Monday, August 20, 2007

Rutin.....

Bulan ini bulan yang agak sibuk buat saya. Hubby banyak out-station saya pula sibuk mengikut. Kebetulan pula anak-anak bercuti sebab National day dan oral test PLSE. Bila dah berjalan, sah rumah tidak berkemas dan kain baju juga menggunung. Bila balik kesibukannya berlipat ganti. Baru siap mengemas dah nak travel lagi...kesimpulannya kerja rumah ni tidak pernah ada penamatnya.Kadang2 ingat..lantaklah, saya dah jemu dengan rutin harian ini. Tapi selepas sejam saya bangun jua mengemas. Sesungguhnya, saya rimas kalau tengok rumah tidak teratur.!!!
Hari ini sepetang saya di dapur menyediakan ramuan untuk memasak besok. Ayam, daging, udang, sotong dan dua tiga jenis ikan telah siap dibersihkan. Besok saya cuma perlu masak dan terus pack masuk freezer. Saya bukannya nak buat kenduri dan saya juga bukannya masak bekalan untuk pergi berkelah. Tapi saya menyediakan stok makanan untuk anak-anak semasa saya travel Rabu nanti. Kali ini anak2 tidak ikut dan mak ayah saya turun kesini untuk menemani mereka. Petang tadi masa saya berbual dengan mak di telefon dan cakap saya tgh sibuk didapur,dia dah mula membebel.Melarang saya memasak itu dan ini. Katanya dia pun boleh masak nanti dan kalau payah sangat dia boleh suruh ayah ke kedai depan tu beli lauk. Saya hanya menjawab, 'tak pa dah siap pun'.
Memang tabiat semulajadi saya setiap kali tinggalkan anak2 dgn. mak, saya pastikan segalanya siap. Rumah berkemas, baju sekolah bergosok dan makanan penuh dalam freezer.Emak cuma perlu panaskan lauk, masak nasi, goreng ikan dan mungkin menggoreng sayur.(Tak masak sayur pun tak kisah cos anak2 saya memang degil dgn. sayur). Walaupun mak kata saya ni 'ketegaq' (bahasa org. Penang.) saya tak kisah......Selamba saya jawab "Mak tengok budak2 dah lah, tak yah nak susah payah kat dapur...semua dah siap"
Mak tak terkata apa sebab dia tau anak dia memang 'ketegaq'!!!
'Ketegaq'kah saya ni?
Entahlah....mungkin ia dan mungkin tidak!!!!!!

No comments:

ALAF21

ALAF21