Wednesday, December 30, 2009

TAHUN BARU - AZAM BARU

Selamat tahun baru.....
Ada makna ke tajuk N3 saya ini? hahahahahahahh
Kalau untuk orang lain mungkin ya. TAPI kalau untuk saya, kena fikir berkali-kali sebelum menganggguk kepala!!!!!
Setiap kali tiba tahun baru pasti ramai yang sudah merangka azam dan perancangan baru. Kalau apa yang dirancang tahun lepas melepasi koata, alhamdulillah. Tapi andainya ia tersasar dari perancangan, tak salah rasanya kalau tekad itu dijadikan kesinambungan untuk tahun ini. Bukankah kita hanya merancang dan berusaha tapi DIA yang menentukan takdir dan suratan?
Bagi saya tahun baru bermakna KEMUNGKINAN sekali lagi ada frasa perubahan dalam hidup. Saya mengatakan MUNGKIN kerana kita tidak tahu apa yang menanti kita di tahun hadapan!!! Mungkin hari ini kita di Malaysia....mana tahu enam bulan lagi kita di kutub utara! heheheheheh
Bagi saya..... berubah angka tahun dalam kalendar bermakna menginjak setahun lagi usia! Tahun baru sinonim dengan saya! Semoga pertambahan angka umur selari dengan kematangan pemikiran dan tahap kesabaran di dada!
Seketika dulu saya selalu menanam azam di hati. Berbagai perancangan dan tepu dada membilang bilangan azam. Kalau ada yang bertanya tercapaikah hajat di hati? Saya rasa nak guling-guling mentertawakan diri sendiri. Sayalah orangnya yang paling suka membuat azam tapi???????? hahahahahaha
Sejak dah berusia ni, tabiat itu dah lama saya tinggalkan. Saya hanya menjalani kehidupan dengan seadanya. Saya menangani keadaan mengikut peredaran pada saat dan ketika itu. Saya lebih suka mendahulukan apa yang patut didahulukan. Kalau nak bercakap soal disiplin saya mungkin boleh di kategorikan tahap sederhana. Ianya bergantung pada keadaan dan situasi. Saya tahu apa yang saya mahukan. Saya tahu apa yang patut dilakukan. Perkara wajib dan tanggungjawab akan jadi keutamaan, yang lain hanyalah sampingan! Ada yang berkata, saya bodoh kerana tak pandai merebut peluang. Saya akur dan tahu, Saya mengangkat bahu dan tersenyum. Wajarkah saya menjawab? Ah! Kalau kata-kata saya hanya akan memanjangkan cerita dan membuka sesi bersoal jawab, biarlah saya mendiamkan diri.
Saya percaya. Setiap perkara yang kita buat harus dimulakan dengan niat yang baik. Dan selebihnya biar DIA yang menentukan. .....
Selamat Tahun baru semua.....
Selamat datang 2010.....

8 comments:

ina said...

assalamualaikum..ingat saya lagi..inafc.lama tak jumpa.saya sama saja macam eka.ada peluang tapi kadangkala lepas begitu saja.bukan sengaja tapi ada kalanya alasan tak mampu tercipta.
moga kita jadi orang paling tabah dan sabar kan

Eka Fahara said...

Salam Ina,
Wah! lama x dengar khabar. harap Ina sihat dan baik2 selalu. Saya suka ayat 'ALASAN TAK MAMPU TERCIPTA'!!!! heheheheh Macam kena batang hidung sendiri lak! Orang2 macam kita saja yang tahu maknanya kan? heheheheheh Anyway.... saya bersyukur dengan apa yang ada.....

ina said...

ye la..eka..hanya kita yang tau kan kan.doanya walau ada saja halangan kita buat yg terbaik.skrg ni sy wat coklat...leh la jalan2 umah coklat saya heheh..promo jgn tak promo

Eka Fahara said...

Ina,
Saya rasa ina dan saya sama saja. Kita hanya ingin menjadi anak,isteri dan ibu terbaik di dunia! Dunia kita sekarang adalah anak2 dan suami. Saya bersyukur dengan kurniaan Allah itu....Semoga hidup kita sentiasa dalam lindunganNYA.
Entah bila kita dapat jumpa dan berbual-bual lagi kan ina? Sal pun dah lama saya tak dengar khabar.Miss her actually tapi masa kadangkala terlalu cemburu,.....

LaraDyana said...

Salam...hai umi....hope segala azam dan impian tahun bbaru umi akan tercapai..insyaallah. Amin

LaraDyana said...

salam...hope umi semakin sukss dlm mghasilkn buah thn utk tatapan peminat..baru ni dyana ada mmbl nvl baru umi JAWAPAN YANG PASTI...brjaya menarik diri dyana mnyelami watak dan kisah cerita ni...sbhgn nvl umi ada dlm koleksi peribadi dyana, antaranya NILAI CINTAMU, KABUS KASIH, BELAIAN JIWA, dan yg trbaru JAWAPAN YANG PASTI. Semuanya best sangat.

E-la Adiey said...

Saya nak komen ckit psl novel p'tama Pn.Eka iaitu Kabus Kasih. Mungkin komen saya ni pedas ckit tapi saya rasa citer ni byk yg b'tentangan dgn agama.Boleh ke seorg gadis b'tudung masuk disko sesuka hati dgn kekasihnya?Boleh ke seorg gadis b'tudung berpeluk dan bercium dahi dgn lelaki yg bkn muhrimnya?Citer ni macam memperlekehkan agama.Lepas tu boleh pulak mama Hardina izinkan Hardina tinggal di Malaysia dan dia tinggal jauh di luar negara.Kononnya pegangan agama Hardina dh kuat tapi mana buktinya?

Eka Fahara said...

Gothicgirl,
Terima kasih atas komen 'pedas' adik.
Membaca komen adik buat kak eka tersenyum sendiri. Alahai..anak muda! Ingin membalas pun rasa serba tidak kena cuma apa yang dapat kak eka katakan..... BUKA MINDA DAN MATA adik. Lihat sekeliling dan fahami makna sebenar sebuah kehidupan!
Dan email kak eka sebab banyak yang boleh kita perdebatkan.Ruang ini tidak cukup untuk kita memperkatakan TUDUHAN adik itu!
Jangan Soal agama diperkatakan sesuka hati dan sesedap mulut!!!! tentu mak dan ayah adik tidak mengajar adik begitu kan E-la Adiey?
Kak eka juga baca adik di dipenulisan2u - hasil tulisan adik AMAT BAGUS hingga senangnya adik mencipta watak yang hanya memakai singlet tali halus dan mini skirt!!!Fikir-fikirkanlah.....
Adakah BERTUDUNG itu buktinya anda kuat pegangan agama? Fikir-fikirkanlah....
Adik, tepuk dada tanya selera. Berfikir sebelum bercakap dear!!! Lihat dunia anda dan jangan lupa baca suratkhabar hari-hari. banyak info yang dapat adik jadikan pengalaman dalam mematangkan fikiran!
Oh ya! adik juga ada blog yang baik tetapi kenapa gunakan nama-nama spt. DUTCH GIRL, GOTH SOUL DAN BLUES UNTUK AKU? Bukankah lebih molek kalau adik gunakan nama2 yang membuktikan adik orang Islam? Maaflah kalau komen kak eka ni agak pedas!
Dan satu lagi... Selamat datang ke dunia penulisan. Good luck!

ALAF21

ALAF21