Wednesday, March 19, 2008

Bertemu kembali......

Lama benar kami tidak berjumpa. Dah hampir 4 - 5 tahun rasanya. Cuma sesekali kami berbual di telefon semasa dia di Penang dan saya di Spore.Bila dia berpindah ke luar negara,saya tidak lagi mendengar suara manjanya. Kami bebas bercerita. Dan sesekali saya menjadi kaunselor tak bertauliah. Dan dia menadah telinga mendengar leteran panjang jela saya bila saya rasa ingin menegurnya tentang sesuatu perkara. Orangnya lemah lembut tapi bila ada sesuatu yang menyentuh hatinya dia juga mendapat penyakit saya,mulut bising melepas perasaan. Saya pernah risaukannya bila 'merasakan' sesuatu bila membaca tulisannya. Saya buat panggilan jauh hanya untuk bertanya. Dia ketawa besar dan mengatakan saya hanya berprasangka. Tetapi selepas lama bercerita ternyata firasat saya tepat!!!!
Hujung minggu lepas saya mendapat satu panggilan. Suara yg. agak familiar tapi nombor hpnya tidak saya kenali. Talian tidak begitu clear lalu panggilan tu terputus begitu saja. Sesaat kemudian satu sms masuk.Bunyinya 'K eka dlm. gua ke? Awat line x clear. Umi Azrini' Saya terpana. Biar betul. Takkanlah Umi buat panggilan dari Pakistan.?
Dalam hati saya yakin, pasti Umi dah jejakkan kaki ke tanah melayu. Saya call Lynn yg. dlm perjalanan pulang dari Melaka. Confirm. Umi dah kembali. Kami set plan. Apa cara pun kami kena jugak 'tangkap' Umi. Kebetulan Isnin tu saya sibuk amat. Maka saya lantik Lynn jadi setiausaha terjun. Jemput siapa yang patut dan saya akan sediakan minum petang.
Tiba harinya saya mula kalut. Sampai rumah dah pukul 3.45. Janjinya kami akan berkumpul jam 4. Kelam kabut masuk dapur, mujurlah bibik dah sediakan semuanya TAPI tak sempat pun hidangan masak, loceng depan dah berbunyi!!!
Rasa macam tak percaya.!!!!!! UMI AZRINI di depan pagar saya..
Wajahnya tetap ceria malah makin berseri-seri sejak bergelar isteri.



Lynn,Rose dan Lily Haslina tiba tak lama kemudian. Ruang tamu saya makin 'gempak' dengan 'keselambaan' dan 'kesantunan' Lynn. Sah! Siapa pun akan 'cair' kalau bertemu Lynn Dayana!! Harap-harap Wan tak terkejut ye.....
Laila tiba agak lewat, ada mesyuarat kat sekolah.
Lynn dan lain2 pulang diambang senja. Saya jemput Umi dan Wan dinner kat umah tapi mereka menolak kerana hendak melawat saudara mara yang lain sebelum 'terbang' kembali.
Selepas maghrib pasangan bahgia itu minta diri.
Saya memeluk Umi erat, sempat berpesan,jaga diri di rantauan dan jadi isteri yang baik.
Insyaallah kami akan bertemu lagi masa Pesta Buku sebelum Umi kembali merantau.

Untuk Umi Dan Wan : Kak Eka dan Abang doakan kalian bahagia ke anak cucu.
Lepas ni kak eka pun nak makan share-share lah......hehehehehhe

7 comments:

Lynn Dayana said...

Kalau satu hari nanti, aku jadi DIAM, apa yg akan berlaku ya? Entah2 kehilangan langsung tak disedari!
Berapa harga sebuah senyuman ya? Berapa harga sepercik kasih?
Moga UMI bahagia...moga kak eka terus share2, moga kak lily terus 'merdeka', moga Laila terus manja, moga Rose terus 'selamba'... Moga Lynn? Moga Kau Mengerti? hahahaha

Eka Fahara said...

Lynn,
Harga sebuah senyuman bila sinar bahagia terbayang dikilau mata!
Harga sepercik kasih bila dua hati menjadi satu!
Kami mahu kau 'bahagia'....
Kami mahu 'share' gelora jiwa mu...
Kami mahu 'merdekakan' lara hati mu...
Kami mahu kau terus 'manja' dan 'selamba'....
KERANA....
KAMI SENTIASA MENGERTI!!!!!!

Lynn Dayana said...

Hahaha....terima kasih kawan!

Lily Haslina Nasir said...

salam semua...
kak eka.. wah macam baca intro novel... ada unsur suspen dan dramatik kat n3 kali ni...

apa apa pun seronok hari tu! seronok sesangat.. kesian wan.. mujur tak pitam!

pada lynn...
uwahhh uwahh uwahhh..
aku perasan kau promote aku punye tajuk novel pulak!

Lynn Dayana said...

Kak eka syok nak tulis novel baru tu... maklumlah... maid dah ada!

Miss Z said...

saya sangat jeles bila baca entri ini. kenapa saya yang kena cari dia tapi kawan2 lain, dia yang cari?

hmmm... buat saya semakin tawar hati untuk jumpa dia....

Eka Fahara said...

miss zero
Janganlah merajuk......nanti cepat tua!
Dia tak cari bukan bererti dia tidak ingat.Kadangkala apa yang tersemat dihati lebih bermakna dari yang terlihat di pandangan mata.!!!!

ALAF21

ALAF21