Friday, August 29, 2008

Nukilan Merdeka.....


Sudah 51 tahun kita mengibarkan bendera kemerdekaaan. Ranjau sepanjang perjalanan itu banyak menuntut airmata dan pengorbanan. Nenek moyang kita telah menunaikan tanggungjawab menyediakan keselesaan, keamanan serta kemakmuran. Generasi sekarang hanya menuai segala pengorbanan generasi dahulu yang berkorban jiwa raga untuk kita.
Ibarat putaran roda. Kini masa untuk kita pula mengulangi putaran tanggungjawab itu. Memastikan generasi selepas kita masih terus mengecap nikmat sebenar rakyat merdeka. Ramai rakyat Malaysia bangga menjadi rakyat yang menjunjung tinggi kedaulatan Raja Melayu dan hidup bersatu padu didalam masyarakat majmuk dan berbilang kaum.
Sadisnya, sejak kebelakangan ini senario keamanan mula tergugat. Anak-anak kita dihidangkan dengan berbagai rencah ceritera untuk dilihat dan dirasa. Segala benda yang dulunya tidak pernah terfikir dibenak fikiran semakin menunjukkan belang. Perpaduan sesama kita mula berpecah. Dan ramai diluar pagar bertepuk tangan!

Dimana bumi dipijak.
Disitu lidah bermadah.
Hitam Putih langkah berinjak.
Generasi depan menerima padah.

Kita sesama kita bertelingkah bukan lagi satu dalam seribu. Hak kita diganggu gugat bukan lagi satu kehairanan.
Hari ini kita masih mampu bertegas dan bertahan. Bagaimana 51 tahun akan datang? Ya! tika dan saat itu mungkin kita sudah pejam mata tapi alangkah sedihnya kalau cucu cicit kita terkena tempiasnya!
Gema suara rakyat makin kuat gemanya setiap hari. Bukankah itu yang kita mahukan selama ini.? Kita bangga anak-anak kita petah berbicara masa kecil dan sayangnya mereka semakin 'petah' setelah remaja dan dewasa. Hingga kadangkala 'kepetahan' mereka melampaui adat dan tatasusila. Maka salahkah ibu yang mengandung?
Hala tuju kecemerlangan masa depan bermula hari ini. Intergriti politik antara penyumbang kearah itu. Demokrasi memberi kita hak untuk memilih. Pilihlah sesiapa sahaja. Tapi jangan sesekali diperjudikan perpaduan sesama umah. Hak orang melayu dan kedaulatan Raja Melayu jangan diusik dan dibawa bergurau. Jangan dipercik api perkauman kelak membakar banyak jiwa.
Malaysia tanah tumpah darah saya. Saya sayangkan Malaysia lebih dari segala. Disini saya mengenal erti dunia dan rencah diri. Disini saya bertemu kasih dan membina kehidupan. Saya pernah merantau dunia luar. Pernah melihat dan merasa manisnya negara orang. Dan orang boleh berkata apa sahaja tentang negara saya. Namun itu tidak sedikit mengugat kesetiaan dan jati diri anak Malaysia berdarah Melayu!
Demi Tuhan...hanya MALAYSIA dihati saya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-51 TAHUN.
SEMOGA MALAYSIA TERUS AMAN, MAKMUR DAN TERBILANG.

Sunday, August 24, 2008

Majlis pelancaran Trilogi Bagaikan Puteri.....

Bertempat : Hotel Singgahsana,PJ
Tarikh : 20 Ogos 2008
Jam : 3.00 petang
Disempurnakan oleh Puan Ziela Jalil.

Bersama keluarga Ramlee Awang Murshid...


Bersama teman-teman novelis....

Kenangan bersama Puan Ziela

PutraFm.....

