Wednesday, March 4, 2009

NOVEL BARU - PENULIS LYNN DAYANA


TARIKH LUPUT CINTA
DI PASARAN SEKARANG!


Airel, seorang eksekutif muda telah dituduh pecah amanah kerana menggunakan wang syarikat. Disebabkan tuduhan itu, dia diberhentikan kerja serta-merta.

Dalam kesempitan hidup, tiba-tiba dia ditawarkan dengan harta bernilai RM22.5 juta daripada seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun, untuk meraih harta itu, dia dikehendaki ke Langkawi. Di sana, dia bertemu dengan Rezzal dan Imanina. Mereka juga mendapat tawaran yang serupa.

Tuan Haji Kamarul, seorang lelaki tua yang sangat berpengaruh. Namun, sayang... dia tiada anak untuk mewarisi segala perniagaannya. Lantaran itu, Airel, Imanina dan Rezzal telah dipilih untuk menjadi pewarisnya. Namun, dia bukan ingin memberi dengan cara yang mudah. Tarikh luput diberikan kepada mereka untuk merebut harta ini.

Pada saat impian hampir tercapai, tiba-tiba wujud insan keempat sebagai pesaing. Pesaing yang inginkan mereka semua musnah! Musnah, supaya harta yang diidam-idamkan itu menjadi hak mutlaknya seorang. Namun, siapakah insan keempat ini dan apakah muslihat Tuan Haji Kamarul memilih mereka untuk merebut hartanya?

Sempatkah salah seorang daripada mereka memenangi pertandingan ini sebelum tarikh luput yang diberikan? Tarikh Luput Cinta... Debarannya menyesakkan dada!



Tajuk: TARIKH LUPUT CINTA
Penulis: Lynn Dayana
Halaman: 512
Harga: RM19.90

No comments:

ALAF21

ALAF21