Thursday, December 24, 2009

BLOG DAN INTERNET

Salam semua.....
Wah! Dah lama saya tak balik ke 'rumah' ini. Rasanya dah berbulan lamanya. Sampaikan masa nak masuk tadi dah terbatuk-batuk sebab berhabuk sangat! Sawang jangan cakaplah, sampaikan sang labah-labah mengistihar dirinya sebagai tuan rumah! Mujurlah saya masih ingat 'alamat' jalan pulang. Kalau lupa? heheheheh runtuhlah rumah ni dek dimakan anai-anai!
Tentu ada yang tertanya-tanya, mana hilangnya Eka Fahara? Apasal blognya tak berupdate? Saya dah jadi biskut chips more lah pulak! sekejap ada dan sekejap hilang! Sebenarnya saya masih disini cuma cuma internet saja yang merajuk dengan saya hingga saya hilang cara untuk meng'update' teratak ini. Pergi Cybercafe? hehehehehehe Malaslah!
Saya sebenarnya berpindah ke rumah baru. Dan adat berpindah mestilah sibuk gila dengan 'packing', mengeluarkan dan menyusun semula. Dan tahap keletihan pun sah di tahap kronik! Dan bila semuanya di gaul rata memang saya terlupa yang saya sebenarnya ada blog yang perlu dikemaskini!!.
Telefon rumah tiada. Maka wireless internet pun zerolah. Maka saya pun terpisahlah dengan dunia IT! Meroyan juga tak boleh nak access internet. Dan broadband yang ada ini pula, lembab tahap maksima!
Sehari dua ni saya dah mula 'bernafas'. Kotak2 dah habis dibuka. Cuma kerja menyusun atur saja yang belum selesai sepenuhnya. insyaallah dalam masa terdekat harap semuanya kembali normal.
Banyak perkara yang berlaku sepanjang penyepian saya. Ada cerita ceria dan ada juga terselit kisah duka.

UNTUK KISAH DUKA - Semoga kita sama-sama di beri kekuatan untuk terus melangkah gagah ke hadapan. Meniti kehidupan ibarat berjalan diatas helai benang. Walaupun sehandal mana kita mengapung dan mengimbang diri saat meniti, jangan lupa hanya yang SATU menentukan sukar atau mudahnya perjalanan itu. Dugaan yang Allah Taala beri pasti bersebab. Dan setiap apa yang berlaku pasti ada Rahmat yang tersembunyi. Siapa kita untuk mendabik dada kita punya segala sedangkan hakikinya semua hanyalah pinjaman semata. Banyak yang berlaku di sekeliing boleh dijadikan ikhtibar. Hari ini hari orang. Esok-esok entah kita pula yang diduga! Sabar. Itu mungkin sebaiknya. Berdendam dan memarahi diri sendiri biarlah bersempadan. Saya akur. Dugaan yang datangmengejut memang sukar di terima akal. Pasti dalam hati asyik bertanya. Kenapa?Kenapa? Dan kenapa? Jika jawapannya pasti di depan mata mungkin sedikit sebanyak terubat luka di hati. Bagaimana kalau dugaan yang mendatang penuh dengan makna tersurat dan tersirat?
Ada yang bertanya pada saya. Kenapa dia yang terpilih untuk menerima dugaan ini? Saya hilang kata-kata. Siapa saya untuk menasihati kalau saya sendiri banyak yang kurang. Saya sedih. Saya terharu dan saya menangis. Terkesima dan tak sangka dugaan seberat ini yang tertimpa padanya. Menilik diri sendiri, kuatkah saya kalau perkara yang sama berlaku pada diri? Sejujurnya kita hanya manusia biasa. Punya hati dan perasaan yang kadangkala di luar kawalan. Airmata amat murah tika ini. Melihat orang yang dekat dengan saya di timpa musibah..........Saya insaf dan makin menghargai kehidupan!


UNTUK KISAH CERIA - Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Kita ketawa hari ini bukan jaminan yang tiada airmata di masa depan. Beringatlah, yang ceria datangnya dariNya dan yang buruk juga datang dariNya. Ibarat kata mak saya. 'Jangan dok seronok sangat, kot-kot sat lagi menangis tak berlagu!' hahahahaha Dan kata-kata itu pulak yang saya ambil jadi hak milik saya bila menegur anak-anak! Hati mahu baik! Itu ayat hubby saya! Ya.... saya akur, segalanya bermula di hati. Kalau niat kita ikhlas pasti Allah mudahkan jalannya.

Buat yang singgah di sini dan lihat umah yang berhabuk. maafkan saya. Insyaallah lepas ini jika keadaan mengizinkan saya akan cuba update blog ini semampunya.

Buat yang tinggalkan pesanan. Terima kasih masih mengingati saya. Semoga hubungan kita berkekalan selama.
Till kita berjumpa lagi..... Jaga diri.

5 comments:

Marzalina said...

akhirnya...kak eka update jugak hehehe

miss u kak eka!!

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam..
selamat kembali..
Allah tak uji di luar kemampuan kita..insya-Allah ujian tu akan dpt diatasi!

Eka Fahara said...

Marzalina,
Kak eka hilang tak lama. Saja suka main sorok-sorok...heheheh. Apa khabar? Harap intan baik2 selalu...

Eka Fahara said...

Nik Fauziah,
Salam Nik. Itulah juga yang Eka katakan pada teman yang baru-baru ini dibawah ujian Allah. Semoga dia tabah dan redha. Insyaallah setiap penyakit akan ada ubatnya....

Durrah Fatiha said...

Salam tahun baru Eka

ALAF21

ALAF21