KISAH 1 :Wan Mohamad Arfan..anak saudara bongsu saya (sampai hari inilah!) dah tak montel. Seketika dulu saya ada menulis tentang Arfan yang lahir dengan berat hampir 5kg. Dia yang baru berusia 4 hari waktu tu dah nampak montel sebesar budak 3 bulan! Tapi baru-baru ini, Arfan dah kurus dan tak montel macam dulu....Kata adik saya mungkin sebab dah makin nakal dan lasak. Yang masih sama hanyalah jeritannya yang macam nak keluar tekak kalau hendak menyusu!
Arfan semasa berusia 4 hari.

Arfan sekarang....banyak bezanyakan!
KISAH 2:Besarkan laman rumah di kampung kerana bila dah semua adik beradik balik serentak laman yang besar pun jadi kecil! Yang akan jadi korbannya adalah pokok 'Pinang Raja Merah' yang emak tanam hampir 10 tahun sudah. Mak menahan nafas. Saya tau dia sayang amat pokok tu!Mujurlah ayah bagi cadangan sewa traktor utk.korek pokok tu dan tanam balik ditempat lain. Baru muka mak jernih! Misinya perlukan kerjasama semua menantu( adik beradik saya semua perempuan). Makanya...hubby kami yang dah lama tak pegang cangkul dan korek batu dikerah buat kerja.hehehehe
Memulakan proses mengubah mengorek akar pokok untuk dipindahkan.

Kalau tak ada traktor ni pasti pokok Pinang tu terpaksa dikorbankan!

Proses menanam kembali dengan 2 orang mandur mengawasi!

Menantu yang bermandi peluh bersama bapa mertua.Seorang lagi tiada dalam gambar kerana diarah membeli teh ais!
KISAH 3:Nak makan nasi kandar Line Clear.
Nama saja saya ni dilahir dan dibesarkan di Pulau Pinang tapi baru2 ni saja saya berpeluang makan nasi kandar yang kononnya paling sedap di Pulau Pinang iaitu NASI KANDAR LINE CLEAR. Sebenarnya dah berpuluh tahun gerai tu berniaga di lorong sempit tu tapi tak adalah pulak saya beria nak mencuba. Sementelah pulak saya bukanlah peminat nasi kandaq sangat. Cuma sejak kebelakangan ni bila banyak sangat cerita yang saya dengar tentang nasi kandaq ni maka saya ajak hubby pergi.Dan dengan senang hatinya ingin saya katakan...BEST! MEMANG SEDAP! TAK PERCAYA..CUBA SENDIRI.
.

SEBELUM MAKAN....

SELEPAS MAKAN. KALAU TAK SEDAP SAJALAH SAMPAI LICIN PINGGAN!