Tuesday, October 21, 2008

NOVEL BARU - LAILA KAMILIA DAN LILY HASLINA




SAAT KAU HADIR

Harga: RM19.90
Penulis: Laila Kamilia
Halaman: 496
ISBN: 978-983-124-402-9

Sinopsis:

BIBIT-BIBIT cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.

Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilangkan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.

Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.

Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun... Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!
Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan yang esok belum pasti?



DILANGIT CINTA
semHarga: RM19.90
Penulis: Lily Haslina Nasir
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-388-6

Sinopsis:

Cinta tidak bererti memiliki. Tetapi cinta juga bukan bermaksud melukai. Bagi Hani, cintanya bersama Raiz rupanya hanya sebuah mimpi. Dia benar-benar kecewa bila ditinggalkan terkapai-kapai mencari haluan sendiri.

“Cinta pertama dengan kau tapi malam pertama dengan Meriam!” Sindiran itu bagai memetir di telinga Hani. Jiwanya hangus terbakar. Maruahnya terasa dipijak-pijak!

Benarkah cuma dia yang setia sedangkan Raiz hanya bijak bermain kata-kata? Dia berusaha memujuk diri melupakan semuanya tentang Raiz. Tapi, batinnya terseksa menanggung rindu mengejar bayang lelaki itu.

Di langit sana... Raiz pula menangisi setiap malamnya di sisi Meriam. Dia menikahi sepupunya itu untuk melunaskan hutang emaknya. Hanya sekali dia menyentuh Meriam. Itulah yang pertama dan terakhir setelah beratus kali
Meriam menyindirnya suami dayus dan serba-serbi tidak mampu.

Kasih mereka kasih terhalang, tapi rindu mereka tidak pernah terlarang. Hani dan Raiz dipertemukan semula dalam episod kedua. Janji mereka untuk hidup sebagai suami isteri akhirnya dimaterai dengan ijab kabul tanpa restu keluarga.

Bagaimana dengan Meriam?

Monday, October 13, 2008

Good Luck - PMR

Untuk puteri kedua saya..... Fara Diyana
Untuk anak bujang Lily Haslina....Syafiq
Untuk anak bujang kak Sri Diah...Anas Iqbal
Dan untuk semua pelajar yang menduduki peperiksaan PMR hari ini...
Good Luck dan Selamat berjaya.


Untuk diri saya..
Untuk Lily Haslina...
Untuk kak Sri Diah....
Untuk semua ibubapa....
Sama-samalah kita berdoa untuk kecemerlangan putera puteri kita. Amin.

Thursday, October 9, 2008

Farewell Laila Kamilia......Bon voyage!

Majlis meraikan novelis Laila Kamilia telah selamat berlangsung diteratak saya baru-baru ini.Terima kasih pada teman-teman novelis yang sudi hazir dan membantu menjayakan majlis yang serba sederhana.Maafkan saya andai ada yang terkurang dalam majlis itu...Seperti yang ramai tahu, Laila Kamilia adalah jiran terdekat saya. Dan sejak saya berpindah ke sini dialah menjadi driver dan co-pilot saya. Penghijrahan sementara Laila kerana mengikut suaminya yang sambung belajar ke Jerman adalah satu kehilangan pada saya khasnya dan teman-teman yang lain amnya.
Saya mewakili teman-teman novelis yang lain mengucapkan selamat jalan dan kami mendoakan Laila sekeluarga sentiasa dibawah lindungNYA. Semoga akan ada kesempatan lain untuk kita berkumpul ramai-ramai sekali lagi.


Dibawah adalah gambar kandid yang sempat dirakamkan.........
FAREWELL DINNER
Posing ayu Lynn Dayana dan Hezzy Azra
Anak-anak sapalah ni.....

Dhiya Zafira berkongsi dessert yg. dimasak chef Lina bersama Laila.....

Sempat Aleeya Anessa dan Bikash membelek handbag lily Suriani

Ini sessi berkongsi pulut kuning cicah telur dadar.Kak Lina sedang memberi markah!

Dua orang novelis yang gagal mematuhi etika berpakaian..hahahahahaha

Bergambar ramai sebelum berpisah.Rasanya ramai yang kenal wajah-wajah yang sedang tersenyum manis belaka...


BON VOYAGE
Laila bersama Hakimi di KLIA malam tadi

Laila bersama suami dan anak-anaknya berlepas ke Jerman....


Selamat jalan untuk Laila sekeluarga.....
Jumpa lagi tahun 2010.......

Sunday, September 28, 2008

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI...

Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hariraya AidilFitri buat semua pengunjung blog ini.
Semoga kita semua gembira menyambut syawal disamping keluarga dan orang tersayang......
SELAMAT HARIRAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Daripada,
Eka Fahara dan keluarga.

