Monday, February 9, 2009

DULU DAN SEKARANG.....

KISAH 1 :
Wan Mohamad Arfan..anak saudara bongsu saya (sampai hari inilah!) dah tak montel. Seketika dulu saya ada menulis tentang Arfan yang lahir dengan berat hampir 5kg. Dia yang baru berusia 4 hari waktu tu dah nampak montel sebesar budak 3 bulan! Tapi baru-baru ini, Arfan dah kurus dan tak montel macam dulu....Kata adik saya mungkin sebab dah makin nakal dan lasak. Yang masih sama hanyalah jeritannya yang macam nak keluar tekak kalau hendak menyusu!
Arfan semasa berusia 4 hari.
Arfan sekarang....banyak bezanyakan!
KISAH 2:
Besarkan laman rumah di kampung kerana bila dah semua adik beradik balik serentak laman yang besar pun jadi kecil! Yang akan jadi korbannya adalah pokok 'Pinang Raja Merah' yang emak tanam hampir 10 tahun sudah. Mak menahan nafas. Saya tau dia sayang amat pokok tu!Mujurlah ayah bagi cadangan sewa traktor utk.korek pokok tu dan tanam balik ditempat lain. Baru muka mak jernih! Misinya perlukan kerjasama semua menantu( adik beradik saya semua perempuan). Makanya...hubby kami yang dah lama tak pegang cangkul dan korek batu dikerah buat kerja.hehehehe

Memulakan proses mengubah mengorek akar pokok untuk dipindahkan.
Kalau tak ada traktor ni pasti pokok Pinang tu terpaksa dikorbankan!
Proses menanam kembali dengan 2 orang mandur mengawasi!
Menantu yang bermandi peluh bersama bapa mertua.Seorang lagi tiada dalam gambar kerana diarah membeli teh ais!

KISAH 3:
Nak makan nasi kandar Line Clear.
Nama saja saya ni dilahir dan dibesarkan di Pulau Pinang tapi baru2 ni saja saya berpeluang makan nasi kandar yang kononnya paling sedap di Pulau Pinang iaitu NASI KANDAR LINE CLEAR. Sebenarnya dah berpuluh tahun gerai tu berniaga di lorong sempit tu tapi tak adalah pulak saya beria nak mencuba. Sementelah pulak saya bukanlah peminat nasi kandaq sangat. Cuma sejak kebelakangan ni bila banyak sangat cerita yang saya dengar tentang nasi kandaq ni maka saya ajak hubby pergi.Dan dengan senang hatinya ingin saya katakan...BEST! MEMANG SEDAP! TAK PERCAYA..CUBA SENDIRI.
.
SEBELUM MAKAN....
SELEPAS MAKAN. KALAU TAK SEDAP SAJALAH SAMPAI LICIN PINGGAN!

7 comments:

Marzalina said...

wahhh..licin sampai tinggal tulang hahaha...intan tak penah lagi makan kat line clear..selalu makan ns kandar shariff kat gelugor atau ns kandar beratur kat kapitan keling atau ns kandar chowrasta market...nampaknya nak kena try line clear ni..haha

Eka Fahara said...

intan,
Anak2 kak eka suka sangat nasi kandar shariff tu!Yang depan pejabat pos tu kan?Nasi kandaq kapitan keling tu dulu rasanya sedap sekarang ni tak taulah pulak sebab dah lama tak makan.Sedap lagi ka?
Pasal Nasi kandaq chow rasta.....yang kat tepi market tu kan?(Akak mmg tak pernah pergi makan kat situ)Malam tu kita orang pegi tapi hubby kak eka kata jangan terkejut pulak sebab kat situ tikusnya sebesar anak kucing!Ya Rabbi betullah intan,masa kita orang pi survey tempat tu,banyaknya tikus kat situ,berlari macam anak kucing!TETAPI hubby kak eka kata nasi kandaq kat situ MEMANG SEDAP! walaupun dia sendiri dah bertahun tak makan.Anak2 kak eka mengeliat kegelian tengok tikus2 tu tengah cari makan....sampai atas2 tempat jual ikan tu berlari2 tikus....hahahaha senario yang mungkin tak akan ada ditempat lain!!!!!

Marzalina said...

kak eka, ya mmg betul pun, nasi kandar shariff depan pejabat pos gelugor tu..sedapkan..my feberet tu..haha..semalam baru makan. yg kat kapitan keling tu still sedap lagi..tapi yg kat chowrasta market tu, dah tak sedap mcm dulu..mmg pun..tikus besar2 kat ctu..hehe..tapi orang tetap ramai mengunjungi kedai tu..hehe.

Eka Fahara said...

intan,
Nanti balik bulan depan kalau sempat kak eka pi try kat majis kapitan tu.
Yang kat market chowrasta tu tak sangguplah rasanya!! heheheheheheh

Eka Fahara said...

intan,
lupa nak bagi tau.Shariff nasi kandaq tu anak2 kak eka suka makan telur sotong dia.....

Marzalina said...

Ha..intan pulak paling suka ayam masak hitam dia..haha..owh, kg kak eka dekat sekolah tahfiz tu lah yer..haha..tak sangka kan?, umah-umah kat kg tu cantik2 dan besar2..laman pun besar..cantik tul.

Rose Harissa (NORA) said...

Salam Kak Eka...
haha, kak yang duk penang pun baru rasa nasi kandaq line clear ni?
dulu2 masa belajar kat Utara, ceruk ni laa saya makan... mmg sedap sehingga menjilat jari! :)

ALAF21

ALAF21