Wednesday, August 29, 2007

Auckland..... Aotearoa



Antara gambar kenangan di Auckland.





Minggu lepas, saya berpeluang ke Auckland, New Zealand kerana menemani hubby. Selepas 10 jam penerbangan, kami selamat menjejakkan kaki ke 'City of Sails' New Zealand tepat jam 12.20 tengahari(waktu tempatan). Urusan Imigresen lancar. Pemeriksaan kastam juga tiada masalah. Sebaik keluar dari pintu ketibaan, Karen, seorang staff HQ telah menanti dengan senyuman manis.
Diluar mentari agak terik tapi suasana tetap dingin. Karen memandu sambil bercerita tentang Auckland. Sepanjang jalan bunga-bunga mula mengembang kerana Auckland sudah hampir ke penghujung Winter. Saya suka tenguk rumah-rumah sepanjang Epsom road. Cantikkkkk........kalaulah saya ada sebuah cam tu....alahai.
Heritage hotel terletak di Hobson Rd.,bersebelahan dengan Skycity dan cuma dua blok ke Queen St. yang terkenal dengan deretan kedai membelibelah. Kami check-in dan hubby bersedia untuk ke HQ kerana ada meeting jam 3.00.
Kebiasaannya kalau mengikut hubby bertugas saya akan bergerak sendiri. Hop on dan hop off bus dah biasa saya buat sorang2. Free shuttle dan peta kawasan adalah homework saya sebelum datang. Dan trip kali ini juga tidak berkecualian......Karen pejam celik mendengar saya hendak ronda sorang2. Dua kali dia bertanya hubby dan memandang wajah saya" Are you sure your wife will be okey?"
Hubby selamba menjawab..." Sure... she will be alright."
Saya sekadar tersenyum manis.
Kami berpisah di lobby hotel. Hubby start bertugas dan saya start holidayyyyyyyyyyy...

Skytower dari tingkap bilik saya.

























Heritage Auckland.







Any ALL BLACKS FANS? Kalau tidak kerana ke NZ memang saya tak tahu yang All Blacks team ni terkenal sedunia....Teruja sungguh hubby bercerita tentang team rugby ni. Teliti dan terperinci. Saya tenganga tak faham!!( Hubby adalah ex-rugby player masa di MCKK). Sempat saya mengusik...."All blacks team MCKK you tu terror macam all blacks team NZ ni ke?" Dengan wajah bangga, dia menjawab "Kami antara yang terbaik zaman tu...". Hah! betul ke? Saya tak tahu!!!!!


Pelajar Malaysia yang sedang menuntut di University of Auckland yang saya temui di DressSmart Factory Outlet. Untuk Afiqah, Suriani, Sakina, Fareed, Aikhwan dan Taufik.....jaga diri di rantauan and Study Hard.

Saya sempat singgah di Apt. Fiqah sebelum ke Mission Bay. Tq Fiqah dan Su kerana sudi menemani aunty explore Auckland. Yang bertudung hitam tu, Hanna teman serumah Fiqah.

During dinner bersama Mr.Peter and Mrs. Jan Stichbury di Restoran berputar 'The Orbit'. Restoran ini berada pada ketinggian 190m di Skytower. Saya teringat KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Bangga negara kita setanding negara luar yang lain.


My favorite photo. Berlatar-belakangkan air-terjun di Waitakere Ranges. Lubuk dibelakang saya airnya sejernih air paip. Kalau tidak kerana winter,memang saya terjun berenang disitu.!! (Percaya tak?) Tempat ni tersangatlah cantiknya......


Antara bangunan indah di Queen St. Nak cari branded things,carilah disini. Harganya???? Ada yang berbaloi kerana lebih murah jika dibandingkan dengan Malaysia/Sg. Ada yang hanya mampu dipandang dan dibelek.



Permandangan Auckland city yang saya rakamkan dari Skytower







MY BODYGUARD. Hubby bersama Allan(bertopi), our tourist guide dan James, seorang pelancong dari Texas ketika mengikuti tour 'West coast and rain forest experience'.






Hati berbunga BANGGA melihat bendera Malaysia berkibar di bumi New Zealand.(Yang sedang berkibar di bumbung bangunan)Hubby bersama Kevin Sanders dihadapan HQ.

4 comments:

Abang Long said...

Seronoknya Eka dan suami disana. Saya dapat melihat gambar pun jadilah.

Umi Azrini @ Umi Kauthar Abdul Razak said...

salam kak eka,
cantik sangat lah tmp akak pergi tu. jelesnyer saya nengok nyer!
nanti buat cerita yg ada new zealand pulak yer... :)

akak dgn cik abg tu nampak romantik gitu...

dan tak sangka yg akak ni adventurous betul yer. blh jalan sendiri2 tmpt org... jelesnyer pada kak eka.... :)

Afiqah Thalib said...

hai kak ida...
sorry la saya tak salin email hari tu, boleh bagi lagi sekali tak?
anyway saje nak bagitau
sekarang ni saya tengah sibuk try resipi popia basah
kempunan la pulak sedap di buat buka puasa nanti...tapi kurang sedap la orak udang takde
okla itu sahaja, jumpa lagi!

Eka Fahara said...

abang long,
Insyaallah mana tahu, satu hari nanti, abang long pula berpeluang ke sana........

Umi,
Ha..ha..ha..Akak dan abang nampak romantik ke?Ada-ada aje kau ni. Umi pun boleh cam tu...sabarlah dah tak lama lagi. Akak sentiasa mendoakan kebahagiaa Umi.Akak mahu melihat cahaya kebahagiaan dimata umi bila kita bersua nanti.

Fiqah,
Masih terdengar2 gelak tawa mu......jaga diri. Jangan lupa belajar ye.

ALAF21

ALAF21