Friday, September 21, 2007

First thing first.....

Salam semua,
Semenjak Ramadan saya belum punya kesempatan untuk update n3 blog ini, Kalau saya katakan sibuk.....CONFIRM ramai teman2 diluar sana tengah ketawa mengekek. Dan pasti telinga saya merah kalau mereka berada didepan saya sekarang ini.
" Kau bisnes biskut raya ke... sibuk sampai tak cukup masa?" Omel seorang teman yang membuat panggilan jauh untuk bertanya khabar. Saya ketawa besar sambil menjawab.
" Dah 2 tahun.....aku tak bakar biskut" dengan rasa masam manis saya membuka cerita.
" Dah tu, kau ambil upah jahit baju kurung raya ni?" makin kuat ketawa saya mendengar jolokan si teman.
" Aku... kalau jahit jelujur pun senget!!"
" Kalau cam tu, jangan nak bagi alasan sibuk!" cepat aje kawan saya menembak.
Sibuk ke saya? Mungkin benar....alasan sibuk tidak relevan dengan saya. Mungkin juga benar, 'time management' saya yang sering tersasar!! Dan mungkinkah, banyak lagi yang saya terlepas pandang?
Menjalani ibadah Ramadan dan menguruskan keluarga di bulan yang mulia ini tidak banyak beza dengan sebelumnya. Tarikh untuk pulang berhariraya dan merancang perjalanan juga sudah siap diatur. Melihat sekali imbas memang tidak sesibuk mana pun!!!!!!
Cuma mungkin saya 'extra sibuk' dengan cara saya sendiri.
Sibuk berfikir.....
Sibuk merancang itu dan ini...
Sibuk membuang apa yang tidak perlu..
Sibuk membetulkan apa yang tidak kena...
Sibuk memikirkan deco yang sepatutnya..
Sibuk memastikan masa dan tarikh yang sesuai untuk memulakan langkah....
Sibuk blah...blah...blah....
Terlalu panjang kalau saya hendak senaraikan semuanya.
Tambah memeningkan bila selera makan pun sama menyibuk! Pantang ada makanan didepan.. memang tak membazir! Akibatnya kalau orang lain sibuk menguruskan badan saya pula makin 'gebu' dan comel'.
Masa terlalu pantas berputar. Biarlah saya 'sibuk' sekarang daripada terkejar-kejar bila tiba 'masanya'.
'FIRST THING FIRST'
Mungkin itu ungkapan yang paling tepat buat ketika ini.

Buat semua..... selamat menjalani ibadah puasa.

4 comments:

laila kamilia said...

agak2 sempat tak kalau saya menyusahkan akak bulan Oktober nanti??? macam nak turun Singapore....

Eka Fahara said...

Boleh saja....datanglah. Akak nak pi makan angin again on 26-31 oktober. Pas tu free sampai Mid-November.....Lepas tu Laila dah tahukan apa plan akak?
Confirmkan tarikh dan masa......akak menanti kedatangan mu dengan tangan terbuka.

laila kamilia said...

berjalan saje...rasanya saya mungkin pi area2 akak xde kat rumah tu...tengoklah camne...dah tak dak rezeki nak melencong ke rumah akak....

Eka Fahara said...

laila
Cubalah tukar tarikh lain.......
Early November kak eka free.....Actually school holiday for Secondary school kat sini start 26/10, kiranya time tu dah consider end of the year break. Itu yg. kita nak gi jalan. Tapi primary school masih ada class. Sah2lah yg. bongsu tu ponteng. Abang pun masa tu aje free sebab November dia dah start new Quarter.....

ALAF21

ALAF21