. Buah tangan untuk di bawa balik kampung. Suspen gak kot2 tak jadi maklumlah dah bertahun tak masak! hehehehheeh Alhamdulillah bila 'food tester' kata OK!

Thursday, September 10, 2009

JUADAH BERBUKA - KUIH RAYA - BALIK KAMPUNG

JUADAH BERBUKA
Minggu pertama puasa saya terikat dengan kesibukan yang tak disengajakan maka agenda masuk dapur langsung tiada. Maid pula memang tak pernah memasak untuk family sebab dah jadi kebiasaan saya yang akan memasak. Jadinya kalau saya tak masak maknanya dapur tak berasap! Makanya pasar ramadhan dan berbuka di luar dah jadi rutin bagi saya sekeluarga minggu tu. Setiap petang lepas office saya dan hubby akan coupling-coupling (ini ayat yang Haziq suka guna kalau saya keluar berdua saja dengan hubby!) ke pasar Ramadhan. Beli 2-3 jenis lauk tapi harganya alahai....mahal amat! Kalau memang sedap pejam mata ajelah tapi bila terkena yang tawar masin pun tak tau nak beza, memang masuk tong sampahlah lauk tu! Masuk minggu kedua, hubby dan anak-anak dah buat muka lemau. Tak adalah mereka complain tapi tetap bercerita yang lauk beli tak sedaplah, makan buffet pun tak best! Saya rasa nak gelak besar! Nak suruh saya masaklah tu! Macamlah saya masak tu sedap sangat! Sejak itu saya pun berperanglah di dapur! Masak apa yang patut sebelum keluar dan petangnya hanya goreng ikan dan sayur. Pernah sekali saya terlambat balik. Sampai umah dah pukul 7 mlm dan baru nak buat ikan sambal belah belakang cencaru. Mujurlah bibik dah tumbuk cili dan bawang, saya cuma nak adunkan saja. Memang berasap satu dapur sebab apinya dah marak tahap maksima! hahahahaa

KUIH RAYA

Minggu ni saya mula buat kuih raya. Dah siap 5 jenis! Hah! itu bab yang best!
Tapi yang nak cerita ni bab tak best!
Entah apa yang tak kena dengan kepala saya tahun ni...biskut raya saya hanya 2 jenis yang menjadi! Bengong betui! Sedangkan ini bukannya 1st time saya buat biskut2 tu......uwak!!!! Rasa nak jerit-jerit saja ni.
BISKUT BUAH PINGGANG - Sedap! yummy.........INI SATU2NYA BISKUT YANG MENJADI.
BISKUT SUNFLOWER COKELAT- Pahit! sebab terlebih coklat kot! Udahlah gitu..warna pun hitam legam! Tak cantik langsung.....
TART NENAS - Badannya superz TAPI inti nenasnya tak rasa apapun! Rasa nenas langsung OUT! Tawar pulak tu! (Intinya saya beli di salah satu kedai yang menjual barangan kuih di Bangi)
BISKUT CORNFLAKE - Keras gila!!!! baling ke dinding pun tak pecah!!!!! Adoi lah.......
BISKUT KRIM - biskutnya berat. Langsung tak rangup! tapi bolehlah nak makan
Kesimpulannya - Saya bukan pakar buat biskut raya! So lupakan niat nak makan biskut sedap2 kalau beraya di rumah saya..

BALIK KAMPUNG
Satu benda yang pasti.... saya dan hubby tak akan berebut balik kampung siapa dulu sebab kampung kami jauhnya hanya berselang 20 minit! Mujurlah>>> hehheheheh
Satu benda yang pasti.... raya tahun ni memang saya jadi tukang masak di rumah mak saya sebab mak dan ayah saya tak sihat. Tapi rendang dan ketupat tetap kena ada! Lauk-pauk tradisi raya wajib disediakan jugak! Sedangkan chef besar (mak saya) tangan kanannya berbalut! Jawapnya chef kecik 3 orang(saya+adik2) akan bergendang di dapur!

NOTE :
JUADAH BERBUKA - Sedap dan berbaloi kalau masak sendiri.
KUIH RAYA - Sedap tak sedap dah buat makan ajelah! hahahahhaa
BALIK KAMPUNG - Kalau ikutkan hati nak baik awal sebab bolehlah berpuasa di kampung dengan mak ayah. Tapi
nampaknya tak dapatlah tahun ni sebab Jumaat hubby kerja dan anak2 masih sekolah. Ehem! Kalau ponteng keje dan
ponteng sekolah boleh tak???????? Haha...
Oh Ya! satu lagi...
Saya sebenarnya terbayangkan kesedapan Nasi Bukhari Pak Ali kat pasar Ramadhan Pejabat Pos Glugur. The Best Nasi Bukhari in Penang!!!!! Ahah! Sapa-sapa yang ada kat Penang tu....cubalah rasa Nasi Bukhari ni.

