Monday, March 23, 2009

iPhone 3G apple.......

Alkisahnya..........
Kemunculan iPhone memang dinanti ramai pengguna tega Apple termasuklah hubby saya. Dan sejujurnya saya pernah berjanji untuk menghadiahkan telefon ini pada harijadinya dua tahun yang lalu. Tetapi disebabkan iPhone tak ada dalam pasaran Malaysia/Spore ketika itu maka janji itu tertunggak tahun demi tahun. Baru-baru ini maxis mempelawa pelanggan yang berminat untuk memiliki iPhone untuk booking thru intenet dan membelinya pada launching day di KLCC.(MAXIS MENDAPAT HAK EXCLUSIVE UNTUK MEMASARKAN iPHONE DI MALAYSIA).
Dapat sms tu wajah hubby biasa-biasa saja. Saya tahu, sebab saya pun dpt. sms yg. sama jugak. Dalam hati saya tahu dia memang nak beli sesangat. Tapi tak cakap apa pun! (Hah!Saya tahu dia frust sebab tak boleh beli!) So saya ajak dia pergi masa launching nanti. Selamba dia tanya, nak beli ke? Buat reservation saja saya jawab. Kita gi tengok dulu kalau berkenan kita bincang2lah. Usik saya. Hubby cakap takut nak pi tengok. Takut terperangkap!(ORANG FANATIK APPLE MMG TAK BOLEH TENGOK TOY BARU APPLE, SURE MENGGIGIL TANGAN NAK BELI!!!!) Saya jawab saya nak pergi launching tu sebab teringin nak tengok iPhone. Wah! laju dia buat reservation!
Sehari kemudian kami dapat invitation email untuk ke launching tu. So petang semalam kami sekeluarga pun pergilah launching tu di KLCC. Kami terus naik ke tingkat 3 centre Hall. Keluar pintu lif staff berkemeja hitam dengan tulisan iPhone di t'shirt sedia menyambut. Disebabkan kami dah buat reservation maka kami diiringi berjumpa seorang staff yg. yang akan membantu urusan 'menjamu mata' iPhone. Melihat sekeliling saya dan hubby berpandangan. Dah dapat baca aura exclusivenya sedangkan kami anak beranak simple gila. Semua berjeans dan santai bert'shirt siap sarung flip flop lagi. Pada saya nak beli iPhone ni sama saja macam nak pergi beli telefon bimbit yang lain! Tak taulah pulak punya grand macam ni sekali! (AMPUN.. BERTAHUN PAKAI APPLE SAYA TAK PERNAH RASA EXCLUSIVE! )Tengok keliling, setiap pelanggan ada seorang staff maxis yg.mengiringi dan membantu. Layanan one to one! Kerusi meja, demo tutorial dan layanannya memang first class!
Kami di iringi seorang gadis manis dari mula sessi menjamu mata hingga saat memegang contoh iPhone di tangan. Wajah hubby pejam celik teruja!!! Bersinar dan bercahaya macam bulan mengambang! Anak2 usik, jangan terperangkap! Hubby tergelak tapi tak cakap nak beli pun!!!
Saya tahu dia TIDAK AKAN beli iPhone tu SEBAB DIA BARU BELI TOUCH PHONE BARU!!!!! Takkan nak pakai dua phone pulak.
Dipendekkan cerita.... Saya buat keputusan membeli iPhone tu.
Hubby saya terkejut.Dia tak sangka saya nak beli. Dia tengok saya dan tanya. Sure? Saya mengangguk. Agaknya dalam hati dia cakap, bini aku ni biar betul nak pakai iPhone kerana dia tahu sgt, saya ni jenis tak kuasa nak pakai telefon yg. banyak gig. Hahahaha yang hubby tak tahu mmg dari rumah lagi saya dah nak beli iPhone tu.Cuma saya tak cakap dengan dia. Rahsia saya dan anak-anak!hehehehhe
Akhirnya.....
Saya beli iPhone tu tapi bukan saya yang akan gunakan.
Saya hadiahkan pada hubby! Untuk tunaikan janji...
Wah! hubby saya happy tak ingat dunia. Sampai tak lalu dah makan minum! Untuk pertama kali dia makan sejemput nasi masa makan malam di restoran kegemarannya!!!! Alahai...dalam hati dah tau sangat. Malam ni adalah orang tu tak tidur asyik nak mengodek phone baru!!!!!!
So....inilah iPhone baru tu.

iPhone 16GB White colour dengan warna panel sentuh hitam dan belakang berwarna putih dengan logo apple. (White colour terhad untuk 16GB sahaja)




