Friday, February 27, 2009

CUCU BARU....AHLI KELUARGA BARU.

Tanggal 24Feb 2009, saya dan hubby mendapat seorang lagi cucu saudara.
MUHAMAD RIEZQY lahir tepat jam 8.38malam selepas 3 tahun papa dan mummynya menanti.
COMEL,GEBU DAN PUTIH MELEPAK!

TAHNIAH KEPADA RAZIF DAN ILA- WELCOME TO PARENTING WORLD...

Thursday, February 26, 2009

Jawab Tag Bikash...

1. You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved ones.
2. It doesn’t have to be in order.. as long as you love the movies, it will be fine.




3. You have to tag another 5 person to answer this tag.
Lynn Dayana, Laila Kamilia, Rania Firdaus,Iris Ixora,Dhiya Zafira...

Tuesday, February 24, 2009

MAWAR MERAH MEKAR DI HATI...


Saya suka mawar merah....Dulu-dulu payah benar nak tanam pokok ni. Ada saja halangan. Makan dek ulatlah dan bertuah sangatlah kalau berbunga lebat.
Lately ni menjadilah pulak! Asyik berbunga tanpa henti.....

Wednesday, February 18, 2009

Pening lalat....


Hendak bersuara.. kita terikat!
Kalau berdiam.. sakit menyengat

Kadangkala.. kebaikan disalah erti!
Kalau pergi ada yang menyendiri

kadangkala kemahuan diri dianaktiri!
Kalau meminta dikata besar diri

Wajarkah berdiam...
Wajarkah terus berbaik hati...
Patutkah bertegas kalau memakan diri?

Kesabaran itu ada batasnya
Kekecewaan itu biarlah berpada
Merajuk pada yang sudi....
Memberi pada yang menanti!

Hitam putih kehidupan
Merah darah hati
Adakah yang terasa?

Saturday, February 14, 2009

FIKIR-FIKIRLAH...

Mungkinkah mentari terbit lagi?
mungkinkah hujan membasahi bumi?
Mungkinkah ada rahsia di hati?
Mungkinkah keinginan sukar di penuhi?
Hanya DIA menjadi saksi.......





Kecewa satu garisan....
Kesabaran di tebing aur..
Di antara kecewa dan kesabaran...
Wajarkah kesedaran terus berdiri?

Monday, February 9, 2009

JOM TRY....

MEE MAMAK EDGECOMBE ROAD.
Bertahun dahulu (10-20th dulu) famous mee Edgecombe Road ini beroperasi dari bawah rumah papan. Sekarang sudah berpindah lokasi di hadapan jalan Padang Kota selepas tapak rumah itu diambil untuk pembangunan baru. Sejujurnya...kesedapannya agak berkurangan jika dibandingkan dahulu.Mee goreng yang dicampur sotong dan kelempong(paru) antara yang famous.

SERABAI DENGAN KUAH MANIS.
Famous dan sedap. Gerainya terletak di Astaka Taman Sardon pada waktu sarapan pagi. Anda mempunyai pilihan untuk mencuba serabai gula merah atau serabai gula putih. (Saya suka yang gula putih)

SATAY REBUS PADANG BROWN(Kalau di Penang di sebut PADANG BROM)
Gerai MAJID CHELOR-CHELOR ini beroperasi sejak 15-20 tahun dahulu.Masih beroperasi sampai sekarang dan mungkin ini satu-satunya satay celup di Pulau Pinang.Memang berbaloi untuk dicuba.....

Terletak bersebelah dengan Balai Polis Datuk Keramat dan gerai mula dibuka pada sebelah petang hingga larut malam.

DULU DAN SEKARANG.....

