Thursday, April 24, 2008

Balik kampung...Cari makan


Plaque penghargaan daripada program JALAN-JALAN CARI MAKAN.
Sejak akhir-akhir ni saya kerap balik kampung tapi sayangnya selalu tidak kesempatan mencari makanan favorite saya kerana kesuntukan masa. Penang sudah cukup terkenal kerana hawker food dan nasi kandarnya. Dan untuk penggemar laksa Penang(macam saya) disinilah juga shurganya.( Nama pun laksa PG kan!)
BALIK PULAU- mungkin tempat asing bagi ramai orang. TAPI TIDAK UNTUK HANTU DURIAN DAN HANTU LAKSA!!.( Saya akan bercerita pasal durian bila musimnya - just round the corner) Balik Pulau sebenarnya pekan kecil yang menjadi laluan wajib jika anda berhajat untuk round island. Seketika dulu pernah popular kerana Tsunami dan hingga kini masih kekal dengan kehijauan alam semulajadinya dan terkenal dengan dusun buah terutama DURIAN!!
Dan DISINI ADA LAKSA Penang YANG SEDAPPPPPP!!!!
LAKSA JANGGUS- nama terkenal seantero negeri. Bermula dengan dua tiga meja yang diletakkan dibawah pokok janggus( atau gajus).Kini berkembang menjadi berpuluh meja dan pokok gajus tempat berteduh tu sudah pun ditebang! Bermula jam tiga dan gerai ditutup menjelang mahgrib. Pengunjungnya pernah mencecah ratusan orang dan terpaksa berebut meja adalah pandangan biasa disini.
Bagi orang utara tentu tahu bagaimana sedapnya laksa bila dimakan dengan pucuk gajus. Dan istimewanya disini anda boleh memetik sendiri pucuk gajus(kerana pokoknya rendah dan rendang - jika berpucuk ) dan meminta pembantu gerai merincih dan campurkan dengan laksa anda! Rasa kelat pucuk gajus yang dimakan bersama laksa janggus ni memang menjilat jari.....
Kesedapan laksa ini menjadikannya pilihan program JALAN-JALAN CARI MAKAN. Bermula dengan 2 orang pekerja. Kini Kak Timah( pemilik laksa janggus) terpaksa menggaji lebih daripada 10 orang untuk membantu. Menunya juga sudah bertambah. Ada bihun sup,rojak, goreng pisang dan kuih muih seperti tepung talam, seri muka dan tepung pelita.
Saya sempat mencuba goreng pisangnya. Memang ranggup dan pisangnya manis!. Saya tanyakan kak Timah, apa rahsia kerangupannya? Dengan nada bergurau kak Timah menjawab pisang mesti dibelah empat agar nipis. Bater tepung adalah resepi tersendiri kak Timah dan dicampur dengan biji bijan. Disebabkan Balik Pulau memang terkenal dengan kebun buah-buahan maka mudahlah kak Timah mendapat pisang yang tinggi mutunya.

LAKSA DAN GORENG PISANG PANAS

HINGGA TITISAN KUAH YANG TERAKHIR !!!!!!
SO.......kepada sesiapa yang bercadang bercuti ke Pulau Pinang pada cuti sekolah ini, bolehlah singgah di LAKSA JANGGUS, KAMPUNG PERLIS, BALIK PULAU, PULAU PINANG.
SELAMAT MENCUBA!

1 comment:

laila kamilia said...

kak...jangan buat hantu laksa ni terliur...

ALAF21

ALAF21