Kemunculan iPhone memang dinanti ramai pengguna tega Apple termasuklah hubby saya. Dan sejujurnya saya pernah berjanji untuk menghadiahkan telefon ini pada harijadinya dua tahun yang lalu. Tetapi disebabkan iPhone tak ada dalam pasaran Malaysia/Spore ketika itu maka janji itu tertunggak tahun demi tahun. Baru-baru ini maxis mempelawa pelanggan yang berminat untuk memiliki iPhone untuk booking thru intenet dan membelinya pada launching day di KLCC.(MAXIS MENDAPAT HAK EXCLUSIVE UNTUK MEMASARKAN iPHONE DI MALAYSIA).
Dapat sms tu wajah hubby biasa-biasa saja. Saya tahu, sebab saya pun dpt. sms yg. sama jugak. Dalam hati saya tahu dia memang nak beli sesangat. Tapi tak cakap apa pun! (Hah!Saya tahu dia frust sebab tak boleh beli!) So saya ajak dia pergi masa launching nanti. Selamba dia tanya, nak beli ke? Buat reservation saja saya jawab. Kita gi tengok dulu kalau berkenan kita bincang2lah. Usik saya. Hubby cakap takut nak pi tengok. Takut terperangkap!(ORANG FANATIK APPLE MMG TAK BOLEH TENGOK TOY BARU APPLE, SURE MENGGIGIL TANGAN NAK BELI!!!!) Saya jawab saya nak pergi launching tu sebab teringin nak tengok iPhone. Wah! laju dia buat reservation!
Sehari kemudian kami dapat invitation email untuk ke launching tu. So petang semalam kami sekeluarga pun pergilah launching tu di KLCC. Kami terus naik ke tingkat 3 centre Hall. Keluar pintu lif staff berkemeja hitam dengan tulisan iPhone di t'shirt sedia menyambut. Disebabkan kami dah buat reservation maka kami diiringi berjumpa seorang staff yg. yang akan membantu urusan 'menjamu mata' iPhone. Melihat sekeliling saya dan hubby berpandangan. Dah dapat baca aura exclusivenya sedangkan kami anak beranak simple gila. Semua berjeans dan santai bert'shirt siap sarung flip flop lagi. Pada saya nak beli iPhone ni sama saja macam nak pergi beli telefon bimbit yang lain! Tak taulah pulak punya grand macam ni sekali! (AMPUN.. BERTAHUN PAKAI APPLE SAYA TAK PERNAH RASA EXCLUSIVE! )Tengok keliling, setiap pelanggan ada seorang staff maxis yg.mengiringi dan membantu. Layanan one to one! Kerusi meja, demo tutorial dan layanannya memang first class!
Kami di iringi seorang gadis manis dari mula sessi menjamu mata hingga saat memegang contoh iPhone di tangan. Wajah hubby pejam celik teruja!!! Bersinar dan bercahaya macam bulan mengambang! Anak2 usik, jangan terperangkap! Hubby tergelak tapi tak cakap nak beli pun!!!
Saya tahu dia TIDAK AKAN beli iPhone tu SEBAB DIA BARU BELI TOUCH PHONE BARU!!!!! Takkan nak pakai dua phone pulak.
Dipendekkan cerita.... Saya buat keputusan membeli iPhone tu.
Hubby saya terkejut.Dia tak sangka saya nak beli. Dia tengok saya dan tanya. Sure? Saya mengangguk. Agaknya dalam hati dia cakap, bini aku ni biar betul nak pakai iPhone kerana dia tahu sgt, saya ni jenis tak kuasa nak pakai telefon yg. banyak gig. Hahahaha yang hubby tak tahu mmg dari rumah lagi saya dah nak beli iPhone tu.Cuma saya tak cakap dengan dia. Rahsia saya dan anak-anak!hehehehhe
Akhirnya.....
Saya beli iPhone tu tapi bukan saya yang akan gunakan.
Saya hadiahkan pada hubby! Untuk tunaikan janji...
Wah! hubby saya happy tak ingat dunia. Sampai tak lalu dah makan minum! Untuk pertama kali dia makan sejemput nasi masa makan malam di restoran kegemarannya!!!! Alahai...dalam hati dah tau sangat. Malam ni adalah orang tu tak tidur asyik nak mengodek phone baru!!!!!!
So....inilah iPhone baru tu.
iPhone 16GB White colour dengan warna panel sentuh hitam dan belakang berwarna putih dengan logo apple. (White colour terhad untuk 16GB sahaja)
Untuk DIA : Enjoy your toy!!!! hehehehehe