Thursday, July 10, 2008

Rindu....luahan hati

Semalam saya terima panggilan dari seorang teman jauh di seberang Tambak.Kami bercerita panjang. Bertanya khabar dan bertukar cerita. Tawanya tetap macam dulu walaupun kesihatan dirinya tidak pernah stabil. Sebenarnya saya kagum dengan ketabahan ibu anak satu itu. Penyakit SLE (Lupus) menyebabkan dia terdedah dengan berbagai kemungkinan.Tapi sepanjang dua tahun saya rapat dengannya, tidak sekali dia pernah merungut atau mengeluh. Dia pernah lumpuh 6 bulan dan hanya duduk diatas kerusi roda. Dia pernah terbaring berbulan-bulan dan ditahan dihospital dalam jangka masa yang lama tapi dia tidak pernah merungut atau mengeluh. Sedang saya yang mendengar cerita dah teresak menangis.
Kes terbaru, dia ada satu komplikasi di kepala. Selalu pening-pening dan hampit pitam. Saya dah terdiam.Tapi anak Trengganu itu ketawa riang dan selamba bercerita. Macam tak ada apa-apa!Dia manusia yang terlalu ambil berat tentang hal orang yang rapat dengannya. Pantang orang minta tolong,dia tak pernah menolak. Pantang ada yang masuk hospital,dia yang sampai dulu.
Saya rindu untuk bersamanya ke Singapore Expo untuk karnival jualan murah. Saya rindu untuk berbual dengannya dalam Mrt untuk ke Orchard road. Saya rindu untuk merayap dengannya di Metro,Causeway Point. Saya rindu untuk lepak2 makan di Banquet dan yang paling saya rindu, lontong goreng masakannya!
Saya doakan dia terus tabah. Semoga bahagia sentiasa melingkari kehidupannya disamping Zul(suaminya) dan Zaihan(anak tunggalnya).Saya doakan hubungan kami kekal selamanya kerana dia amat istimewa dihati saya.
Saya selalu bertanya pada diri. Kuatkah saya kalau saya berada di tempat Tina?

No comments:

ALAF21

ALAF21