Monday, January 7, 2008

Orang Baru.........

Dua minggu lepas saya berkesempatan menghaziri majlis perkahwinan novelis Nia Azalea di Alor Setar,Kedah. Kini adik manis itu telah sah menjadi milik Faiz, jejaka kacak yang cukup peramah. Mulanya saya fikir saya akan keseorangan ke sana kerana hari itu jatuh pada hari bekerja ( sebenarnya rancangan perjalanan itu telah dirancang dua bulan sebelumnya, masa tu saya masih di Spore) membuat saya sedikit gusar dan segan kerana tidak mengenali sesiapa di situ.Bila Laila Karmila sms dan memberitahu yang dia juga ada disana, saya bersorak gembira. Dan langsung tidak disangka saya bertemu dengan kak Norzalina yang datang dari Perlis.!! Majlis itu juga menemukan saya dengan novelis Dhiya Zafira buat pertama kali.
Nia cantik dan manis bila didandan. Faiz kacak dan tampan duduk disisi.

Buat Nia dan Faiz......SELAMAT PENGANTIN BARU.
.
Malam tadi saya menerima kunjungan pengantin baru ini yang sudi menjejakkan kaki ke teratak saya. Saya sekeluarga amat berbesar hati menerima kedatangan mereka. Kami leka berbual hingga tidak sedar jarum jam pantas bergerak. Rasa belum puas berborak bila Nia dan suami terpaksa meminta diri. Ah! Entah bila kami akan bersua lagi.Nia membalas,insyaallah 3 tahun lagi bila dia pulang ke tanahair atau datanglah melawatnya ke UK. Saya dan hubby berbalas pandangan....mana tahu mungkin ada rezeki kami ke sana!!!!!!!

Buat Nia dan Faiz......saya dan suami mendoakan kehidupan mereka bahagia ke anak cucu. Tabahkan diri hidup di bumi asing dan semoga Nia akan lebih bersemangat menamatkan pelajaran dengan sokongan suami disisi.

No comments:

ALAF21

ALAF21