Friday, May 29, 2009

JAWAPAN YANG PASTI.....

Insyaallah akan berada di pasaran pada bulan Jun ini....

Sinopsis:
ORANG kata, bercinta dengan dengan golongan artis amat membahayakan kerana hubungan pastinya tidak akan kekal lama. Namun bagi Kyra, dia percaya kepada Ariff kerana amat mengenali lelaki itu, jiran sebelah rumahnya. Tidak mungkin Ariff sanggup mempersendakan cinta dan kasih sayang mereka.
Namun, langit tidak selalunya cerah. Hubungan mereka yang sudah mendapat restu daripada keluarga tidak bermakna lagi buat Kyra. Kenyataan Ariff yang terpampang di dada akhbar benar-benar merobek hatinya. Sanggup lelaki itu menafikan hubungan mereka ketika disoal media dan menyatakan bahawa Kyra hanyalah jirannya.Gadis itu lantas membawa diri yang lara. Dia nekad tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu.
Namun, dunianya yang sudah tenang dikocak pula dengan berita Ariff ditangkap khalwat. Bencinya terhadap lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi.Ariff baru tersedar akibat daripada peristiwa hitam itu. Dunianya pula semakin gelap tanpa Kyra di sisi. Dia harus memperisterikan Kyra kerana masih lagi menyayangi gadis itu.
Namun, apa yang dibimbanginya... adakah gadis itu masih mahu bertamu di hatinya sedangkan mendengar suaranya pun sudah tidak sudi lagi?

P/S : Mood Swing saya dah okey.......bersemangat dan happy!hehehhehehe

Thursday, May 28, 2009

SWING MOOD.....

Mood tengah Zero.....
Bila bad mood mulalah Stress!
Nak buat segala benda rasa Malas....ah!!!

Menaip satu pg pun tidak. Entah bila zamanlah nak mengedit! Dateline makin mendekat. Hasilnya masih pudar!Adoi...

Rasa nak bersantai saja....Relax.Tak kuasa nak memikir banyak. 'Baloq liat' ni makin menjadi-jadi. Pergi buat facial atau sauna best jugak kan?

School holidays just round the corner. Maybe I need a break.
Rasa macam nak balik kampung makan durian! Bagus juga kalau sempat singgah Gurney Drive dan Batu Feringgi!Rasa macam nak lepak tepi pantai Seagate depan Jusco tu. Just tengok Jambatan PP dan merasa angin laut. Ah! Heaven.
Good planning but this weekend saja free...the next 2nd w'end dah ada janjitemu yang tak boleh dibatalkan.
Ehemmmmm maybe balik PP is a perfect idea nak swing back my mood!!!!

Thursday, May 21, 2009

OMG! KRIS ALLEN IS THE IDOL....


WOW! AMERICAN IDOL SEASON 8 IS KRIS ALLEN.......HOOREY!

Talented, Humble and Sweet! HE IS JUST THE BEST!
OH YA!....HE IS HANDSOME TOOOOO

Friday, May 15, 2009

JOM TENGOK KONSERT FINAL AF......

Tomorrow night is girls night out!!!!
Dinner + Tengok Konsert Final Akademi Fantasia.........Sapa nak join?

Thursday, May 14, 2009

FANTASIA HATI DAN PASTI..


Rentetan dari N3 dibawah tercipta satu persoalan yang membuat saya terfikir sendiri....
Adakah setiap apa yang kita lakukan..... JAWAPAN YANG PASTI HANYA ADA DI HATI?
Saya bertanyakan pada Dea Sara...Andainya dia diberi pilihan, dia hendak JAWAPAN HATI atau JAWAPAN YANG PASTI????
Ehem....pada saya,Jawapan hati dan Jawapan yang pasti berkisar antara satu sama lain.........
Ianya tercipta bila ada keputusan yang perlu dibuat atau ada persoalan yang perlu diungkai.
Tiada jaminan yang Jawapan Hati adalah jawapan yang tepat!!
Dan Jawapan Yang Pasti pada saat kita membuat keputusan mungkin saja berubah dalam sekelip mata!!
Dalam kekangan waktu dan situasi kadangkala kita terpaksa membuat pilihan. Pada keadaan A mungkin saja JAWAPAN HATI yang terbaik. Sebaliknya dalam keadaan B, mungkin JAWAPAN YANG PASTI yang paling tepat!!
Apa saja keputusan yang kita buat pastinya adalah yang terbaik pada saat dan ketika itu.....Dan semuanya mungkin berubah mengikut putaran jam. Menyesal bukan isunya disini. JAWAPAN PASTI HARUS JUGA JAWAPAN HATI!....... bila kita redha menerima dengan hati yang terbuka kesan dari keputusan yang telah kita buat.
Berpijak di bumi nyata, hakikat kehidupan ini, segalanya mungkin!
Apa pula pandangan anda?
FIKIR-FIKIRLAH...

