Wednesday, April 29, 2009

AEDES - PLEASE GO AWAY.....


Bila ujian darah mengesahkan anak bujang saya, Haziq dijangkiti demam Denggi, saya bercempera!
Hati saya mula libang libu. Serba tak kena, susah hati Tuhan saja yang tahu. Bila doktor di KPJ Kajang bagitau yang Denggi tak ada ubat, saya rasa nak menangis masa tu jugak!
Berbotol 100plus saya paksa dia minum. Bermangkuk sup ketam saya paksa dia hirup....sampaikan dia merungut-rungut kerana muak! Saya layan dia macam putera raja. Sementelah pula dia jenis manja walaupun dah besar panjang...Sedih hati saya bila dia merungut lenguh badan dan sakit sendi....Seminggu dia demam. Seminggu saya tak tidur malam. Sekejap-sekejap bangun untuk memeriksa panas badannya. Susah hati saya selagi demamnya tak kebah. Kita yang menjaga pun dah rasa sakit sama. Penat dan letih usah cakaplah....
Mujurlah Platelet darahnya masih ditahap normal. Tetapi Doktor perlu membuat blood test setiap hari untuk memastikan platelet darahnya tidak menurun.Saya pula jenis yang fobia jarum. Memikirkan yang tangan haziq akan dicucuk setiap hari,saya penasaran!Saya gerun sendiri! Selebihnya saya kesiankan dia! Tetapi anak bujang saya tu kuat orangnya. Dia suruh saya menjauh masa nurse nak ambil darahnya....dia memang tahu saya takut tengok darah!
Hari Ahad, badannya mula dipenuhi bintik merah, saya makin kalut. Masa dia tidur, saya menangis sorang-sorang sambil membelek tubuhnya. Cuma yang buat saya lega kerana demamnya sudah surut.....Dan itu satu petanda yang baik.
Semalam Haziq sudah mula menyakat kakak-kakaknya. Bila hubby balik pejabat dan mendengar gelak besar Haziq di tingkat atas, spontan hubby memberi komen,'Dah sihatlah tu!'.Mana tidaknya, seminggu Haziq terbaring dan lembik. Badannya lemah. Nak makan pun kena dipaksa. Rumah jadi sunyi bila tidak mendengar loyar buruknya......
Hari ini saya bawa dia untuk follow-up. Bintik merah di badan dan lepuh kebiruan di lengan telah hilang. Menurut kata doktor, dia telah melepasi tahap demam denggi. Syukur, alhamdulillah....
TETAPI....
Pagi tadi Maid saya pula demam dan mengadu sakit sendi. Masa bawa Haziq untuk check up, saya bawa sekali dia berjumpa doktor...
Aduh! Maid saya pula disyaki dijangkiti Denggi. Uwah!uwah!uwah!
Saya semakin penat!!!!!!!

10 comments:

Marzalina said...

salam kak eka...hope semua family akak akan sihat seperti sediakala..intan doakan yg baik2 buat kak eka sekeluarga :)

Eka Fahara said...

Intan,
Tq Intan....
Take care dear..

Mummy Hanan said...

Salam Eka,

Syukurlah anak awak dah sembuh...ia le kan kta nie ibu, pasti tak ingin sesuatu terjadi pd anak2 kta kan....

Kesian sya...dngar awak... skrg maid awk pula yg kena ya.....

Tak pe sabar je lah....

Hezzy Azra... said...

Salam Kak Eka,
Good to hear that Haziq dah sihat...

Eka Fahara said...

Mummy Hanan,
Terima kasih atas keperihatian Leeya....
Happy weekend!

Eka Fahara said...

Hezzy,
Bakal menantu kak eka dah sihat ka?Ari tu demam gak kan?Haziq dah ok....melalak menyanyi satu umah pun!hehehehehe

LK said...

siannya Haziq...

Eka Fahara said...

laila,
Kat mama haziq tak cian ke? heheheheheh

Jamilah Zainuddin said...

Salam Idah,
Hows your son and maid? hope every things fine with you!!
Wishing you a Happy Mothers day!!

Eka Fahara said...

Mimi,
Haziq dah ok. Maid pun ok dah. Happy mother's day to you tooo.

ALAF21

ALAF21