Thursday, September 3, 2009

ANAK SAUDARA BARU.......

Tahniah untuk novelis Laila Kamilia dengan kelahiran - Baby HANNA
Kelahiran seorang puteri memang dinantikan oleh Laila. Alhamdulillah keinginannya untuk memilik seorang puteri telah tercapai. Comelnya Hanna! Rasa nak cubit2 pipinya! Tak sabar hendak tunggu princess Hanna balik ke Malaysia....Alahai! lambat lagilah 2010!


PS: Gambar ini saya cilok dari blog Laila.....

RON95 vs RON97


Bengong saya sekejap bila sorang budak bangla menahan saya dari mengisi minyak kereta di salah satu stesen minyak Petronas di Bangi. Siap mengewang tangan menahan saya membuka pintu tangki kereta. Suspen saya menengok lagaknya. Saya tunggu dia menghampiri saya dengan dahi berkerut.
"Akak...ini RON97 ...sana punya pam baru RON95" Dia menunjukkan tulisan besar di atas pam minyak.
Hah! seketika saya ternganga. Konfius! RON95? RON97? Ada beza ka? Selalu saya isi minyak apa?
"Kereta ni tak boleh isi RON97 ka?" saya bertanya sambil menarik kad kredit dari slot mesin. Dalam hati dah berbeka. Kalau bangla ni kata tak boleh mau haru saya sebab bayaran telah pun dibuat.
"Boleh..boleh. Tapi kereta semua guna RON95 bagus.." Dia jawab sambil tersengeh. Selamba dia menarik pam dan terus mengisi minyak kereta saya.
Adoi! saya rasa macam nak luku kepala bangla tu! Lagaknya tadi macamlah nak menghalang saya dari tersilap isi minyak! Alih2 dia yang tolong isikan.
"Bagus ka RON95?" saya sengaja bertanya.(Sebenarnya saya pun buta ilmu pasal dua beradik RON tu!)
"Tak dak tau! Bos kata kasi tau semua orang minyak apa mau isi, jangan kasi orang silap isi"
"Kalau silap isi RON97 atau RON95 kereta tak dak jalan ka?" Saya buat-buat bertanya.(Memang saya x tau pun heheheheh)
"Jalan jugak! Semua minyak sama jugak" jawabnya sambil geleng-geleng kepala.
"Kalau macam tu lepas ni saya isi Diesel lah..." kata saya buat-buat bodoh.
"Ayo.yo. Itu tak boleh kak! Itu minyak ini kereta tak jalan punya!" cepat dia menjawap. Wajahnya nampak kalut.Dia menutup pintu tangki minyak kereta dan meletakkan kembali pam ke tempatnya.
Saya rasa nak tergelak melihat mimik mukanya. Kesian pun ada jugak.
"Dah berapa lama keje sini? "
"Baru dua hari keje sini."
Patutlah!!!!!
Saya mengucapkan terima kasih dan membuka pintu kereta.
"Akak..ini kereta jangan isi Diesel tau!"
Saya tergelak mendengar pesanannya.

Tuesday, September 1, 2009

MH 1152.........