Kak Wan terjah saya masa majlis pelancaran novel RAM untuk ke PutraFm. Arahannya simple..eka, besok pergi PutraFm jumpa ED!.Saya terkedu. kak Wan biar betul!Bukan niat hendak ingkar perintah tapi mulut ni cepat saja menolak.Alasan saya mudah....nak cakap apa? Senang kak Wan mengajar. Cakap pasal ketiga-tiga novel tu. Jawab saja apa dia tanya! Ya Rabbi, memang saya terkelu masa tu.Akhirnya saya mengangguk dengan debaran.
Esoknya saya ke UPM dengan dua orang bodyguard. Kami disambut oleh Rizal yang amat ramah dan baik hati. Dj Ed yang bertugas melambai dari dalam konti tanda sapaan.
Sejam bersama Ed berjalan lancar. Anak manis itu memang ramah dan petah berkata-kata membuat saya hilang rasa gemuruh!
Terima kasih pada Ed dengan layanan mesranya....
Terima kasih pada Rizal kerana burnkan cd rakaman interview tu....kenangan bersama anda berdua cukup manis.

Bersama Dj Ed dalam Konti...
Bersama Rizal dan Ed selepas 'on air'.

Sunday, August 17, 2008

Geram vs menyampah

Geram... sudah
Menyampah... lagi-lagilah
Benci... meluap-luap
Marah... berapi-api

Mata meluat melihat...
Telinga merah mendengar....
Mulut beribu kali sebut BODOH!
Tangan mengeletar nak bagi PENAMPAQ!

Jangan dijolok sarang tebuan..
Takut tidak tertanggung bisa sengatan!
Jangan berbaju merah depan lembu
Tidak pasal kena tanduk!


Jangan berkata sebelum berfikir
Jangan bertindak membuta tuli...
Jangan ikut hati...
Jangan gadaikan harga diri...

Jangan LUPA
Jangan LEKA
Jangan lepaskan apa yang ADA
Jangan lupa siapa KITA!

Saturday, August 16, 2008

Happy Birthday....16-08-08

Today is Diyana's birthday.
Wah! Sorang lagi ' baby ' saya meningkat remaja.(pening..pening)

Last night during dinner

Tanya Diyana apa birthday present yang dia mahu? Jawabnya tak tauuuu
Babahnya menyampuk..senanglah babah!Jimat duit!
Payahnya Diyana ni, alegik kalau ajak shopping! Kecualilah kalau ajak ke kedai buku.
Tempat favoritenya Coffee Bean..kalau lepak kat situ tiap-tiap minggu pun okey aje...
Tanya dia, nak dinner kat mana? Cepat saja jawapannya....HEQ. Kakak dan adiknya dah bertepuk tangan. Rupanya depa pun harap Diyana pilih tempat tu!

To Diyana,
For mama and babah..you are still our baby udang 'kiyau' hehehehehe
For kakak..FARA DIYANA adalah tempat dia ' bergaduh dan bercerita' (Sampai tua kot dia akan panggil nama penuh tu!)
For Haziq..you are his idol!

Happy Birthday
WE ALWAYS LOVE YOU.....

Friday, August 8, 2008

Happy Birthday....08-08-08

Today is my hubby's birthday!
08-08-08 Nice date kan?
Yang keberapa? hahahahaha.
Selamba DIA menjawab... Biar bertambah usia asal sentiasa muda dihati! Sabar ajelah....



Istimewa buat DIA,
Buah hati saya dan anak-anak.
Semoga panjang umur
Dimurahkan rezeki
Diberi kesihatan yang baik
Dan sentiasa dibawah lindunganNya. AMIN

Apa hadiah birthday tahun ini?
hehehehehe as usual saya akan pening memikirkannya.
Bukan tak tanya...dah tanya pun. Tahu apa jawapannya?
Jaguar sebijik.Hah!!!
Itu hadiah yang DIA mahu setiap tahun.
Kalaulah saya mampu, sepuluh bijik pun saya hadiahkan!

UNTUK DIA,
YOU ARE ALWAYS SPECIAL.....

ALAF21

ALAF21