Wednesday, May 13, 2009

FANTASIA BULAN MADU.....AMY SEARCH

Dah berzaman lagu ni....TETAPI saya tetap suka!
Dan akan tetap suka FOREVER!!!!!!
Bukan ada sentimental value pun lagu ini pada saya tetapi lirik dan melodinya terasa dekat di jiwa...Kenapa?
JAWAPAN YANG PASTI HANYA ADA DI HATI!

Demi cintaku pada mu
Ke mana pun kau kan kubawa
Kehujung dunia
Kebintang kejora
Demi cintaku padamu
Kukorbankan jiwa dan raga
Biarpun harus kutelan
Lautan bara
Bulan madu di awanbiru
Tiada yang mengganggu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat Cinta
Yang putih tak terbanding
Sesuci embun pagi
Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang Pedoman
Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gelita
Punah asmara

Monday, May 11, 2009

JANJI PADA KAK ZARA - JAWAB TAG.

1. Apakah perkataan pertama sekali anda ucapkan kepada si dia dan kemudian menjadi suami anda.
Kita : KITA NAK PERGI MANA?
Dia : IKUT SAYA PERGI PRACTICE MUZIK....

2. Sila berikan dua contoh alat-alat atau sumber yang anda gunakan atau lakukan untuk memudahkan kerja anda. Tak kisahlah apa alat atau sumber sekali pun asal boleh diaplikasikan.

a) Membuka pintu rumah atau kereta –
ANAK KUNCI

b) Mencucuk plug soket –
PENCIL, PIN RAMBUT - boleh ke?????

c) Simpan air minuman –
DALAM BOTOL, JUG...

d) Ketika blackout –
LILIN, TORCHLIGHT, KIPAS BATERI -

e) Meluahkan rasa hati –
PADA HUBBY - HIS MY BESTFRIEND!

f) Siang ikan –
PISAU, GUNTING

g) Susah hendak buang air besar –
MAKAN UBAT NONA ROGUY LAWAS KENCANG - Tak terkejar hendak ke tandas! hehehehehe

h) Di mana anda simpankan dokumen penting –
BANK....

i) Katakan ribut melanda dan pakaian anda melayang sama, apa yang patut anda tutup bagi mengelak rasa malu
SURAT KHABAR / DAUN PISANG?????? - Ada ke daun pisang hehehheehhehheh

j) Apa yang anda guna untuk potong kuku –
Gigit dengan gigi - heheheheheh

k) Melihat waktu –
JAM ATAUPUN DONGAK KE LANGIT DAN LIHAT KEDUDUKAN MATAHARI!!!!!!!!hahahaha

l) Kalau badan terasa panas –
TANDANYA HATI SEDANG MEMBARA!!!!!

m) Ternampak pencuri –
SAYA LARI DULU!!!!!! hehehe

n) Kalau terjumpa duit RM50.00 dalam longkang yang dalam, bagaimana anda ingin mengambilnya –
BIARKAN AJE.....

o) Soalan akhir masa tidur apa yang and suka peluk?
DAH TAHU BERTANYA PULAK! heheheheheh

Terima kasih kerana anda seorang yang penyabar dalam memberi keterangan anda. Sila tag soalan ini kepada rakan-rakan anda apa mereka kata.
SIAPA SAHAJA YANG SUDI NAK JAWAB....

