Sunday, March 9, 2008

Gelombang......

Suatu ketika dulu negeri disebelah utara dilanda ombak besar. Tsunami, satu nama yang cukup asing dan mungkin langsung tidak pernah disebut oleh kita. Dan tiada siapa pernah menyangka, ombak itu akan singgah di persisiran pantai utara.

PULAU PINANG antara negeri yang paling teruk terkena tempias bencana alam ini. Pada waktu itu saya turut merasa kesannya kerana mengenali beberapa orang mangsa yang terkorban jiwa. Malah saya juga sipi-sipi terkena tempias ombak ganas itu!!!! ( Saya berada di tmp. kejadian tapi pada masa tu saya ingatkan air pasang besar yang melimpah ke jalanraya...) Saat itu harta benda, punca percarian dan tempat berteduh banyak yang musnah dan ranap. Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan bersimpati atas apa yang terjadi. Dan kita mula berhati-hati dan mengambil berbagai langkah untuk menghalang tragedi itu berulang lagi.

Semalam... siapa sangka, sekali lagi PULAU PINANG dilambung ombak. Kali ini bukan tsunami bencana alam. Tapi ombak besar suara rakyat. Gelombangnya cukup kuat. Gegarannya mampu membuat saya berjaga hingga 4 pagi!! Sekali lagi saya terasa tempiasnya.

Pilihanraya ke 12 telah mencipta sejarah tersendiri.
YA, saya akur.......
Tsunami ini tidak sampai meragut nyawa.
TAPI, saya pasti......
Tsunami ini sedang melemaskan banyak Jiwa!!!

2 comments:

Hezzy Azra... said...

Salam K.Eka,
Selain drp melemaskan jiwa, 'gelombang' ni juga membuatkn sesetengah org masih dlm 'state of shock'. Walau apa pun, let's just hope 4 the best...sapa pun yg diberi mandat utk memerintah... they have to be on the right track! Tak gitu, kak?

Eka Fahara said...

Hai Hezzy, Sihat?
Apa lagi yg dpt dikata....the best way is..think positif!Pasti ada rahmat disebaliknya. Apa yg. paling penting..Keamanan negara terus terpelihara. Ini bukan masa hendak menyalahkan sesiapa tapi sudah tiba masanya menilik kekurangan diri sendiri...
Apa pun...mlm tu akak pun tenggelam timbul.Macam tak percaya Pulau Mutiara ku tumbang!!

ALAF21

ALAF21