Untuk DIA : Enjoy your toy!!!! hehehehehe

14 comments:

Marzalina said...

kak eka...bukan husband kak eka jer yg tergoda ngan iphone tu..ayah intan pon sama..dia siap suh booking kat maxis lagi hehehe

Eka Fahara said...

intan,
hahhaha kat Penang dah launch ke?Book dan pergi tengok dulu. Kalau berkenan baru beli sebab 4 maxis book x semestinya beli....Kalau intan tak book dan pergi banyak sangatlah dia orang bertanya itu ini sebab nak tengok iPhone tu payah gila. Securitynya ketat sesangat! Sampai kak eka ckp. ngan abang, nak beli emas berlian pun tak sepayah ni!....Dan make sure pakai cantik2!!!!heheheheheh

Mummy Hanan said...

Sja nak tanya Eka, jgn pulak kata saya penyibuk...cuma tak tau kat sana brp harganya?....bukan apa nak tau perbezaan kat sana dgn kat sini...Cantik juga ye...rasa nak beli tp tak tau le kalau hubby saya kasi...Jgn mare ye... Salam..

Eka Fahara said...

Mummy Hanan,
Salam mummy. Boleh saja tanya apa salahnya.......
Range harga iPhone bergantung kepada :
JUMLAH GB - 8GB dan 16 GB.
PACKAGE VALUE Maxis- monthly commitment contract - RM100 - RM375
TAHUN CONTRACT- 6bulan,12bulan, atau 24bulan.
DUA PILIHAN COLOUR -HITAM(8GB dan 16GB) dan
PUTIH - Exclusive 16GB.
ADVANCE PAYMENT - bergantung pada value yg. kita pilih.(Rebet)
HARGA iPhone - RM1000 - RM2700 (Selepas dicampur ngan PACKAGE yg. saya sebutkan diatas.

Yang saya beli tu 16GB,white colour = RM2K++
mummy,
Nak tanya juga.. kat sana berapa harganya iPhone?

Eka Fahara said...

Mummy Hanan,
Salam mummy. Boleh saja tanya apa salahnya.......
Range harga iPhone bergantung kepada :
JUMLAH GB - 8GB dan 16 GB.
PACKAGE VALUE Maxis- monthly commitment contract - RM100 - RM375
TAHUN CONTRACT- 6bulan,12bulan, atau 24bulan.
DUA PILIHAN COLOUR -HITAM(8GB dan 16GB) dan
PUTIH - Exclusive 16GB.
ADVANCE PAYMENT - bergantung pada value yg. kita pilih.(Rebet)
HARGA iPhone - RM1000 - RM2700 (Selepas dicampur ngan PACKAGE yg. saya sebutkan diatas.

Yang saya beli tu 16GB,white colour = RM2K++
mummy,
Nak tanya juga.. kat sana berapa harganya iPhone?

Eka Fahara said...

Mummy Hanan,
Sorry.... tertekan dua kali.

Mummy Hanan said...

Yang saya tahu kalau Apple iPhone (16GB) Black edition harganya $1,268.00... ini pun time offer.... ha camna? ada apa-apa perbezaan? saya nie nak jugak beli tp hubby kata buat apa, tak soh le....hemmmphh
anyway thx for answer my question...

Lynn Dayana said...

Kak eka... sy tunggu february 2010. Tunggu yg warna pink... Sekarang samsung pink, dulu nokia pink... so i m waiting for iphone pink versi valentine!
Tapi kan ipod saya nak dibuat apa? Huh...berdosa! haha...

EYA ZAMANI ZAITEE said...

nk juga leh x hahahah ...utk nya huby kak eka ..jeles2 ni

Insaflah said...

Semakin lama semakin canggih.

Eka Fahara said...

mummy,
Tak pandailah nak tukar matawang brunei ngan malaysia...lebih kurang sama kot harganya yer?....
Tak pa mummy..nanti bila keluar version iPhone warna pink kita pakat-pakat beli.heeheheheheh

Eka Fahara said...

Lynn,
akak tunggu iPhone pink dan kereta pink kau! hahahaha

Eka Fahara said...

Eya Zamani,
Jealous yer?Akak pun jealous gak apalagi bila tengok cik Abang asyik dok godek iPhone tu.Nampak macam bestlah pulak!Rasanya pas ni nak minta tukar2 phonelah ngan dia?Boleh gitu?heheheheheh

Eka Fahara said...

Insaflah,
Ya..dunia pantas berputar.Sekelip masa teknologi baru tercipta.

ALAF21

ALAF21