Tuesday, September 2, 2008

Sabtu 8.30am - 8.30pm

Sabtu yang tidak dijangka. Mungkin itu ayat terbaik untuk saya gambarkan apa yang berlaku minggu lepas. Seawal jam 8.30 pagi saya keluar rumah untuk menghadiri majlis seorang teman novelis. Sengaja memilih untuk menaiki komuter kerana bimbangkan kesesakan akibat jalan ditutup sempena Merdeka. Bila laila dan lily Has mengiringi memang meriah hidup saya! Malangnya, kesesakan dalam komuter dengan udara yang menyesakkkan membuat hati saya 'cair'! Pagi yang ceria terus malap!
Majlis berlangsung dengan santai dan penuh gelak ketawa. Saya gembira meraikan kejayaan teman sambil bertemu kenalan baru. Dan bila Lynn Dayana ada dalam majlis itu memang semuanya jadi dong!dong!...hahahahahah
Usai majlis saya dan dua orang 'escot' meneruskan rancangan membelibelah yang telah dirancang. Masuk SOGO, Ya Tuhan, ramainya orang.. macam sardin dalam tin! Tidak sanggup bersesak kami mencari destinasi membeli belah yang lain.
Dipendekkan cerita, memang kami ukur jalan ari tu. Puas shopping!Langsung tak sedar masa berlalu.
Sesekali mata saya melirik jam untuk memastikan saya tidak tersasar waktu kerana malamnya selepas Isyak saya perlu menghadiri majlis doa selamat di Kemensah Codo Villa dengan hubby.
Jam tepat pukul 5 sewaktu saya keluar dari shopping mall. Saya tergamam. Bukit Bintang sesak yang amat sangat dengan manusia. Pasukan beruniform berpuluh orang didepan saya! Sudah!saya menepuk dahi. Ada refomasi ke? Rupanya ada pertunjukan kereta lumba di sebelah lot 10!
Sekali lagi saya terpaksa bersesak dalam monorail/Lrt untuk ke KL sentral. Singgah sekejap di Kl Sentral sebab ada orang nak minum Coffee Bean. Saya dah agak mesti lambat sampai rumah. Call hubby cakap saya lambat sikit Dia cakap kalau macam tu dia keluar beli dinner dulu. Saya lega mendengar suara hubby okey saja mendengar alasan kelewatan saya. Bimbang juga sebenarnya sebab majlis malam tu rumah cousin dia!
Perjalanan KL sentral-Bangi membuka era baru dalam hidup saya. Biasalah kan kalau komuter lewat....dan orang semakin ramai menunggu. Bila komuter sampai orang kerumun pintu komuter macam semut! Bertolak dan berhimpit! Kesesakan, kepanasan dalam komuter itu melewati batas.Aura didalamnya cukup 'mendamaikan' dengan 'Internasional perfume'! Saya membayangkan kalau terpaksa hari2 sebegini untuk ke tempat kerja. Saya tabik spring pada anda yang mengharunginya setiap hari!
Saya sampai rumah jam 8.30 malam! Lutut ni dah longgar rasanya. Terpaksalah membatalkan niat untuk ke majlis malam tu. Tidak kuasa nak merempit malam Merdeka. Mujurlah hubby pun okey.
Tambah manis dia siap belikan nasi kandaq sorang sebungkus untuk makan malam!hehehehehhe

No comments:

ALAF21

ALAF21