Benarlah kata pepatah..pengalaman hidup tidak mampu dibeli dan dinilai dengan wang ringgit. Dan sebagai manusia biasa sesekali kita akan dikejutkan dengan rentetan pengalaman yang tidak dijangka. Samada pengalaman itu pahit atau manis ianya tetap akan menjadi pengajaran dan pedoman untuk kita pada masa hadapan.
Minggu lepas saya terpaksa pulang ke Penang kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Memandangkan janjitemu saya pada hari Jumaat pagi dan saya akan ke Penang sendirian maka saya menempah tiket penerbangan pergi balik. Untuk berlaku adil saya bercadang pulang pada hari Khamis agar dapat berbuka puasa dengan emak saya malam itu dan Jumaatnya selepas urusan kerja saya akan terus ke rumah mertua dan berbuka dengan mereka pula sebelum fly back to KL.
Bagai yang dirancang hubby hantar saya ke KLIA waktu lunch hour sebab fligh saya pukul 4 petang. Kalau mengikut perkiraan saya dijangka akan tiba ke Penang 50 minit kemudian. Memang banyak masa untuk sampai ke rumah mak saya di BP sebelum waktu berbuka. So, planning saya nampak macam sempurnakan? Tapi itu hanyalah perancangan saya.....
Flight saya berlepas mengikut jadual. Semuanya ok. Saya mula excited sementelah pulak sudah hampir dua bulan saya tidak balik ke sana. Penerbangan smooth. Sehinggalah separuh perjalanan bila apa yang OK mula KO!
Hah! penerbangan saya 'dibelai' angin dan 'disapa' awan tebal! Mulanya hanya sedikit golakannya. Saya masih relax. Bukan tak biasa. Rasa macam ok saja. Semakin lama semakin lain pulak lonjakannya. Hati mula bolak balik. Rasa 'pelik' mula menjengah. Melihat keluar tingkap, hanya nampak gumpalan awan. Seketika kemudian.......Uwah! kapalterbang rasa macam dilambung ombak musim tengkujuh! Dah rasa macam dialun dalam buaian!!!!!!! Aduh! sukarnya menggambarkan rasa hati saat itu. Sebagai mana flight terumbang ambing, begitulah rasa jiwa raga saya saat itu! Berbagai perkara pelik mula meracun fikiran. Dalam hati tanpa henti membaca apa saja Surah untuk menenangkan hati. Dari tingkap kapalterbang jelas kami berada dalam litupan awan tebal. Masa tu dah mula teringat mak ayah, hubby dan anak2!!!!!! Kalaulah masa tu hubby di sebelah.... sah saya menangis tak berlagu!!!!!!
Tak lama kemudian juruterbang mengumumkan yang kami akan mendarat sebentar lagi. Hati serta merta lega. Tambah lega bila melihat lautan di bawah saya dan dari kejauhan dah nampak daratan.
Kami mendarat dengan selamat. Syukur alhamdulillah.......
Pramugara mengumumkan ketibaan ke lapangan terbang Pulau Pinang dan bla..bla..bla....Hati benar2 lega. Akhirnya sampai juga ke Penang. Saya mengucap syukur. Mata saya ralit melihat pandangan sepanjang landasan menuju ke terminal utama. Hati berdetik hairan. Nampak lain sangat pemandangan di sepanjang landasan. Ah! Betapa cepatnya perubahan. Sampai di terminal utama dahi saya berkerut seribu bila membaca papan tanda besar berbunyi 'SELAMAT DATANG KE PULAU LANGKAWI, PULAU BEBAS CUKAI'. erk! bila pula papan tanda bertukar ayat????? Saya memandang sekeling. OMG!!! ini bukannya lapangan terbang Pulau Pinang!!!!!!!!!! Saya sure 100% yang saya bukan mendarat di Pulau Pinang!!!! Confirm bukan Penang airport!
Saya di Langkawi????????? Oh my.........
Sebaik sahaja kapalterbang berhenti, semua penumpang mula sibuk menurunkan bagasi dari tempat simpanan diatas dan beratur untuk turun. Saya tahu mereka pasti fikir kami di Pulau Pinang. ( Bukankah tadi pramugara mengumumkan kami di Penang!) Masa ni belum ada apa2 pengumuman dan semua penumpang mula beratur untuk keluar.
Saya terus duduk ditempat saya dan mematikan flight mode handphone saya. Hubby wajib tahu dimana saya berada sekarang! Saya sms hubby dan beritahu keadaan saya. Saya sms adik saya di Penang untuk memaklumkan apa yang terjadi.
Apa respond mereka?
Adik saya gelak2. Dia siap pesan belikan dia sebakul chocolate dan setong pinggan corelle! Dia ingat saya bergurau dan sengaja buat lawak saya di Langkawi!!!!!
Hubby pulak take it serius sebab dia tahu saya tak akan bergurau perkara macam ni! Saya pulak bila dengar suara hubby mulalah nak meleleh.uwak!uwak!
Kesimpulan apa yang terjadi... kapalterbang saya terpaksa dilencongkan ke P. Langkawi kerana cuaca yang amat buruk di Penang. Dan saya terdampar di Langkawi sementara menanti cuaca selamat untuk terbang ke Penang! Saya mula membayangkan kalau cuaca terus buruk dan kapalterbang tak dapat fly. Tersadai di airport???????? Saya gerun sendiri.....
Jadual asal saya sepatutnya mendarat di Penang 4.50 petang. Tahu pukul berapa saya sampai malam tu? 8.30 malam!!!!!!
Rancangan asal berbuka di rumah mak hanya tinggal rancangan......memang tak ada rezeki saya.
Malam tu saya makan sendirian di Kenny Roger Penang airport. Tak sedap langsung!!!!!!!
Jiwa bergolak........hati terasa tanpa dirancang. Kita merancang. Allah yang menentukan.
Saya percaya. Apa yang tersurat. Pasti ada yang tersirat.......

ALAF21

ALAF21