Tuesday, July 17, 2007

Plaza Angsana JB


Lega dan gembira ,akhirnya BELAIAN JIWA(BJ) berada didepan mata. Plaza Angsana JB, persinggahan pertama BJ bertemu pengemar novel. Aisya Sofea, Aleeya Aneesa, Lily Haslina dan Ramlee Awang Mushid juga berada disitu bertemu peminat.

Coretan : - Highway depan Restoran Singgah Selalu akan terpahat sebagai kenangan. Ada gadis brutal yang berjaya melintas
laluan sibuk itu. Saya dan yang lain ternganga tidak percaya di tepi jalan. 'Dia' diseberang jalan selamba aje tersengeh.
Bila melihat kami berpatah balik kerana tidak sanggup menempuh laluan tu, selamba dia melintas kembali.
"Jangan buat macam ni selalu dik..awak tu belum kahwin" usik saya pada DIA. DIA hanya tersengeh, saya dan kak Aisya hanya mampu menggeleng.
- Kemunculan peminat setia Kak Aisya dengan kisahnya membuat saya dan Lily tertunduk sebak. Betapa banyak
kebetulan dalam dunia ini. Siapa sangka sebuah novel mampu memberi impak besar dalam kehidupan seseorang.
" Sabar kak eka jangan nangis.." kata Lily. Saya mengangguk dan menoleh padanya. Dia tersengeh tapi matanya juga
berair.!!!! Kau memang lawak Lily.......

No comments:

ALAF21

ALAF21