Thursday, May 14, 2009

FANTASIA HATI DAN PASTI..


Rentetan dari N3 dibawah tercipta satu persoalan yang membuat saya terfikir sendiri....
Adakah setiap apa yang kita lakukan..... JAWAPAN YANG PASTI HANYA ADA DI HATI?
Saya bertanyakan pada Dea Sara...Andainya dia diberi pilihan, dia hendak JAWAPAN HATI atau JAWAPAN YANG PASTI????
Ehem....pada saya,Jawapan hati dan Jawapan yang pasti berkisar antara satu sama lain.........
Ianya tercipta bila ada keputusan yang perlu dibuat atau ada persoalan yang perlu diungkai.
Tiada jaminan yang Jawapan Hati adalah jawapan yang tepat!!
Dan Jawapan Yang Pasti pada saat kita membuat keputusan mungkin saja berubah dalam sekelip mata!!
Dalam kekangan waktu dan situasi kadangkala kita terpaksa membuat pilihan. Pada keadaan A mungkin saja JAWAPAN HATI yang terbaik. Sebaliknya dalam keadaan B, mungkin JAWAPAN YANG PASTI yang paling tepat!!
Apa saja keputusan yang kita buat pastinya adalah yang terbaik pada saat dan ketika itu.....Dan semuanya mungkin berubah mengikut putaran jam. Menyesal bukan isunya disini. JAWAPAN PASTI HARUS JUGA JAWAPAN HATI!....... bila kita redha menerima dengan hati yang terbuka kesan dari keputusan yang telah kita buat.
Berpijak di bumi nyata, hakikat kehidupan ini, segalanya mungkin!
Apa pula pandangan anda?
FIKIR-FIKIRLAH...

3 comments:

Marzalina said...

Kak eka..intan sangat setuju dengan pandangan kak eka..segalanya mungkin! intan suka ayat tu...nothing is imposible...jawapan hati? hehe..belum terjawab lagi la kak...

Nik Fauziah Nik Hussin said...

teringat saya satu rangkap lagu.
"pandangan mata selalu menipu
pandang akal selalu tersalah
pandangan nafsu selalu melulu
pandang hati itu yang hakiki
kalau hati itu bersih..."
Sbb itu ada yang dibuka hijab oleh Allah untuk melihat sesuatu seblm berlaku.
Malah kita diajar blm menjawab sesuatu atau melakukan sesuatu, letakkan tangan di dada.. klu degupnya kencang maka itu perkara mendekatkan diri dengan dosa. Kalau tenang, alhamdulillah.

ZARA ALUWI said...

Seringkali manusia menyalahartikan jawapan kata hati dengan apa yang sedang dipikirkannya. Fikiran kita pula akan menilai sesuatu perkara adakah baik atau buruk, sedangkan jawapan kata hati menyatakan mesti lakukan. Terkadang apabila menuruti jawapan kata yang pasti, akan mendapat tentangan dengan cara pemikiran kita. Mungkin akibat dari menuruti jawapan kata yang pasti, akan membawa kepada penderitaan. Dari itu kita kena mendengar suara hati serta memerlukan kefahaman dan keyakinan agar tidak bertentangan dengan hati nurani.

ALAF21

ALAF21