KISAH 1 :
Wan Mohamad Arfan..anak saudara bongsu saya (sampai hari inilah!) dah tak montel. Seketika dulu saya ada menulis tentang Arfan yang lahir dengan berat hampir 5kg. Dia yang baru berusia 4 hari waktu tu dah nampak montel sebesar budak 3 bulan! Tapi baru-baru ini, Arfan dah kurus dan tak montel macam dulu....Kata adik saya mungkin sebab dah makin nakal dan lasak. Yang masih sama hanyalah jeritannya yang macam nak keluar tekak kalau hendak menyusu!
Arfan semasa berusia 4 hari.
Arfan sekarang....banyak bezanyakan!
KISAH 2:
Besarkan laman rumah di kampung kerana bila dah semua adik beradik balik serentak laman yang besar pun jadi kecil! Yang akan jadi korbannya adalah pokok 'Pinang Raja Merah' yang emak tanam hampir 10 tahun sudah. Mak menahan nafas. Saya tau dia sayang amat pokok tu!Mujurlah ayah bagi cadangan sewa traktor utk.korek pokok tu dan tanam balik ditempat lain. Baru muka mak jernih! Misinya perlukan kerjasama semua menantu( adik beradik saya semua perempuan). Makanya...hubby kami yang dah lama tak pegang cangkul dan korek batu dikerah buat kerja.hehehehe

Memulakan proses mengubah mengorek akar pokok untuk dipindahkan.
Kalau tak ada traktor ni pasti pokok Pinang tu terpaksa dikorbankan!
Proses menanam kembali dengan 2 orang mandur mengawasi!
Menantu yang bermandi peluh bersama bapa mertua.Seorang lagi tiada dalam gambar kerana diarah membeli teh ais!

KISAH 3:
Nak makan nasi kandar Line Clear.
Nama saja saya ni dilahir dan dibesarkan di Pulau Pinang tapi baru2 ni saja saya berpeluang makan nasi kandar yang kononnya paling sedap di Pulau Pinang iaitu NASI KANDAR LINE CLEAR. Sebenarnya dah berpuluh tahun gerai tu berniaga di lorong sempit tu tapi tak adalah pulak saya beria nak mencuba. Sementelah pulak saya bukanlah peminat nasi kandaq sangat. Cuma sejak kebelakangan ni bila banyak sangat cerita yang saya dengar tentang nasi kandaq ni maka saya ajak hubby pergi.Dan dengan senang hatinya ingin saya katakan...BEST! MEMANG SEDAP! TAK PERCAYA..CUBA SENDIRI.
.
SEBELUM MAKAN....
SELEPAS MAKAN. KALAU TAK SEDAP SAJALAH SAMPAI LICIN PINGGAN!

Thursday, February 5, 2009

KERESAHAN DAN KEHILANGAN.....

