Friday, August 31, 2007

Merdeka.......

Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-50.
Malaysia tanahair ku.
Malaysia kebanggaan ku.

Wednesday, August 29, 2007

Auckland..... Aotearoa



Antara gambar kenangan di Auckland.





Minggu lepas, saya berpeluang ke Auckland, New Zealand kerana menemani hubby. Selepas 10 jam penerbangan, kami selamat menjejakkan kaki ke 'City of Sails' New Zealand tepat jam 12.20 tengahari(waktu tempatan). Urusan Imigresen lancar. Pemeriksaan kastam juga tiada masalah. Sebaik keluar dari pintu ketibaan, Karen, seorang staff HQ telah menanti dengan senyuman manis.
Diluar mentari agak terik tapi suasana tetap dingin. Karen memandu sambil bercerita tentang Auckland. Sepanjang jalan bunga-bunga mula mengembang kerana Auckland sudah hampir ke penghujung Winter. Saya suka tenguk rumah-rumah sepanjang Epsom road. Cantikkkkk........kalaulah saya ada sebuah cam tu....alahai.
Heritage hotel terletak di Hobson Rd.,bersebelahan dengan Skycity dan cuma dua blok ke Queen St. yang terkenal dengan deretan kedai membelibelah. Kami check-in dan hubby bersedia untuk ke HQ kerana ada meeting jam 3.00.
Kebiasaannya kalau mengikut hubby bertugas saya akan bergerak sendiri. Hop on dan hop off bus dah biasa saya buat sorang2. Free shuttle dan peta kawasan adalah homework saya sebelum datang. Dan trip kali ini juga tidak berkecualian......Karen pejam celik mendengar saya hendak ronda sorang2. Dua kali dia bertanya hubby dan memandang wajah saya" Are you sure your wife will be okey?"
Hubby selamba menjawab..." Sure... she will be alright."
Saya sekadar tersenyum manis.
Kami berpisah di lobby hotel. Hubby start bertugas dan saya start holidayyyyyyyyyyy...

Skytower dari tingkap bilik saya.

























Heritage Auckland.







Any ALL BLACKS FANS? Kalau tidak kerana ke NZ memang saya tak tahu yang All Blacks team ni terkenal sedunia....Teruja sungguh hubby bercerita tentang team rugby ni. Teliti dan terperinci. Saya tenganga tak faham!!( Hubby adalah ex-rugby player masa di MCKK). Sempat saya mengusik...."All blacks team MCKK you tu terror macam all blacks team NZ ni ke?" Dengan wajah bangga, dia menjawab "Kami antara yang terbaik zaman tu...". Hah! betul ke? Saya tak tahu!!!!!


Pelajar Malaysia yang sedang menuntut di University of Auckland yang saya temui di DressSmart Factory Outlet. Untuk Afiqah, Suriani, Sakina, Fareed, Aikhwan dan Taufik.....jaga diri di rantauan and Study Hard.

Saya sempat singgah di Apt. Fiqah sebelum ke Mission Bay. Tq Fiqah dan Su kerana sudi menemani aunty explore Auckland. Yang bertudung hitam tu, Hanna teman serumah Fiqah.

During dinner bersama Mr.Peter and Mrs. Jan Stichbury di Restoran berputar 'The Orbit'. Restoran ini berada pada ketinggian 190m di Skytower. Saya teringat KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Bangga negara kita setanding negara luar yang lain.


My favorite photo. Berlatar-belakangkan air-terjun di Waitakere Ranges. Lubuk dibelakang saya airnya sejernih air paip. Kalau tidak kerana winter,memang saya terjun berenang disitu.!! (Percaya tak?) Tempat ni tersangatlah cantiknya......


Antara bangunan indah di Queen St. Nak cari branded things,carilah disini. Harganya???? Ada yang berbaloi kerana lebih murah jika dibandingkan dengan Malaysia/Sg. Ada yang hanya mampu dipandang dan dibelek.



Permandangan Auckland city yang saya rakamkan dari Skytower







MY BODYGUARD. Hubby bersama Allan(bertopi), our tourist guide dan James, seorang pelancong dari Texas ketika mengikuti tour 'West coast and rain forest experience'.






Hati berbunga BANGGA melihat bendera Malaysia berkibar di bumi New Zealand.(Yang sedang berkibar di bumbung bangunan)Hubby bersama Kevin Sanders dihadapan HQ.

Wednesday, August 22, 2007

Holiday.....


Saya akan bercuti seketika.....

Monday, August 20, 2007

Rutin.....

