Wednesday, April 29, 2009

AEDES - PLEASE GO AWAY.....


Bila ujian darah mengesahkan anak bujang saya, Haziq dijangkiti demam Denggi, saya bercempera!
Hati saya mula libang libu. Serba tak kena, susah hati Tuhan saja yang tahu. Bila doktor di KPJ Kajang bagitau yang Denggi tak ada ubat, saya rasa nak menangis masa tu jugak!
Berbotol 100plus saya paksa dia minum. Bermangkuk sup ketam saya paksa dia hirup....sampaikan dia merungut-rungut kerana muak! Saya layan dia macam putera raja. Sementelah pula dia jenis manja walaupun dah besar panjang...Sedih hati saya bila dia merungut lenguh badan dan sakit sendi....Seminggu dia demam. Seminggu saya tak tidur malam. Sekejap-sekejap bangun untuk memeriksa panas badannya. Susah hati saya selagi demamnya tak kebah. Kita yang menjaga pun dah rasa sakit sama. Penat dan letih usah cakaplah....
Mujurlah Platelet darahnya masih ditahap normal. Tetapi Doktor perlu membuat blood test setiap hari untuk memastikan platelet darahnya tidak menurun.Saya pula jenis yang fobia jarum. Memikirkan yang tangan haziq akan dicucuk setiap hari,saya penasaran!Saya gerun sendiri! Selebihnya saya kesiankan dia! Tetapi anak bujang saya tu kuat orangnya. Dia suruh saya menjauh masa nurse nak ambil darahnya....dia memang tahu saya takut tengok darah!
Hari Ahad, badannya mula dipenuhi bintik merah, saya makin kalut. Masa dia tidur, saya menangis sorang-sorang sambil membelek tubuhnya. Cuma yang buat saya lega kerana demamnya sudah surut.....Dan itu satu petanda yang baik.
Semalam Haziq sudah mula menyakat kakak-kakaknya. Bila hubby balik pejabat dan mendengar gelak besar Haziq di tingkat atas, spontan hubby memberi komen,'Dah sihatlah tu!'.Mana tidaknya, seminggu Haziq terbaring dan lembik. Badannya lemah. Nak makan pun kena dipaksa. Rumah jadi sunyi bila tidak mendengar loyar buruknya......
Hari ini saya bawa dia untuk follow-up. Bintik merah di badan dan lepuh kebiruan di lengan telah hilang. Menurut kata doktor, dia telah melepasi tahap demam denggi. Syukur, alhamdulillah....
TETAPI....
Pagi tadi Maid saya pula demam dan mengadu sakit sendi. Masa bawa Haziq untuk check up, saya bawa sekali dia berjumpa doktor...
Aduh! Maid saya pula disyaki dijangkiti Denggi. Uwah!uwah!uwah!
Saya semakin penat!!!!!!!

Saturday, April 25, 2009

PESTA BUKU PWTC


Sudah seminggu pesta buku berlalu. Hujung minggu ini adalah 2 hari terakhir....
Esok saya akan menjengah ke sana. Bertemu teman-teman penulis yang lain....Bertanya khabar dan bertukar cerita. Siap berjanji untuk sama-sama merewang dan memborong!
So sapa yang belum sampai jangan lepaskan peluang untuk singgah ke BF yang datangnya hanya sekali setahun.
Jom ramai-ramai ke Pesta Buku...

Wednesday, April 22, 2009

TEST DRIVE - EXORA

Cadangnya nak pergi tengok saja. Sekali sales person tu pelawa test drive. Hubby cepat mengangguk. Saya pun mengekorlah...
Sempat lagi singgah isi minyak. Itu yang sempat snap gambar ini.
Prestasi EXORA? Berbaloilah kalau dibandingkan dengan harganya!

Tuesday, April 21, 2009

Belajar Masak...

Saya suka masak. Tetapi tak pandai masak. So saya pergilah kelas masak heheheheheh

KUIH PAU

MURTABAK MINI

ROTI CANAI

DEMONTRASI TEBAR TEPUNG ROTI CANAI.
YANG MELUCUKAN BILA TEPUNG BERTEBARAN JATUH KE LANTAI....hahaahahaa
POPIA GORENGDONUT

Friday, April 17, 2009

JANJI YANG PASTI....

Pepatah berkata manusia berpegang pada janji...
Relevan lagikah pepatah itu di zaman ICT yang manusianya makin banyak lidah tak bertulang?
Bayangkan kalau janji itu diucap di depan ramai dengan bersunguh-sungguh. Kalau lawan kalah ahli pidato sedunia!
Dan bila saat menunaikan janji...
SEMUA DIAM!
SEMUA SENYAP!
MENGHILANG DAN LANGSUNG TAK DENGAR BERITA! Fikir-fikirkanlah.......
Pada saya pepatah KERANA MULUT BADAN BINASA relevan di sini!
Bila terkena baru terngadah..
Mudah berjanji patutnya mudah juga menunaikannya.....payah sangatkah?
JANJI YANG PASTI - Sesuatu yang manis!


Mawar merah di bawah percikan api. PANAS. Tapi tidak terbakar! Tak masuk akalkan?
Persoalannya - adakah segala benda yang terbakar akan hangus?hemmmmmmmm
Mungkinkah - Nampak terbakar TAPI.........sejuk di dalam.

Tuesday, April 7, 2009

Saya Anak Malaysia....

Kalaulah saya boleh menjadi setabah dan segigih NEGARAWAN MALAYSIA dalam menongkah cabaran dan dugaan....


P/s: Potret Negarawan Malaysia yang digantung di ruang legar PWTC.

Wednesday, April 1, 2009

BERTAUBATLAH....


Hari ini...
Aku marah sangat-sangat pada MEREKA...
Aku benci sungguh-sungguh....
Aku maki MEREKA sesuka hati....
Aku sumpah seranah MEREKA sesedap rasa....

MEREKA kejam!
MEREKA tak ada hati perut!
MEREKA tamak haloba!
MEREKA manusia yang penuh dengan hasad dengki!

MEREKA maki hamun orang!
Mereka jatuhkan maruah dan airmuka orang!
Lidah tak bertulang!
Mulut celopar!
Kata-kata MEREKA segala fitnah!!!!!!!!

Sanggup MEREKA makan harta anak yatim..
Sanggup MEREKA aniaya wanita yang hilang tempat bergantung..
Sanggup MEREKA mencerca dan menuduh sembarangan tanpa belas kasihan...


ALLAH melihat dan mendengar...
Hanya DIA tempat memohon dan berserah...
Aku pohon Ya Allah,
Tunjukkanlah kebenaran...
Lindungilah kami dari dengki khianat MEREKA....
Dan kembalikanlah hak kepada yang berhak....Amin


P/s : Maaf, saya cukup emosi hari ini. Suara sayu yg. bercerita pagi tadi membuat darah marah saya naik ke kepala. Kemarahan yang telah lama terpadam kembali marak! Saya dapat merasakan keperitan yang dirasakan suara sedih itu kerana....
Saya kenal sangat MEREKA!
Saya sendiri pernah difitnah MEREKA!!!!
TAPI saya tak heran pun....
Sebab saya tahu saya dipihak yang benar...
Sebab saya tahu otak MEREKA letak di lutut...
Sebab itu MEREKA bodoh sombong!
Berlagak pandai walaupun bodoh!
Konon terror sedangkan zero!

Dan sedikit pun saya tidak kesal MEMBUANG MEREKA DALAM HIDUP SAYA!!!!!!!!

ALAF21

ALAF21