Ramai yang bertanya kenapa saya tidak update N3. Sesungguhnya saya tidak berapa ada mood untuk beberapa hari ini. Terlalu banyak kejutan dan kejadian di luar jangkaan yang yang berlaku di sekeliling saya.
Saya bercuti panjang balik kampung sempena cuti hariraya cina.Dah lama tidak berpeluang duduk lama di sana,memang happy sangat. Semua tempat yang saya nak pergi dan makan sempat saya jejak. Hinggakan rancangan hendak pulang awal teranjak sehari. Sampai sini hari Khamis, baru rasa letih yang amat sangat.Maklumlah balik kampung ligat tak hengat dunia!Jumaat tu satu family flat....
Sabtu... saya ada kunjungan tetamu dan keluar sebentar sebelah petang.Hampir waktu maghrib baru sampai dirumah. Seharian sibuk maka saya sengaja siapkan makan malam agak awal. Fikir saya, lepas maghrib dah boleh bersantai depan Tv dengan family.Elok lepas makan,hubby keluar ke kedai depan rumah nak beli roti. Selalunya saya mengekor tapi hari tu tidak sebab saya sedang berYM dengan seseorang. Elok saya log off YM saya terima panggilan dari adik bongsu saya.Suaranya kuat dan kalut. TOK MENINGGAL!Saya terpana.Terkejut sangat-sangat.Terkelu tak terkata apa.Memang saya tak percaya. Blur.Saya tanya dia balik..Tok mana? Adik saya kata..Tok mana lagi yang kita ada. Masa tu perasaan saya dah tak ada riak. Kosong. Tok Zaharah, satu-satunya Tok yang saya ada!
Saya call mak di kampung.Tak ada yang jawab.Hp ayah pun tidak ada respon.Masa tu baru saya mula gabra. Baru rasa sedih dan sebak. Dua hari sudah Tok sihat-sihat sahaja.Sempat lagi bergurau senda dan bercakar dengan anak dan cucu cicitnya macam selalu.Saya betul-betul tidak percaya bila ibu saudara saya mengesahkan yang Tok memang DAH TAK ADA.Baru sepuluh minit dia pergi buat selamanya....
Aduh!payah hendak menggambarkan gelora rasa hati saya masa itu.Saya cuba untuk tidak menangis.Tapi tidak mampu bila melihat airmata anak sulung saya.Inilah rupanya rasa 'sakit' kehilangan. Saya arah anak2 bersiap apa yang patut.
Saya call semua keluarga terdekat di KL....makcik Ana tergagap sebak.Mak Uda dan Mak Lang terus terdiam.Saya tahu mereka sebak dan terkejut.Semua tanya bila saya nak bertolak balik Pg?Saya tak tahu lagi sebab masa tu hubby belum tahu berita ini....
Mendengar bunyi enjin kereta masuk pagar,saya berlari turun ke bawah.Nampak saja muka hubby saya cakap Tok dah tak ada.Hah!dia terkejut.Nampak sangat dia terkejut.Mana tak terkejut,bukankah dua hari sudah masa kami di Kg. tok sihat sahaja. Bila?Baru 15minit.saya jawab. So?tanya hubby. dia macam confuse.Kita balik!Saya buat keputusan walaupun dalam hati kesiankan hubby yang belum pun hilang letih terpaksa memandu beratus batu sekali lagi untuk pulang.Siaplah....kita balik malam ni.Hubby bagi kata putus.
9.00 malam kami bertolak dari Bangi. 3.00 pagi kami sampai Penang......
Sanak saudara dan anak cucu sedang 'berjaga'tika kami sampai. Wajah Tok putih bersih dan seperti sedang tersenyum tika saya menyelak tudung putih yang menutupi wajahnya. Saya menahan diri untuk tidak menangis. Saya tidak mahu meratapi kehilangannya. Saya Redha. Tok telah kembali padaNYA.
Masih terasa hangat pelukan Tok kali terakhir saya berjumpanya. Baru saya perasaan kehangatan pelukan itu berlainan eratnya kerana dia menggoncang tubuh saya sambil berkata.."alahai cucu Tok balik,cucu Tok balik tengok Tok"katanya sambil mengucup pipi saya bertalu-talu. Masa tu walaupun agak hairan dengan kelainan sikapnya tapi saya tidak ambil kisah. Tetapi hari ini bila dia telah TIADA barulah saya sedar itulah pelukan terakhirnya untuk saya!
1 Feb 09 tepat jam 9.00 pagi,jenazah Tok dimandikan.Saya dan anak2 saya bersama semua anak cucu cicitnya memandikan Tok buat kali terakhir. Ampun..saat itu memang saya tidak dapat lagi mengawal diri. Airmata saya mengalir dan terus mengalir tanpa henti.Baru terasa Tok akan meninggalkan saya buat selamanya. Dan ketika saya menaip ini,airmata saya langsung tidak mahu berhenti mengalir.I miss her so so much.......
Tok pergi meninggallkan 2 orang anak perempuan, 10 orang cucu, 22 orang cicit dan seorang adik lelaki ( TokChik saya ).
Emak saya adalah anak perempuan bongsunya.
Impak kehilangan Tok memberi kesan yang mendalam pada orang2 yang dekat dengannya kerana suami Tok(Tok abah) meninggal ketika kami semua masih diusia awal remaja. Dan sejak TokAbah pergi, Toklah tempat semua anak cucu cicitnya bermanja.
20 tahun yang lalu ketika saya melangsungkan perkahwinan. Tok menghadiahkan saya sepasang gelang emas yang berukir cantik.Pesannya...jaga barang kemas peninggalan nenek moyang kita ini kerana kalau kau jual, takkan dapat dah gelang yang berukir macam ni. Hari ini sepasang gelang itu masih ada dalam simpanan saya. Akan saya pegang pesanan Tok hingga ke akhir hayat......
Pemergian Tok banyak memberi iktibar,keinsafan dan kesedaran pada kami....Terlalu banyak kenangan dan cerita bersamanya dan hanya Allah yang mengetahui segalanya.
Al Fatihah untuk Zaharah bt. Ibrahim.
Semoga Rohnya dicucuri rahmat.

ALAF21

ALAF21