Monday, July 23, 2007

To All My Friends......



Happiness keeps you sweet,
Trials keep you strong,
Sorrows keep you human,
Failures keep you humble,
Success keeps you glowing,
But only ALLAH keeps you going!

Happiness is NOT something you find, it's something you CREATE.
Nothing in this world is IMPOSIBBLE...coz the word IMPOSIBBLE itself says I M POSIBBLE.
Keep smiling always.
Believe in doing ordinary things in an extraordinary manner.
Working hard is not enough, one has to keep on sharpening one's skills.
A true friend is someone who reaches for your hand and touches your HEART.

Good friends care for each other, close friends understand each other and TRUE friends stay forever...
Beyond words...Beyond distance.

TO ALL MY FRIENDS.....YOU ARE ALWAYS IN MY HEART.

Teringin makan.....


Dimata dah terbayang koay teow kerang. Mulut pula dah terliurkan sup tulang dan otak-otak. Dalam kepala dah terfikir-fikir mana nak makan dulu ni.....
Sup tulang kat seksyen 20, Shah Alam tu memang sedap. Tambah enak kalau dimakan dengan ikan talang masin. Rasa macam masakan mak dikampung. Ah! memang habis nasi sepinggan. Saya ni bukannya suka sangat makan otak-otak tapi otak-otak kat restoran ni saya suka sebab rasa ikannya lebih daripada rasa tepung.....
Kredit untuk Nomi yang rekomenkan 'Restoran Koay Teow Kerang Lenggung' ni. Memang berbaloi. Saya tengah menghitung hari untuk singgah disitu lagi. Insyaallah dalam masa terdekat.....
Nampaknya terbabas lagilah plan diet yang dirancang...

Wednesday, July 18, 2007

'My Baby'


This is my baby.
Inilah bingkisan novel terbaru saya dengan alaf21.

Ribuan terima kasih pada Ruby yang mengah mengedit BJ.
Tidak lupa pada Mazuen yang turut bersusah payah.
Seluruh warga kerja alaf21 - terima kasih.
Pada semua pencinta novel......Inilah BELAIAN JIWA.

Tuesday, July 17, 2007

Plaza Angsana JB


Lega dan gembira ,akhirnya BELAIAN JIWA(BJ) berada didepan mata. Plaza Angsana JB, persinggahan pertama BJ bertemu pengemar novel. Aisya Sofea, Aleeya Aneesa, Lily Haslina dan Ramlee Awang Mushid juga berada disitu bertemu peminat.

Coretan : - Highway depan Restoran Singgah Selalu akan terpahat sebagai kenangan. Ada gadis brutal yang berjaya melintas
laluan sibuk itu. Saya dan yang lain ternganga tidak percaya di tepi jalan. 'Dia' diseberang jalan selamba aje tersengeh.
Bila melihat kami berpatah balik kerana tidak sanggup menempuh laluan tu, selamba dia melintas kembali.
"Jangan buat macam ni selalu dik..awak tu belum kahwin" usik saya pada DIA. DIA hanya tersengeh, saya dan kak Aisya hanya mampu menggeleng.
- Kemunculan peminat setia Kak Aisya dengan kisahnya membuat saya dan Lily tertunduk sebak. Betapa banyak
kebetulan dalam dunia ini. Siapa sangka sebuah novel mampu memberi impak besar dalam kehidupan seseorang.
" Sabar kak eka jangan nangis.." kata Lily. Saya mengangguk dan menoleh padanya. Dia tersengeh tapi matanya juga
berair.!!!! Kau memang lawak Lily.......

Belaian Jiwa...


Ku tak jemu menanti
mentari turun beradu
tujuh hari seminggu
asal kau disisi ku...


Puas mengelak, penat juga melarikan diri tapi garisan takdir yang terlukis tetap menyatukan kami.
' Princess Cut Diamond Solitaire' pengikat dua jiwa.

Wednesday, July 11, 2007

RENJIS-RENJIS DIPILIS....



Sirih bermadah pinang berhelah,
adat kelmarin dibelahi rapi,
merisik sudah, bertunang pun sudah,
07-07-07 menyatukan dua hati.
Selamat pengantin baru untuk anak saudara yang dikasihi ILI HAZWANI dan pasangannya KHAIRUL WARDI.

CORETAN : -Saya dan keluarga pulang ke Penang sehari sebelum majlis. Keesokan paginya baru kami bertolak ke Alor Setar dimana majlis berlangsung.
- Saya terharu dan sebak sebaik sahaja Ili sah bergelar isteri. Tambah terharu bila Wardi membacakan sendiri 'doa selamat' sebaik sahaja akad nikah selesai. Air mataku menitis bila melihat Ili menangis bila memeluk babahnya.( abang iparku)
- Tone warna pakaian untuk keluarga terdekat adalah merah/pink atau grey.
- Majlis meriah, buffetnya sedap terutama laksa kedah dan kerabu kacang botol. Teh tariknya terangkat, bingka ubikayu memang menjilat jari.
- Hubby sibuk dengan videocamnya sampai terpinga-pinga bila namanya disebut berkali-kali oleh Dj yang bertugas. Rupanya, ada orang tujukan 'ucapan dan lagu' untuknya. Credit to Sara and Diyana.
- Haziq 'raya' sakan bila berjumpa dengan 'gengnya'.
- Saya meninggalkan majlis sekitar 4.00 petang kerana terpaksa menghantar Sara pulang ke MRSM.

Alhamdulillah, majlis selamat berlangsung.
Abang dan kak Jie nampak lega. Tugas mereka sebagai ibubapa telah terlaksana.
Wajah Ili terpancar kebahagiaan. Wajah Wardi berseri-seri. Akhirnya, mereka saling memiliki.
Doa kami seisi keluarga......Semoga Ili dan Wardi bahagia ke anak cucu.

ALAF21

ALAF21