Tuesday, July 22, 2008

Jus Amra+Asam Ko.....


Buah Amra(Kedondong) yg. baru dipetik kat belakang gerai!

Kali terakhir saya minum jus ini 3-4 tahun lalu dirumah kawan saya, Jenna. Masa tu ingatkan dia jamu kami air tebu. Bila dah minum, pelik pulak rasanya TAPI sedap!. Rasa pahit+manis+masam asam ko tu, buat saya n t'geng tak malu2 habiskan dua tiga jug. Sempat lagi pergi petik buah amra(belakang rumah kawan saya ni penuh tanaman herba) dan belajar buat jus sendiri!
Saya tidak tahu samada jus ini dikenali ramai atau tidak. Tak pasti jugak samada senang untuk mendapatkannya. Yang saya tahu pertama kali saya mencubanya, I loved it!!!!!! Rasa kelat buah amra yang dimatikan dengan rasa masam perit asam ko memang kena dengan tekak saya yang agak pemilih!
Baru-baru ini dalam perjalanan pulang ke Bangi dari Pg, saya singgah di R&R Bukit Merah(hala Selatan). Disebabkan hari Isnin maka R&R lengang sangat. Dan salah satu gerai minuman disitu menjual jus Amra dan Jus Pegaga.
Saya memang teringin nak minum jus ni( sejak Ebriza uar2kan dlm. blognya) tapi tidak pernah jumpa kedai yang menjualnya. Jadi bila dah nampak depan mata, rasa nak tepuk tangan ajelah.....
Pada yang belum pernah mencuba.....cubalah!

7 comments:

ria said...

wow!!!cm sedap jer ayaq tu...
nnt nk try lar mesti kelat kesam muke kn?? hahahaha

IdzaRis said...

akak,ni info baru...
umah mak sy byk buah amra..asam ko biase bleh bli kat kedai jer..
nanti blk kg..nak cubalah juga...
thanks aaaa..

Eka Fahara said...

Ria,
Cubalah Ria...tak kelat sangat. Asam Ko yang masam tu dah matikan rasa kelat buah amra.Nanti dah try kasi tau kak eka ye....

Eka Fahara said...

Idzaris,
Balik kg jgn lupa cuba buat jus 2 .Buang kulit buah amra dulu baru blend. Takut nanti pahit sgt. pulak. Asam Ko pilih yg. paling masam.(bulat dan warna coklat tua).Tambah sikit sirap putih dan dah boleh diminum.....

ria said...

insya-allah nnt blk umh sye crk buah amra tu...kt kmpg bnyk tp x teringt lak...this week gerenti try...

NAZA said...

saya tak pernah cuba.. kat mana ada jual nak trylah

naza

http://enaza.blogspot.com

Eka Fahara said...

Salam Naza,
Hari tu kak eka try kat R&R bukit merah(arah selatan). Tempat lain tu tak pastilah pula....
Lain kali kalau kak eka jumpa kat tempat lain, akak akan uar-uarkan.

ALAF21

ALAF21