Monday, February 9, 2009

JOM TRY....

MEE MAMAK EDGECOMBE ROAD.
Bertahun dahulu (10-20th dulu) famous mee Edgecombe Road ini beroperasi dari bawah rumah papan. Sekarang sudah berpindah lokasi di hadapan jalan Padang Kota selepas tapak rumah itu diambil untuk pembangunan baru. Sejujurnya...kesedapannya agak berkurangan jika dibandingkan dahulu.Mee goreng yang dicampur sotong dan kelempong(paru) antara yang famous.

SERABAI DENGAN KUAH MANIS.
Famous dan sedap. Gerainya terletak di Astaka Taman Sardon pada waktu sarapan pagi. Anda mempunyai pilihan untuk mencuba serabai gula merah atau serabai gula putih. (Saya suka yang gula putih)

SATAY REBUS PADANG BROWN(Kalau di Penang di sebut PADANG BROM)
Gerai MAJID CHELOR-CHELOR ini beroperasi sejak 15-20 tahun dahulu.Masih beroperasi sampai sekarang dan mungkin ini satu-satunya satay celup di Pulau Pinang.Memang berbaloi untuk dicuba.....

Terletak bersebelah dengan Balai Polis Datuk Keramat dan gerai mula dibuka pada sebelah petang hingga larut malam.

2 comments:

Marzalina said...

wah..semua tempat makan glamer kat penang kak eka pi naa..haha..mesti mengidam lama dah tu kan? hahaha..astaka taman sardon tu..intan tiap2 pagi makan atau beli kat situ..sampai naik jemu pulak..hehe.

LK said...

wei kak..sengaja mau dera adikmu yang jauh ini ye? nnt balik kena bawak saya pi Penang...

ALAF21

ALAF21