UNTUK SARNIA - JAWAB TAG DAN AWARD BERTUAH

10 FACTS ABOUT ME ....

1. PERAMAH

2. SUKA SENYUM - Terapi tu!

3. SUKA MEMASAK

4. GILA SHOPPING!- hehhehe cuba juga insaf tapi payah!!!!!

5. SUKA MELANCONG - Hobi yang membuat poket saya selalu kering!!!!

6. SAYA SEORANG PENDENGAR YANG BAIK.

7. SAYA FOBIA DENGAN ORANG YANG 'SUKA BERCAKAP TAK SERUPA BIKIN'!!!!!

8. SELERA MAKAN SAYA MENJADI-JADI BILA STRESS!!!!!!!

9. MUDAH SIMPATI PADA ORANG...

10. SAYA PANTANG DENGAN MANUSIA YANG SUKA BERMUKA-MUKA!!!! - depan kita baik, belakang kita ?????

Siapa kita nak tag? SESIAPA YANG SUDI MENJAWABNYA.....


AWARD BERTUAH 2009
Award ini saya dapat daripada Sarnia Yasmin. Dan syarat penerimaan award ini saya perlu menamakan 10 orang lain yang ingin saya anugerahkan award ini...
Anda yang terpilih adalah....

1.Intan Mgm
2.Mummy Hanan
3.Dea Sara
4.Shanika Latisyaz
5.Sirrul Asma
6.Pokcik Mersik
7.Aleeya Anessa
8.Laila Kamilia
9.Lynn Dayana
10.Dhiya Zafira

JANJI PADA HEZZY - JAWAB TAG

1. Nama timangan family :
IDA, MAK LONG, MAK SU....

2. Anda seorang yang ....
PERAMAH TETAPI SELALU DISANGKA SOMBONG.
SUKA KETAWA TETAPI SEBENARNYA SAYA SEORANG YANG SENSITIVE.
SUKA MEMASAK DAN MENCUBA RESEPI BARU.....

3. Insan istimewa dan kenapa dia teramat istimewa :
MY PARENTS - TANPA MEREKA SIAPALAH SAYA.
MY HUSBAND -DIA MENGAJAR SAYA TENTANG ERTI SEBUAH KEHIDUPAN....
ANAK2 TERSAYANG - MEREKA SEGALANYA BAGI SAYA....

4. Lagu kesukaan sekarang :
FANTASIA BULAM MADU- AMY SEARCH...Ini adalah 'lagu evergreen' saya....
WHAT ABOUT NOW - CHRIS DAUGHTRY
HEAVEN - BRYAN ADAM

5. Warna kegemaran :
HIJAU DAN BIRU...MERAH PUN OK JUGAK! HEHEHEH

6. Benda paling wajib dalam handbag :
PURSE, HANDPHONE, KUNCI RUMAH, LIPSTICK, PEN, BUKU NOTA KECIL, DIGITAL CAMERA....

7. Kali terakhir nangis :
LAST WEEK....ADA PERISTIWA YANG MEMBUAT SAYA TERASA HATI!!!!!!!!

8. Tag ramai2 rakan anda :
RANIA, INTAN USM, NUR ALYA DAN SESIAPA SAJA YANG SUDI KENA TAG. HEHEHEHEHE

Wednesday, May 6, 2009

Tag dari Bikash......

Jawapan tag ini untuk menunaikan janji pada Bikash.
Ampun Bikash...dah berzaman baru nak jawab.

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?
Eka Fahara sebab blog itu wujud kerana kewujudan insan bernama Eka Fahara.

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
ekafahara.blogspot.com. - Blog ini untuk sesiapa yang ingin mengenali Eka Fahara.

3) Apakah method dalam penulisan blog anda?
Saya menulis dari hati.... perasaan saya tersirat di sini.

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?
Pernah! Bila terasa hati dengan sesuatu.

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Nice blog. Saya follower tega blog itu. Saya Berdoa semoga hidupnya sentiasa di bawah lindunganNYA. Dimurahkan rezeki
dan cepat bertemu jodoh....hehehehhe

6) Senaraikan calon yang akan ditag:
Sesiapa saja yang sudi untuk menjawab tag ini, anda adalah calonnya.

Saturday, May 2, 2009

SEJUK MATA....

Pertama kali saya melihat pemandangan ini dari udara...SAYA SUKA!!!

Mulanya saya terfikir untuk melihat sungai ini dari dekat TETAPI saya batalkan niat itu kerana ?????? (Biarlah saya saja yang tahu!)
Saya tidak mahu membunuh keindahan yang terbentang di depan mata!
Siapa tahu di mana letaknya sungai ini?

PS : Kepada 'depa' yang tahu...shhhhhhhhhhhhh

ALAF21

ALAF21