Thursday, June 25, 2009

PESTA BUKU ALAF21.....

Pesta buku ini akan berlangsung dari 26-28 June 2009 di premis Alaf21,Shah Alam.
Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan novel idaman hati dengan discount hebat, jangan lepaskan peluang ini.
Jom kita singgah ramai-ramai....Membelek novel sambil ngeteh-ngeteh!(memetik kata Pokcik Mersik)
Insyaallah saya juga akan singgah pada hari Ahad nanti.

AWARD DARI AZRIN

Saya dapat award dari Azrin!
Maaf ya Azrin lewat mengambilnya.....

Syarat penerimaan blog ini adalah:
Postkan gambar anugerah di blog - Tugasan beres!
Sebutkan siapa pemberi anugerah ini dan sertakan pautan pemberi anugerah ini - http://azrusti12.blogspot.com
Beri anugerah ini kepada 5 orang sahabat:
- Dhiya Zafira
- Intan Mgm
- Nur Alya
- Nazurah Aisyah
- Hani Fazuha

Kunjungi blognya dan beritahu ada anugerah untuknya - ini semua blog wajib saya lawat.
Lakukan perkara yang sama- (penerima anugerah)

TO AZRIN,
Terima Kasih hadiahkan award dibawah ini untuk kak eka.

Wednesday, June 24, 2009

VERTIGO - PLEASE GO AWAY!

WHAT IS VERTIGO?
Vertigo is a specific type of dizziness, a major symptom of a balance disorder. It is the sensation of spinning or swaying while the body is actually stationary with respect to the surroundings.The effects of vertigo may be slight. It can cause nausea and vomiting and, in severe cases, it may give rise to difficulties with standing and walking.Vertigo is usually associated with a problem in the inner ear balance.
Vertigo is the feeling that you or your environment is moving or spinning. It differs from dizziness in that vertigo describes an illusion of movement.


Minggu ni memang saya sibuk sangat. Ada beberapa benda yang perlu diuruskan. Tambah pula Sara akan kembali ke kampus Sabtu ni. Menguruskan hal dia saja sudah buat saya macam lipas kudung. Dan benarlah kata orang2 tua, masa kita sibuklah segala benda nak datang menimpa.
Selepas 5 tahun terselamat dari serangan VERTIGO, masa tengah kalut ni lah sakit ni nak datang berjumpa saya! Malam tu saya tidur agak lewat. Kononnya nak menilik kembali Mss yang dah berhabuk. Seronok membaca tak sedar dah lewat pagi. Sejam kemudian saya terjaga dan kepala rasa berdenyut2. Badan pula mula berpeluh sejuk. Dalam hati saya dah tahu apa yang akan terjadi bila mata mula berpinar dan dunia mula menari2 di depan mata! Saya kena Vertigo!!!! Dan saat itu bermulah episod saya jadi 'org buta' bila terpaksa dipimpin bila berjalan. SEBAB tak boleh buka mata!
Adoi! macamana nak buka mata kalau bila buka aje mata dunia berputar ligat. Tunggang langgang! Kepada sesiapa yang pernah terkena Vertigo attack sahaja yang faham bagaimana peritnya! Seorang teman yang menelefon sempat mengusik, nampak dunia tengah bertawaf ke? Hah! sempat lagi dia refresh saya pasal ESQ!
2 hari saya jadi budak baik. Duduk rumah saja!!!!
Hari ni baru saya berani memandu. Itu pun masih separuh mabuk! Dan apa terjadi bila orang separuh pening memandu? Sah! angin tak betul dan asyik nak marah!
Hah! hari ini saya buat record! Saya marah orang! Dan kalau orang macam saya boleh marahkan orang maknanya.... samada saya overdose makan ubat atau pihak yang buat saya marah tu buat keje tak guna ??????
Tolonglah! kalau hang pa mai kgeja dok melangut ramai2 sambil gebang sakan. Orang nak lain hangpa buat lain, baik hangpa balik Kedah tanam padi!! Yang saya hot sangat tu, esok nak kena melangut kat situ lagi sedangkan urusan tu patutnya dah selesai hari ni!!!!!! Arg! betul-betul buang masa!!!!
Sabar! Sabar!......saya cuba sabarkan hati. Semoga besok, saya dapat memaniskan muka dan lebih bertolerasi. AMIN. Esok saya akan melangklah masuk ke MC tu dengan 'ZERO MIND'. Bolehkah?
Tetapi bagaimana kalau esok service yang diberikan sama macam hari ini?
Ah! jangan berprasangka......kita tunggu esok!

