Thursday, February 5, 2009

KERESAHAN DAN KEHILANGAN.....

Ramai yang bertanya kenapa saya tidak update N3. Sesungguhnya saya tidak berapa ada mood untuk beberapa hari ini. Terlalu banyak kejutan dan kejadian di luar jangkaan yang yang berlaku di sekeliling saya.
Saya bercuti panjang balik kampung sempena cuti hariraya cina.Dah lama tidak berpeluang duduk lama di sana,memang happy sangat. Semua tempat yang saya nak pergi dan makan sempat saya jejak. Hinggakan rancangan hendak pulang awal teranjak sehari. Sampai sini hari Khamis, baru rasa letih yang amat sangat.Maklumlah balik kampung ligat tak hengat dunia!Jumaat tu satu family flat....
Sabtu... saya ada kunjungan tetamu dan keluar sebentar sebelah petang.Hampir waktu maghrib baru sampai dirumah. Seharian sibuk maka saya sengaja siapkan makan malam agak awal. Fikir saya, lepas maghrib dah boleh bersantai depan Tv dengan family.Elok lepas makan,hubby keluar ke kedai depan rumah nak beli roti. Selalunya saya mengekor tapi hari tu tidak sebab saya sedang berYM dengan seseorang. Elok saya log off YM saya terima panggilan dari adik bongsu saya.Suaranya kuat dan kalut. TOK MENINGGAL!Saya terpana.Terkejut sangat-sangat.Terkelu tak terkata apa.Memang saya tak percaya. Blur.Saya tanya dia balik..Tok mana? Adik saya kata..Tok mana lagi yang kita ada. Masa tu perasaan saya dah tak ada riak. Kosong. Tok Zaharah, satu-satunya Tok yang saya ada!
Saya call mak di kampung.Tak ada yang jawab.Hp ayah pun tidak ada respon.Masa tu baru saya mula gabra. Baru rasa sedih dan sebak. Dua hari sudah Tok sihat-sihat sahaja.Sempat lagi bergurau senda dan bercakar dengan anak dan cucu cicitnya macam selalu.Saya betul-betul tidak percaya bila ibu saudara saya mengesahkan yang Tok memang DAH TAK ADA.Baru sepuluh minit dia pergi buat selamanya....
Aduh!payah hendak menggambarkan gelora rasa hati saya masa itu.Saya cuba untuk tidak menangis.Tapi tidak mampu bila melihat airmata anak sulung saya.Inilah rupanya rasa 'sakit' kehilangan. Saya arah anak2 bersiap apa yang patut.
Saya call semua keluarga terdekat di KL....makcik Ana tergagap sebak.Mak Uda dan Mak Lang terus terdiam.Saya tahu mereka sebak dan terkejut.Semua tanya bila saya nak bertolak balik Pg?Saya tak tahu lagi sebab masa tu hubby belum tahu berita ini....
Mendengar bunyi enjin kereta masuk pagar,saya berlari turun ke bawah.Nampak saja muka hubby saya cakap Tok dah tak ada.Hah!dia terkejut.Nampak sangat dia terkejut.Mana tak terkejut,bukankah dua hari sudah masa kami di Kg. tok sihat sahaja. Bila?Baru 15minit.saya jawab. So?tanya hubby. dia macam confuse.Kita balik!Saya buat keputusan walaupun dalam hati kesiankan hubby yang belum pun hilang letih terpaksa memandu beratus batu sekali lagi untuk pulang.Siaplah....kita balik malam ni.Hubby bagi kata putus.
9.00 malam kami bertolak dari Bangi. 3.00 pagi kami sampai Penang......
Sanak saudara dan anak cucu sedang 'berjaga'tika kami sampai. Wajah Tok putih bersih dan seperti sedang tersenyum tika saya menyelak tudung putih yang menutupi wajahnya. Saya menahan diri untuk tidak menangis. Saya tidak mahu meratapi kehilangannya. Saya Redha. Tok telah kembali padaNYA.
Masih terasa hangat pelukan Tok kali terakhir saya berjumpanya. Baru saya perasaan kehangatan pelukan itu berlainan eratnya kerana dia menggoncang tubuh saya sambil berkata.."alahai cucu Tok balik,cucu Tok balik tengok Tok"katanya sambil mengucup pipi saya bertalu-talu. Masa tu walaupun agak hairan dengan kelainan sikapnya tapi saya tidak ambil kisah. Tetapi hari ini bila dia telah TIADA barulah saya sedar itulah pelukan terakhirnya untuk saya!
1 Feb 09 tepat jam 9.00 pagi,jenazah Tok dimandikan.Saya dan anak2 saya bersama semua anak cucu cicitnya memandikan Tok buat kali terakhir. Ampun..saat itu memang saya tidak dapat lagi mengawal diri. Airmata saya mengalir dan terus mengalir tanpa henti.Baru terasa Tok akan meninggalkan saya buat selamanya. Dan ketika saya menaip ini,airmata saya langsung tidak mahu berhenti mengalir.I miss her so so much.......
Tok pergi meninggallkan 2 orang anak perempuan, 10 orang cucu, 22 orang cicit dan seorang adik lelaki ( TokChik saya ).
Emak saya adalah anak perempuan bongsunya.
Impak kehilangan Tok memberi kesan yang mendalam pada orang2 yang dekat dengannya kerana suami Tok(Tok abah) meninggal ketika kami semua masih diusia awal remaja. Dan sejak TokAbah pergi, Toklah tempat semua anak cucu cicitnya bermanja.
20 tahun yang lalu ketika saya melangsungkan perkahwinan. Tok menghadiahkan saya sepasang gelang emas yang berukir cantik.Pesannya...jaga barang kemas peninggalan nenek moyang kita ini kerana kalau kau jual, takkan dapat dah gelang yang berukir macam ni. Hari ini sepasang gelang itu masih ada dalam simpanan saya. Akan saya pegang pesanan Tok hingga ke akhir hayat......
Pemergian Tok banyak memberi iktibar,keinsafan dan kesedaran pada kami....Terlalu banyak kenangan dan cerita bersamanya dan hanya Allah yang mengetahui segalanya.
Al Fatihah untuk Zaharah bt. Ibrahim.
Semoga Rohnya dicucuri rahmat.

2 comments:

diari-alya said...

Takziah buat Ida dan keluarga. Mmg kehilangan seseorang yg amat dikasihi terlalu memedihkan. Namun kita perlu redha dengan pemergiannya. Sy pernah mengalaminya ketika abah sy pergi meninggalkan kami 9 thn yg lalu. Msh terasa kehadirannya. Msh terdengar suaranya. Sy tahu bagaimana perasaan rindu mulai menguasai diri. Hanya sedekah bacaan al quran shj yg blh kita lakukan sekarang. Kalau blh sy tahu nama penuh Tok Ida, Zaharah binti (nama emaknya) blhlah sy turut bersedekah buat arwah. Sy doakan arwah berada di dalam golongan mereka yg soleh. amin...

biruNiLA said...

Eka,
Al-Fatihah, kehilangan tok adalah perkara yang menyedihkan.

- kaksu -

ALAF21

ALAF21