Bulan ini bulan yang agak sibuk buat saya. Hubby banyak out-station saya pula sibuk mengikut. Kebetulan pula anak-anak bercuti sebab National day dan oral test PLSE. Bila dah berjalan, sah rumah tidak berkemas dan kain baju juga menggunung. Bila balik kesibukannya berlipat ganti. Baru siap mengemas dah nak travel lagi...kesimpulannya kerja rumah ni tidak pernah ada penamatnya.Kadang2 ingat..lantaklah, saya dah jemu dengan rutin harian ini. Tapi selepas sejam saya bangun jua mengemas. Sesungguhnya, saya rimas kalau tengok rumah tidak teratur.!!!
Hari ini sepetang saya di dapur menyediakan ramuan untuk memasak besok. Ayam, daging, udang, sotong dan dua tiga jenis ikan telah siap dibersihkan. Besok saya cuma perlu masak dan terus pack masuk freezer. Saya bukannya nak buat kenduri dan saya juga bukannya masak bekalan untuk pergi berkelah. Tapi saya menyediakan stok makanan untuk anak-anak semasa saya travel Rabu nanti. Kali ini anak2 tidak ikut dan mak ayah saya turun kesini untuk menemani mereka. Petang tadi masa saya berbual dengan mak di telefon dan cakap saya tgh sibuk didapur,dia dah mula membebel.Melarang saya memasak itu dan ini. Katanya dia pun boleh masak nanti dan kalau payah sangat dia boleh suruh ayah ke kedai depan tu beli lauk. Saya hanya menjawab, 'tak pa dah siap pun'.
Memang tabiat semulajadi saya setiap kali tinggalkan anak2 dgn. mak, saya pastikan segalanya siap. Rumah berkemas, baju sekolah bergosok dan makanan penuh dalam freezer.Emak cuma perlu panaskan lauk, masak nasi, goreng ikan dan mungkin menggoreng sayur.(Tak masak sayur pun tak kisah cos anak2 saya memang degil dgn. sayur). Walaupun mak kata saya ni 'ketegaq' (bahasa org. Penang.) saya tak kisah......Selamba saya jawab "Mak tengok budak2 dah lah, tak yah nak susah payah kat dapur...semua dah siap"
Mak tak terkata apa sebab dia tau anak dia memang 'ketegaq'!!!
'Ketegaq'kah saya ni?
Entahlah....mungkin ia dan mungkin tidak!!!!!!

Monday, August 13, 2007

Helicopter......

Saya ada menerima beberapa pertanyaan mengenai latar tempat dimana terdapat rumah yang mempunyai pelantar pendaratan helicopter didalam novel BELAIAN JIWA. Soalannya disini adakah saya sengaja mengadakan scene itu ataupun memang ianya memang wujud. JAWAPANNYA.....Scene itu memang wujud. Latar tempat itu adalah di pinggir air, Nerang River, Gold Coast Australia.

Gambar ini saya rakamkan ketika melintasi Gold Coast bridge menuju ke Surfer Paradise.


Ini pulak adalah rumah yang disewa oleh Jackey Chan selama 3 bulan ketika pengambaran di Australia. (Sorry...saya tak ingat tajuk movie tu...)

Tuesday, August 7, 2007

Happy Birthday......


To my dear hubby pada 8-8-2007.
Selamat panjang umur dan semoga di murahkan rezeki.
Harijadi yang keberapa ye? Kalau tanya hubby sah jawapan standard setiap tahun....yang ke 27 dan senyumannya akan meleret sampai ke telinga....


Ini hadiah harijadi untuknya TETAPI terpaksalah sabar duluuuu sebab hadiah ini belum lagi berada di pasaran Malaysia/Singapura. Insyaallah hujung nanti saya akan menunaikan janji.
A very simple birthday lunch tapi semua favorite food birthday man. Ada chocolate cake. ( tak beli ya....buat sendiri tau), ada fresh buah Ceri and nasi lemak special. ( Special ke? Cos special sebab nasi lemak Malaysia dan nasi lemak Singapore lain tastenya).

National Day

Singapura akan menyambut 'National day' pada 9hb August 2007 nanti. National parade akan berlangsung di Marina Bay untuk menyambut harijadi Singapura yang ke 42 tahun.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Happy National Day' pada teman-teman di Singapura dan semua pengemar novel yang berada disana.
Bendera kebangsaan menghiasi main gate Woodgrove condominium.

Bendera yang menghiasi kediaman HDB

' HAPPY 42nd BIRTHDAY SINGAPORE '

ALAF21

ALAF21