Tuesday, June 23, 2009

JAWAB TAG AZRIN

TAGNYA ADALAH : Curahkan segala isi kandung beg tangan atau dompet anda.

Masa baca permintaan Azrin ni saya menggeleng berkali. Adoi! harap-harap tak adalah yang terkejut tengok isi handbeg saya ya hahahhahahahaha
Dan pada seorang teman yang selalu bertanya kenapa saya suka bawak handbeg gedebak, hehheheheh inilah jawapannya.

Inilah benda wajib yang mesti ada dalam handbeg bila saya keluar rumah.
Dompet gemuk yang ada segala mak nenek kad!
Dompet comel GL untuk duit siling.
Kacamata hitam - benda wajib bila memandu.
kad holder album- saya pengumpul tega segala jenis kad membership! Kalau nak isi dlm wallet mmg tak muat!!!!
Dua handphone kesayangan - HTC dan W910i
Maxis broadband - saya tak kisah menunggu berjam pun kalau ada laptop dan intenet.
Garmin GPS - Saya tak akan berani ke mana-mana tanpa gajet ini kerana saya memang 'zero' kalau bab arah jalan2 di KL. Ada seorang teman mengelar GPS saya 'perempuan simpanan' sebab asyik bising memberi arahan!!!!!! Oh ya! GPS saya namanya JILL hehheheeeh
celak mata, pen, buku nota, bekas tisu lovely lace, lipstick, kunci rumah dan beg kecil berisi panadol.
Yang tertinggal - camera digital.(Sebab nak ambil gambar ni!)
Nampak macam sikit kan? Tapi kalau seharian keluar dengan menggalas beg dengan segala benda ni - memang sengal bahu!

Orang yang saya nak tag adalah:
Laila Kamilia
Dhiya Zafira
Hezzy Azra
Lynn Dayana
Meen Zulaikha

Monday, June 22, 2009

MY BABAH = MY HERO

Happy Father's day untuk semua yang bergelar bapa.......
Sejujurnya tiada niat untuk mendewakan budaya barat. Sekadar ingatan agar tarikh itu sinonim dengan lelaki yang bergelar babah, bapa, ayah, Abi, daddy atau apa saja panggilan untuk insan yang kita sayang.
Dan bagi saya secara peribadi...father's day is everyday!


Hadiah anak2 untuk hubby, BLU-RAY DISC filem WALL.E
Oh Ya! Dvd CONFESSIONS OF THE SHOPAHOLIC tu untuk saya ya! hahahahhaa

Friday, June 19, 2009

HADIAH UNTUK AIN....

Nur Ain adalah peminat novel dari Sabah. Baru-baru ini dia memesan novel JAWAPAN YANG PASTI melalui online.
Dan merupakan peminat novel pertama yang masuk ke 'Rak Novel Eka Fahara' dan pesan terus dari saya.
Demi menghargai sokongannya dan sebagai hadiah kerana menjadi orang pertama memesan online maka saya mengirimkan novel pesanannya bersama hadiah istimewa iaitu sehelai selendang merah jingga.
Kenapa saya memilih selendang warna itu?
Hahahahahhaa Siapa nak teka?


Untuk Nur Ain :
Terima Kasih kerana sudi membaca novel Kak Eka. Akak amat menghargainya. Besar harapan kak Eka, Ain sukakannya. Belajar rajin-rajin, jaga diri dan semoga satu hari nanti kita dapat bersua wajah...muahhhhhh!

Tuesday, June 16, 2009

PERTEMUAN NOVELIS ALAF21 2009

Gamat dan Havoc! Itu ayat terbaik bila hampir semua novelis alaf21 berkumpul di hotel De Palma, Shah Alam minggu lepas.
Apa yang terjadi? Adoi.....bercerita bagai nak rak! Bertanya khabar sampai sakit tekak!
Yang bestnya...geng novelis lelaki, sopan santun dan tertib!!!! Agaknya dia orang terkejut kot sebab majlis di monopoli oleh kaum Hawa! hehehheheheehe
Untuk semua yang hazir....kenangan di majlis itu memang manis dan bermakna.
Semoga ada pertemuan sebegitu lagi di lain kali.Sri Diah,Norzailina Nordin,Lynn Dayana,Lily Suriani,Anis Ayuni dan Bikash
Rozita,Richie,Rose Harissa,Lily Haslina,Lily Suriani dan Dhiya Zafira.

