Thursday, December 11, 2008

MAKAN KENDURI VS JAMU MATA...

Tanggal 6hb.December, saya dan suami menghadiri majlis perkahwinan di rumah novelis dan penulis Lily Haslina Nasir. (Adiknya yang kahwin bukan Syafik ya!)Majlisnya meriah dan happening bila terserempak dengan wajah-wajah yang dikenali. Kak Norzailina, kak Saadi(orang kuat alaf21),geng kicap,rose harissa dan Lya(alaf21)
Hidangan untuk para tetamu superb dan istimewa, Lain dari yang lain! Sambal ikan bilis tempoyak, rendang ayam,ikan keli,ikan kering, asam pedas daging tetel sup cendawan,sambal belacan, ulam-ulaman dan berbagai jenis kuih muih!
Selepas menjamu selera saya dan hubby sedang melihat pasangan pengantin sedang bergambar apabila Cik Lan(hubby Lily) menjemput kami menjamu mata di halaman belakang rumah. Wah! bagai org. mengantuk di sorongkan bantal, kami dengan tak malunya pun meronda sakan. Habis kami jelajah belakang rumah tu! heheheheh Dan dibawah adalah gambar2 favorite saya.

Serkap ayam kesayangan lily... jenuh saya cari posisi yang sesuai.Kenapa ya??hahahhaha


Dibelakang saya adalah kolam ikan peliharaan cik Lan. Semua ikannya telah dijadikan hidangan utk. majlis hari tu! Juga arnab di dalam kurungan.


Bergambar bersama novelis Nozailina dan anak-anaknya dan editor alaf21 Puan Saadiah.


Di rumah cendawan cik Lan. Cendawannya sudah dipetik untuk hidangan para tetamu!


Reban ayam lily haslina. Mulanya saya nak masuk dalam tu tapi bimbang pulak kot ada angsa! Takut kena sudu!!!!! heheheh

UNTUK LILY HASLINA DAN CIK LAN.
Terima kasih kerana sudi menjemput kami...sayangnya saya tak sempat nak snap gambar lily yang betul-betul nampak macam mak pengantin! Serius! Memang nampak macam mak pengantin hhahahaha

3 comments:

laila kamilia said...

kak...mana gbr pengantinnya....mesti best sup cendawan tu kan...

Eka Fahara said...

Laila, gambar pengantin kat blog kak lily kau. Sup cendawannya superb. Fresh from belakang umah! Ingat jugak nak ambil gambor menu ari tu sebab lain dari yang lain TETAPI malulah pulak! heheheheheh

Mersik said...

Musti tak lama lagi, belakang umah kak eka pun jadi cam tu.

Mesra alam gitu.. hik hik

ALAF21

ALAF21