Friday, September 12, 2008

NOVEL BARU - PENULIS LILY SURIANI




KESUNGGUHAN Naim mempamer cinta membuatkan Adila mula melakar mimpi. Malamnya disinari kerlipan bintang. Siangnya pula sentiasa dihiasi pelangi. Kalaulah begini indah perasaan dilambung cinta, dari dulu lagi dilagukan rasa rindu. Biar bergema di seluruh alam.

Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri. Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru. Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun, demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan perigi mencari timba. Cuma, tegakah hati untuk menerima? Ahh... Susahnya membina mahligai bahagia!

TIKA RINDU BERLAGU

Harga: RM19.90
Penulis: Lily Suriani
Halaman: 480
ISBN: 978-983-124-383-1

Tuesday, September 9, 2008

UPSR-GOOD LUCK

Hari ini bermula UPSR! Saya mula demam dan tak akan kebah sampai Khamis ini!
Anak bujang saya antara calon UPSR tahun ini iaitu kumpulan pertama calon UPSR yang mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sejak tahun satu.
Semoga semua calon tahun ini dapat menjawab dengan baik.

Tahun ini memang tahun peperiksaan untuk saya. Lepas ni PMR pulak!

Untuk Lily, Aida dan kak Sri...sama-samalah kita berdoa untuk hero dan heroin kita.

Tuesday, September 2, 2008

Sabtu 8.30am - 8.30pm

Sabtu yang tidak dijangka. Mungkin itu ayat terbaik untuk saya gambarkan apa yang berlaku minggu lepas. Seawal jam 8.30 pagi saya keluar rumah untuk menghadiri majlis seorang teman novelis. Sengaja memilih untuk menaiki komuter kerana bimbangkan kesesakan akibat jalan ditutup sempena Merdeka. Bila laila dan lily Has mengiringi memang meriah hidup saya! Malangnya, kesesakan dalam komuter dengan udara yang menyesakkkan membuat hati saya 'cair'! Pagi yang ceria terus malap!
Majlis berlangsung dengan santai dan penuh gelak ketawa. Saya gembira meraikan kejayaan teman sambil bertemu kenalan baru. Dan bila Lynn Dayana ada dalam majlis itu memang semuanya jadi dong!dong!...hahahahahah
Usai majlis saya dan dua orang 'escot' meneruskan rancangan membelibelah yang telah dirancang. Masuk SOGO, Ya Tuhan, ramainya orang.. macam sardin dalam tin! Tidak sanggup bersesak kami mencari destinasi membeli belah yang lain.
Dipendekkan cerita, memang kami ukur jalan ari tu. Puas shopping!Langsung tak sedar masa berlalu.
Sesekali mata saya melirik jam untuk memastikan saya tidak tersasar waktu kerana malamnya selepas Isyak saya perlu menghadiri majlis doa selamat di Kemensah Codo Villa dengan hubby.
Jam tepat pukul 5 sewaktu saya keluar dari shopping mall. Saya tergamam. Bukit Bintang sesak yang amat sangat dengan manusia. Pasukan beruniform berpuluh orang didepan saya! Sudah!saya menepuk dahi. Ada refomasi ke? Rupanya ada pertunjukan kereta lumba di sebelah lot 10!
Sekali lagi saya terpaksa bersesak dalam monorail/Lrt untuk ke KL sentral. Singgah sekejap di Kl Sentral sebab ada orang nak minum Coffee Bean. Saya dah agak mesti lambat sampai rumah. Call hubby cakap saya lambat sikit Dia cakap kalau macam tu dia keluar beli dinner dulu. Saya lega mendengar suara hubby okey saja mendengar alasan kelewatan saya. Bimbang juga sebenarnya sebab majlis malam tu rumah cousin dia!
Perjalanan KL sentral-Bangi membuka era baru dalam hidup saya. Biasalah kan kalau komuter lewat....dan orang semakin ramai menunggu. Bila komuter sampai orang kerumun pintu komuter macam semut! Bertolak dan berhimpit! Kesesakan, kepanasan dalam komuter itu melewati batas.Aura didalamnya cukup 'mendamaikan' dengan 'Internasional perfume'! Saya membayangkan kalau terpaksa hari2 sebegini untuk ke tempat kerja. Saya tabik spring pada anda yang mengharunginya setiap hari!
Saya sampai rumah jam 8.30 malam! Lutut ni dah longgar rasanya. Terpaksalah membatalkan niat untuk ke majlis malam tu. Tidak kuasa nak merempit malam Merdeka. Mujurlah hubby pun okey.
Tambah manis dia siap belikan nasi kandaq sorang sebungkus untuk makan malam!hehehehehhe

ALAF21

ALAF21