Saya bersama novelis tersohor Aisya Sofea.
Bikash,Shanika,Aida Andriani,Ayu Emelda,Meen Zulaikha,Aleya Anessa dan Hasreeyati,
Saya bersama novelis tersohor Sri Diah

Wednesday, June 10, 2009

JAWAPAN YANG PASTI-IN THE HOUSE!

Alhamdulillah...
Inilah novel terbaru dari saya.....
Kepada peminat novel, sudilah menatap buah tangan terbaru saya ini ya...
Jutaan terima kasih pada seluruh warga kerja Alaf21.....
Seribu penghargaan juga buat keluarga dan teman2 yang sentiasa menyokong tanpa jemu....

Bookmark dan buku nota kecil ini adalah percuma untuk yang memesan terus dari saya melalui 'online' sebagai cenderahati istimewa..

Monday, June 8, 2009

ESQ 165 - PICC Putrajaya

Terima kasih Karangkraf dan Alaf21 kerana memberi saya peluang menjadi keluarga ESQ165- Angkatan 34.

Hezzy Azra, Lily Suriani, Hani Fazuha dan Meen Zulaikha yang bersama saya selama 3 hari menghadiri ESQ165 Training.

(Surah As-Syam)
Demi matahari
Dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi malam
Apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah..Subhanallah
Allah...Subhanallah

Allah mengilhamkan
Sukma kefasikan dan ketakwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya
Allah..Subhanallah
Allah...Subhanallah

SORAKAN ESQPAGI!!!!!!!!!!!!!
Ksatria ESQ ... go go go!!
Ksatria ESQ ... fight fight fight!!
Ksatria ESQ ... win win win!!
Kstria ESQ ... 165!!
ESQ ... YES!!
MALAYSIA ...BOLEH!!!!!!!
MALAYSIA ...BOLEH!!!!!!

LAGU JALUR GEMILANG MEMECAH BENTENG 'JIWA'!
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang… di bawah naunganMU YA ALlah
Jalur gemilang… kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang… megah kami terasa
Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang

Tuesday, June 2, 2009

JAWAPAN CHAT-BOX...

Saya balik ke Penang selama 4 hari. Dan bila balik ke sini dan buka blog. Rupanya ramai yang meninggalkan pesan di chat-box! So sorry, chat-box saya bersawang kerana tuannya bercuti. Hendak saya balas di chat box dah berjela-jela panjangnya dan pasti ada yang akan terlepas jawapan maka saya tulis N3 ini khas untuk mereka yang meninggallkan jejak di chat box saya....

ISTIMEWA UNTUK NAMA2 DI BAWAH INI...BUNGA MAWAR DAN UCAPAN DI ATAS TU KHAS UNTUK ANDA SEMUA..muahhhhhh!
Ain, Kak Zie, Dairi-Alya, Mummy Hanan,Nik, Fatin Nabila,Umi Azrini, Azrin,Shafini, Azie Amien,Kak Norz,Dea Sara,Lily Suriani, KaknOOr,Rania, Laila dan juga sesiapa yang saya terlepas nama.....

TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN JEJAK DI CHAT-BOX....
SAYA AMAT MENGHARGAINYA....
SAYA AKAN PERSONALY MENJAWAB PESANAN ANDA DI BLOG MASING-MASING NANTI....(kepada yang ada blog) .YANG TIADA BLOG - SAYA AKAN JAWAP DI CHAT BOX NANTI....
RIBUAN TERIMA KASIH ATAS UCAPAN TAHNIAH DENGAN KEMUNCULAN NOVEL BARU SAYA. SAYA AMAT BERBESAR HATI,MENGHARGAI DAN TERHARU DENGAN SEGALA SOKONGAN ANDA SEMUA....SEMOGA IKATAN PERSAUDARAAN KITA AKAN BERPANJANGAN SELAMANYA.....

ALAF21

ALAF21