Wednesday, July 11, 2007

RENJIS-RENJIS DIPILIS....



Sirih bermadah pinang berhelah,
adat kelmarin dibelahi rapi,
merisik sudah, bertunang pun sudah,
07-07-07 menyatukan dua hati.
Selamat pengantin baru untuk anak saudara yang dikasihi ILI HAZWANI dan pasangannya KHAIRUL WARDI.

CORETAN : -Saya dan keluarga pulang ke Penang sehari sebelum majlis. Keesokan paginya baru kami bertolak ke Alor Setar dimana majlis berlangsung.
- Saya terharu dan sebak sebaik sahaja Ili sah bergelar isteri. Tambah terharu bila Wardi membacakan sendiri 'doa selamat' sebaik sahaja akad nikah selesai. Air mataku menitis bila melihat Ili menangis bila memeluk babahnya.( abang iparku)
- Tone warna pakaian untuk keluarga terdekat adalah merah/pink atau grey.
- Majlis meriah, buffetnya sedap terutama laksa kedah dan kerabu kacang botol. Teh tariknya terangkat, bingka ubikayu memang menjilat jari.
- Hubby sibuk dengan videocamnya sampai terpinga-pinga bila namanya disebut berkali-kali oleh Dj yang bertugas. Rupanya, ada orang tujukan 'ucapan dan lagu' untuknya. Credit to Sara and Diyana.
- Haziq 'raya' sakan bila berjumpa dengan 'gengnya'.
- Saya meninggalkan majlis sekitar 4.00 petang kerana terpaksa menghantar Sara pulang ke MRSM.

Alhamdulillah, majlis selamat berlangsung.
Abang dan kak Jie nampak lega. Tugas mereka sebagai ibubapa telah terlaksana.
Wajah Ili terpancar kebahagiaan. Wajah Wardi berseri-seri. Akhirnya, mereka saling memiliki.
Doa kami seisi keluarga......Semoga Ili dan Wardi bahagia ke anak cucu.

1 comment:

Lily Haslina Nasir said...

yeah yeah ... dapat jugak kita jejak kak eka kat blog...
salam... dan ceria selalu dengan keluarga..

ALAF21

ALAF21