Tuesday, October 27, 2009

BLOG VS FACEBOOK

Sejak kebelakangan ini saya rasa ramai yang mula menyedari sesuatu. Fenomena baru sedang melanda kita. Facebook! Itulah hantu baru yang sedang mengekori ramai orang! hahahha
Kalau dulu semua ingin memiliki blog sendiri tetapi kini keghairahan itu telah di curi dengan Facebook. Dan mungkin juga twitter? Saya sendiri punya akaun twitter tapi sampai hari ini belum aktif lagi.
Semenjak dua menjak ini saya mengabaikan blog ini kerana sedang asyik dengan Facebook! Hahahhahaha sebenarnya dah lama saya ada akaun FB tapi tak pernah aktif pun. Sekadar suka-suka sebab Sara yang create that account. Tetapi sejak memulakan jejak di FB dah naik bestlah pulak! hehehehheh
Apa yang best sangat FB? Kalau bagi saya sebab senang nak tinggalkan jejak or pesanan kot. Or maybe sebagai dairi kerana kita tak perlu menulis panjang lebar. Sekadar kiasan juga sudah memandai.
Apa-apa pun blog ini tetap istimewa di hati kerana di sinilah Eka Fahara memeriahkan hidupnya....
Di FB saya adalah saya!

5 comments:

Novelis Aleya Aneesa said...

kak eka... fenomena sama melanda kte. sekarang ni lebih banyak masa ada di FB. betul... di blog, kte jd terlalu berhati-hati dengan semua yg kte tulis. tp di FB, kte bebas jadi diri sendiri, tak perlu terlalu menjaga kata-kata dan bebas meluahkan apa saja biarpun dalam bentuk ayat yg pendek...

Eka Fahara said...

Aleya,
Betul sangat kata Aleya. Kak eka pun dah ketagih kat FB. Rasa bebas......Just be ourself!

Hezzy Azra... said...

Kak Eka,
Saya joined FB ni sejak 2007. Apa yg buat saya masih berFB (walaupun tak ketagih mcm mula2 dulu... hehe) sbb saya nak menjejak kwn2lama.

Surprisingly... not just kwn2 lama yg saya dpt jejak... segala mcm ex pun! hahaha... ex-busmate, ex- classmate, ex-schoolmate, ex-coursemate, adik ex-boyfriend! hahahaha

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Eka..
lama sungguh tak singgah sini..hehehe..
mmglah dari FB tu ramai sungguh kawan2 lama dpt di trace..yang dah terpisah 23 thn pn dpt jmpa balik.
Cuma mujurlah tak tersangkut ngan 'pertanian' bagai kat situ.. just jd tempat jejak kasih je hahaha! What ever sronok merapu kat blog lagi kut..

zara aluwi said...

Salam Eka,

Sampai sekarang akak masih belum ketemu seorang pun rakan2 zaman persekolahan atau rakan sekerja. Mungkin mereka yg seusia akak tak berfb. Alahai... tapi akak bertemu ramai rakan2 baru terutamanya penulis2 lama dan baru.

ALAF21

ALAF21